suasana sebelum Majlis APC
termenung sendirian......sabar....akan tiba juga masanya...........
VVIP?
teringin nak pakai gaun pengantin ke?
Masyaallah....panjangnya skirting nih......
inilah sebahagian tugas AJK Jamuan
Tahun ini Unit Kewangan masih lagi diberi kepercayaan mengurus jamuan makan untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) jabatan.
Tahniahlah kepada siapa2 yang terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2010. Bila melihat senarai staf yang mendapat APC Tahun 2010 ini ramai orang2 baru. Tapi sedikit terkilan sebabnya ada lagi staf yang dah lama bertugas di SKPP dan individu yang tidak kurang penting juga sekitar Tahun 2005-2010 membantu jabatan dalam urusan2 yang penting juga tapi belum lagi tersenarai menerima APC ini. Inilah yang dinamakan rezeki.....mungkin Allah belum lagi mengerakkan hati bos2 atas untuk menganugerahkan insan2 yang telah banyak berjasa kepada jabatan. Mungkin juga anugerah yang beliau dapat dalam bentuk lain iaitu pahala kesabaran dan kepasrahan kepada Allah.
Saya pun merasa juga diberi APC ini oleh KS en. Jakaria Kechok. Beliau menghargai kerja2 saya dalam menyediakan bajet jabatan dan mengurus pembayaran di Unit Kewangan yang mana pada masa itu tak wujud pun orang2 W nih. Tapi saya sangat berpuas hati sebab pada Tahun 2004 itu saya berseorangan menyediakan bajet untuk Pentadbiran Negeri & Pusat Ko. Saya juga bertanggungjawab mengurus pembayaran TNT, OT, LPO dan macam2 bayaran lagi sebelum di hantar kepada bos. Pada masa itu memang staf di Unit Kewangan membuat kerja 6 dalam 1. Maksudnya 1 orang akan memegang sehingga 6 tugas utama yang sepatutnya dibuat oleh 6 orang. Tapi itu cerita2 dulu....kalau dapat APC pun orang tidak akan pertikai....
Apa2 pun itulah APC untuk kakitangan kerajaan.