Saturday, January 21, 2012

MESYUARAT MPT BIL 3/2012 - 20/1/2012

Dalam kesibukan MPT Bil.3/2012 tetap berjalan seperti dalam Takwim 2012. Pelbagai agenda telah dibincangkan. Masing-masing Sektor membentang aktiviti yang telah dan sedang dijalankan malah aktiviti dalam perancangan juga dimaklumkan kepada semua ahli mesyuarat. Inilah kebaikan MPT diadakan setiap minggu. Sekurang2nya kita tidak ketirisan maklumat. Apa tah lagi Unit Khidmat Pengurusan yang saban hari menerima pesanan untuk tempahan makan/minum untuk pelbagai mesyuarat/taklimat/bengkel/kursus dan lain2 aktiviti yang dijalankan.

Titik tolak daripada maklumat yang diberikan oleh Sektor dan Unit mengenai aktiviti yang telah mereka rancang untuk minggu2 seterusnya ini bermakna mereka sudah tahu tarikh2 aktiviti yang mereka akan adakan, tetapi yang menghairankan sekali kenapa pesanan tempahan makan minum hanya dihantar ke UKP pada saat akhir iaitu sehari sebelum aktiviti dijalankan dan paling menyakitkan hati apabila pesanan itu dihantar pada jam 5.30 petang (mujur saya tak balik lagi) dan keperluannya esok pagi atau petang. Hai!!!!!!! mujur pembekal yang ditelefon tu bersetuju memberi perkhidmatan dan pada masa itu juga terpaksalah saya menyediakan pra pesanan dan hantar ke UKA. Untuk Tahun 2012 UKA tidak lagi mahu berkompromi, kalau pra pesanan dihantar setelah perkhidmatan dijalankan sorry to say mereka tidak akan terima dan ditolak mentah2. Saya juga bersetuju dengan ketegasan UKA ini tetapi jika Sektor dan Unit masih mengamalkan sikap sambil lewa dan menghantar last minute ke UKP kami pulak yang kena bertanggungjawab. Tapi tak apa, UKP telahpun menghantar memo kepada semua Sektor dan Unit bahawa kelewatan adalah tanggungjawab mereka sebab kami dah bagi tempoh 1 minggu untuk urusan yang remeh temeh itu. Hai...bilalah mereka2 nih nak ubah sikap? Tahun dah berubah sepatutnya sikap pun ikut berubah kepada yang lebih baik supaya tidak menyusahkan pihak lain.

Kerahsiaan juga amat penting dalam MPT untuk ahli2 mesyuarat. Tapi tidak mustahil kalau ada juga yang terlepas sebab mulut manusia bukannya mulut tempayan yang boleh kita tutup. Apa yang dituntut dalam MPT adalah integriti setiap ahlinya.

No comments:

Post a Comment