Friday, March 5, 2010

'TASK FORCE' FAIL - 06-07 MAC 2010 (9.00 PG - 5.00 PTG)



Surat untuk 'Task Force' telah dikeluarkan kepada semua unit dan tidak terkecuali Unit Kewangan pada 05 Mac 2010. Oleh kerana surat baru saja dikeluarkan pada 5/3/10 maka mek2 di Unit Kewangan telah mempunyai agenda sendiri2 yang tidak kurang penting juga kepada mereka.

Azlina - balik kampung menziarah keluarga (sudah beli tiket feri)
Asahabul - kursus perkahwinan 2 hari
Hamidah - taklimat Memandu
Afizah - taklimat Memandu
Lyadia - ada urusan dengan keluarga yang telah dirancang sebelum surat ini keluar
Nora - ada urusan keluarga

Yang dapat hadir;
Marcella - Ketua Unit kami, Sharimah, Nisha dan saya sendiri.
Oleh kerana tenaga yang ada hanya 4 orang maka kami minta izin untuk tidak mengangkat fail-fail Unit Kewangan ke bilik mesyuarat, memadai kami memberi senarai fail2 yang ada di Unit kami dan Unit Khidmat pengurusan akan meneliti dan menyemak sama ada fail2 itu perlu berada di Unit kami atau tidak. Senarai fail2 telah saya berikan pada Pn. Rainah untuk disemak. Apabila kami telah mendapat senarai fail2 kewangan yang baru, maka aktiviti mencatat tajuk2 fail akan kami mulakan di Unit kami nanti. Sementara menunggu senarai fail2 yang baru, kami pun mengambil kesempatan membuat kerja2 kewangan dan akaun yang perlu disiapkan segera.



No comments:

Post a Comment