Saturday, January 16, 2010

Gotong Royong - 16 Januari 2010





Gotong Royong di Unit Kewangan diadakan lagi. Hari ini kami mengemas bilik dokumentasi iaitu tempat kami menyimpan semua dokumen-dokumen kewangan. Kalau tahun2 sudah kami dibantu oleh Pekerja Khidmat Singkat tapi tahun ini kami sudah ada staf yang tetap dan merekalah yang membantu mengemas dan membersih bilik ini. Kami juga menyusun atur meja-meja untuk staf yang baru. Selesanya....bekerja di tempat yang kemas dan bersih....nak cari dokumen pun senang dan licin. 

Sunday, January 10, 2010

Perhimpunan Bulanan - 11 Januari 2010 (Isnin)


Perhimpunan untuk bulan Januari 2010 diadakan di Jabatan Pelajaran W.P.Labuan dengan ucapan perutusan Tahun Baru oleh Tuan Pengarah Pelajaran Labuan. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi dengan dihadiri oleh semua warga jabatan. Pengetua dan Guru Besar juga dijemput hadir. Seperti biasa kad Hari Lahir disampaikan kepada staf jabatan yang meraikan hari lahir pada bulan Januari. Kebetulan pula KS SKPP dan Cik Sharimah Penolong Akauntan kami berkongsi tarikh lahir iaitu 11 Januari. Kelihatan Cik Sharimah menerima kad hari lahir dari Pengarah.

Gotong Royong - 09/01/10 Stor Kewangan






Kelihatan dalam pic. Isnia dan Asahabul sibuk membongkar kotak dan Pn Marcella, Lydia dan Nisa pulak sibuk memasukkan benda ke dalam kotak. Apa2 aje lah... individu bertshirt kuning itu ialah mr.ram, our only male staf in Unit Kewangan..(omputeh cakap ...Thorn among roses) agaknya tengah buat arahanlah tu...he he he.

Adik 3 orang dalam pic. tu cik sharimah, hamidah dan nora. masing-masing sibuk dengan tugas masing2. ewah....jangan lupa... saya pulak sibuk menangkap gambar tapi... ada juga tolong2 mengemas tau....Last but not least...mestilah dijamu makan....biasalah macamana nak kerja kalau tak makan...lapar tau...haus lagi tu....

Apa-apa pun Tahniah kepada staf di Unit Kewangan atas 'team work' yang mereka tunjukkan.





Gotong Royong Mengemas Stor Unit Kewangan

Pada 09 Januari 2010 staf di Unit Kewangan menyahut arahan KS untuk mengemas stor dengan menyusun salinan baucar2 bayaran dan dokumen2 kewangan. Stor tu terletak di Bukit Kalam just opposite BTPN Labuan. Stor Kewangan bersebelahan dengan stor perkhidmatan.

Tengoklah adik2 kita tu tekun buat kerja...Dalam pada itu kesihatan tetap diutamakan. Oleh kerana di Stor ni banyak habuk, maka mek2 ni terpaksalah menutup hidung dan mulut bagi mengelakkan tersedut habuk.