Friday, March 5, 2010

Pemantauan Dan 'Task Force' Akaun Sekolah ke SK Lubok Temiang - 05/03/2010 (9.00 pg - 5.00 ptg)

Disebelah petang, Akaun Kerajaan dah boleh di 'key in' dalam sistem PATSKOM (setelah masalah 30 sen diselesaikan oleh En. Azahari). Kelihatan Pn. Maimunah membantu untuk 'key in' dan Pn. Kasuma membacakan data yang perlu dimasukkan.
Nun jauh di belakang sana, Akaun Suwa masih belum dapat dicari jawapannya, kelihatan Cik Sharimah, Pn. Marcella dan Hjh mariah dah tak boleh duduk santai, naik stress lah tu! hanya En. Azahari saja masih 'cool' dan boleh bersabar (biasalah orang lelaki). Saya pulak ambil kesempatan merakamkan gelagat mereka sebagai kenangan. Itu pun setelah saya naik bosan melihat angka2 yang tak dapat disesuaikan antara buku tunai dan penyata bank.

Sebelum rehat minum kami posing dulu
Berdiri: Pn. Kasuma dan Hjh Mariah
Duduk: Pn. marcella dan Hjh Maziati

Macamana ni? buku tunai tak sama dengan penyata bank?

Pn. Marcella dan Pn. Maimunah cuba menyelesaikan Akaun Kerajaan
yang terkurang 30 sen

Cik Saharimah dan Cik hjh Mariah stress memikirkan akaun SUWA yang tak 'tele'

En. Azahari sedang memeriksa resit2 yang dikeluarkan oleh sekolah

Hari ini 3 orang dari Unit Kewangan, JPWLabuan dan 3 orang dari sekolah membuat pemantauan dan seterusnya membuat 'task force' membantu SK Lubok Temiang menyelesaikan penyata akaun sekolah yang sedikit bermasalah. Ini kerana pengurusan perakaunan kurang mantap dan dokumen tidak diselanggara dengan betul. Akibat penempatan/pertukaran KPT atau PT yang kerap mengakibatkan pengurusan kewangan dan akaun sekolah menjadi tidak teratur. Ini terjadi kerana mungkin:

1. Ketiadaan Fail Meja
2. Kurang rasa tanggungjawab
3. Kurang pengawasan dari pihak pentadbir
4. Kurang teliti dalam pemilihan penempatan kakitangan

Akibatnya KPT/PT yang baru ditempatkan di sekolah ini terpaksa memikul tanggungjawab yang tidak kurang sedikit dalam mengurus kewangan dan akaun sekolah ini supaya menjadi betul. Walau macamana pun, tahniah kepada KPT dan PT baru sekolah ini atas kesabaran mereka mencari dokumen2 dan usaha mereka yang tidak jemu2 mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi sekolah mereka. Unit Kewangan JPWPLabuan juga merasa bertanggungjawab untuk membantu sekolah ini dan atas rasa prihatinan maka satu pasukan ditubuhkan yang terdiri dari staf Unit Kewangan itu sendiri dengan bantuan KPT Sekolah Menengah dan Rendah.
Terima kasih kepada yang terlibat:
Pn. Marcella Malagkas - Ketua Unit Kewangan & Akaun
Cik Sharimah Mohd Kamari - Penolong Akauntan
Cik Hjh Mariah Hj Md Khatim - KPT SK Pekan 2
Pn. Maimunah Hj Ag Kanak - KPT SMK Mutiara
En. Azahari Abd Rahman - KPT SMK Pantai
Pn. Hjh Maziati Abdullah - KPT Unit Kewangan
En. Fred - Pemandu
En. Hazmi Saini - Pemandu

No comments:

Post a Comment