Aktiviti di Ofis

Aktiviti Di Ofis Slideshow: Kak’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Labuan was created by TripAdvisor. See another Labuan slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Saturday, March 27, 2010

SEMINAR KEBAHAGIAAN VS KESENGSARAAN ANJURAN PUSPANITA W.P.LABUAN - 27 MAC 2010 GRAND DORSETT LABUAN

Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) WPLabuan telah menganjurkan satu seminar bertajuk "Kebahagiaan VS Kesengsaraan". Penceramah jemputan ialah En. Nor Ramzan Bin Abd Rahim dari Akedemi Intergrasi Moden (AIM) Pusat Latihan Korporat yang diiktiraf oleh JPM dan JPA. Pn Rohana, Horiyah dan saya adalah wakil JPWPLabuan yang dijemput untuk menyertai seminar tersebut. Seminar bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi untuk pendaftaran dan ceramah bermula tepat jam 8.30 pagi.

Modul yang disampaikan ialah:
Panduan dan Asas Perkahwinan.
Pendidikan Keibubapaan (parenting).
Pengukuhan Institusi Keluarga Dan Rumahtangga.

Hikmah Perkahwinan:
Menyelamat perzinaan.
Mengembangkan zuriat (yang baik).
Hubungan sebagai ibadah (pahala berganda).
Melahirkan rasa tanggungjawab (dikongsi bersama).
Meningkatkan akhlak.

Persediaan Diri:
Pengetahuan Psikologi Alam Dewasa.
Mendalami ilmu tauhid dan syariah.
Pendedahan pengetahuan fardhu kifayah.
Merancang masa depan kehidupan.
Mematuhi peraturan negara.
Kesihatan sempurna (JERI) - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual.
Taat kepada perintah ALLAH.
Gaya hidup sihat.
Kewangan dan kerjaya terjamin.
Tahu bermasyarakat - keluarga mertua dll.

Keperluan Asas Perkahwinan:
Kriteria pemilihan calon isteri - Harta, keturunan, kecantikan (meliputi akhlak), agama.
Kriteria pemilihan calon suami - Agama, akhlak, bertanggungjawab, kewangan stabil.

Tanggungjawab suami kepada isteri:
Didikan, melindungi, kasih sayang, ketua yang beramanah, layanan baik, adil dan hormati pandangan isteri, nafkah.

Tanggungjawab isteri:
Patuhi suami, mengurus rumahtangga, menjaga kehormatan diri, jaga maruah suami, kecantikan bersama suami, layani suami, mendidik anak, minta izin suami, redha, bersyukur dan menghormati keluarga suami.

Tanggungjawab Bersama (suami/isteri):
melaksanakan perintah ALLAH.
menjaga rahsia rumahtangga.
memberi dan menerima kasih sayang.
bertolensi dan nasihat menasihati.
menyelesaikan masalah bersama dengan sabar.
menjaga kesucian diri dan maruah keluarga.
komunikasi mesra. (You can be angry but not temperamental).
pengurusan kewangan, masa dan kesihatan keluarga dengan berhemah.

Pendidikan Keibubapaan (Parenting).
Menganut aqidah yang betul.

Melaksanakan tuntutan syariah (hukum2 ALLAH).
1, mencari rezeki yang halal
2. berusaha mempertingkatkan ekonomi.

Menghayati Akhlak Islamiah - Mahmudah:
1. tegas dan penyayang.
2. kesederhanaan berbelanja dan bergaul.
3. keterbukaan dan musyawarah.
4. membina keyakinan diri.

Menjauhi Akhlak mazmumah (tercela).

Memahami tanggungjawab.
1. hormat menghormati.
2. menjaga kerukunan rumahtangga (bertaqwa kepada ALLAH).

Bentuk Komunikasi Bersama:
- beribadah bersama (solat berjemaah).
- makan bersama.
- tugas rumah bersama (bergotong royong membersih rumah).
- komunikasi humor (bergurau senda).
- merayakan ulang tahun perkahwinan.
- riadhah dan melancung bersama.
- mandi bersama.

Pengukuhan Institusi Keluarga Dan Rumahtangga:

Penghayatan nilai dan amalan Islam:
1. adab hidup Islam.
2. taat perintah ALLAH.
3. Islam sebagai cara hidup.

Petua mengelakkan krisis rumahtangga:
1. tunjukkan kasih sayang.
2. elakkan kata2 menyingung.
3. kawal marah.
4. beringat sebelum berkata.
5. bila bosan, ajak pasangan keluar makan.
6. jangan hina pasangan di khalayak ramai.
7. jangan memuji orang lain, terima pasangan seadanya.
8. hargai pengorbanan suami atau isteri.
9. bantu isteri mengurus rumahtangga.
10. fahami masalah pasangan.
11. fahami masalah kesihatan isteri (ketika haid atau mengandung).
12. berdoa dan tingkatkan ibadat.

Punca dingin kemesraan atau konflik:
kurang pengetahuan/penghayatan agama.
tiada kasih sayang.
hilang tumpuan.
kesilapan yang diulang.
sikap negatif dan enggan toleransi.
perselisihan berterusan dan serius.
komunikasi tak berkesan atau tiada.
gangguan orang ketiga.
hasrat berkahwin tak tercapai.

Panduan Pengurusan Konflik:
segera kenalpasti punca.
utamakan isu yang boleh diselesaikan.
tangani bersama konflik yang berlaku.
pilih cara sesuai selesai konflik.
bertindak secara rasional.
tidak membesarkan kesalahan pasangan.
wujudkan semula jalinan komunikasi.
dapatkan bantuan luar.
berdoa minta selamatkan rumahtangga.

No comments:

Post a Comment