hasil kreativiti murid2 SMK Lajau
di gerai pameran Pra Sekolah
Apabila TPM dan berangkat balik kami pun mengambil tempat dan makan lebihan hidangan VVIP - ambil berkat he he he
Catering Sri Keluarga menyediakan hidangan Ambuyat makanan tradisi orang Sabah untuk dihidangkan kepada TPM
Leka mendengar ucapan TPM di dewan UMS KAL
Cenderahati Kenangan dari Jabatan Pelajaran Labuan
TPM menandatangani Buku Pelawat
Staf Keawangan ditugaskan mengawasi hidangan untuk tetamu jemputan VIP dan VVIP. Untuk Hidangan TPM merangkap Menteri Pelajaran, makanan yang akan dihidangkan hendaklah diperiksa oleh polis dan makanan2 itu dijamah dulu (kata orang brunei) mungkin ditakuti makanan yang akan dihidangkan itu basi atau yang sewaktu dengannya. Makanan yang telah disediakan itu hendaklah dijaga dan tidak boleh ditinggalkan. Sebagai petugas yang telah diamanahkan kami pun tidaklah berganjak dari kawasan itu dan terlepaslah peluang kami untuk mendengar pengumuman penting TPM terhadap jabatan kami iaitu Jabatan Pelajaran Kekal sebagai Jabatan Pelajaran Labuan. Anyway, kami turut merasa gembira dengan pengumuman itu dan TAHNIAH kepada Tuan Pengarah Pelajaran En.Mohammad Zaki b Mohd Yusof dan Krew2 yang setia kerana berjaya mempertahankan Status Jabatan Pelajaran Labuan.