Saturday, July 16, 2011

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PENGEMBALIAN STATUS JPWPL - 16 JULAI 2011

cuba kamurang tengok....sapa yang paling handsome sini?

tukang serve meja 1....meja VVIP

tukang sambut tamu

tuai padi antara masak....esok jangan layu-layuan.....
intai kami antara nampak......esok jangan rindu-rinduan....
persembahan dari kilauan emas ....cikgu Ruhaiah dan cikgu Nordin

pengacara berbakat .....cikgu Sharifah dan cikgu Yahya

mantan Pengarah JPWPL....Tn Hj. Mohd Zaki bin Mohd Yusof


a very happy loving couple ever.......LIKE........

A star was born....... from SJKC CHung Hwa

Talented young girls in Action Song from SK Rancha-Rancha

sebelum.....MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PENGEMBALIAN STATUS JPWPL - 16 JULAI 2011




tersusun rapi


tabla

gong

Pagi 16 Julai 2011 AJK Jamuan perlu hadir ke Dewan bagi membantu menyusun piring dan gelas di atas meja. Sementara menunggu pinggan gelas sampai ke dewan masing2 ambil kesempatan untuk merakamkan keindahan pentas yang dihias cantik oleh AJK Pentas iaitu dari Unit Pembangunan. Hiasan ala2 kampung di tepi sawah....ada 2 pondok untuk berehat.....

Friday, July 15, 2011

Rehearsal Majlis Permuafakatan - 15 Julai 2011


persembahan rekorder

Kanak2 Pra Sekolah


Petang tadi rehearsal penuh untuk Majlis Permuafakatan esok. Pelbagai persembahan pelajar dari Pra Sekolah hinggalah Sekolah Menengah dan ada jua bekas2 pelajar yang menyumbangkan lagu. Nyanyian duet oleh cikgu Ruhaiah dari SK Kerupang dan cikgu Nordin dari Sk Lubok Temiang turut menghiburkan. Majlis esoknya akan lebih ceria, berwarna warni dan tidak kurang juga suasana akan mengundang rasa terharu dan bila2 masa saja menitis air mata.

Tuesday, July 12, 2011

5S berterusan.....sebab akan diaudit pada 25-29 Julai 2011

cik sharimah masih bersemangat memperindahkan unit kewangan....syabas dan tahniah.....




Setelah selesai Audit MS ISO, berhadapan pula dengan Naziran dari JAN. Minggu lalu baru selesai Audit Akaun Sekolah dan akan ada lagi audit iaitu Audit untuk 5S. Auditor adalah dikalangan Ketua Sektor yang akan dimulai pada 25 hingga 29 Julai 2011. Semakin sibuk bersedia untuk audit 5S tapi nampaknya zon hijau semakin lesu macam tak bermaya....sekadar menyertai dan langsung tidak ada semangat untuk bersaing dengan zon2 lain. Mungkin sebab zon2 lain lebih aktif dan lebih cantik maka semangat unit kewangan semakin tak bersinar. Tidak hairan kalau zon hijau mendapat tempat yang tercorot.

Exit Conference bersama Bahagian Audit Sekolah, KPM - 8 Julai 2011



Cik Sharimah sedang mengajukan soalan kepada TSUB berkaitan penyenggaraan Akaun Sekolah

SUB Bhg Audit Sekolah - en. Rezuoi Abdullah

Timbalan SUB En Aziz Che Daud sedang membentangkan dapatan audit.




Ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah (Operasi) en. Omar Baki Matusin


Pada 8 Julai 2011 jam 8.30 pagi 'exit conference' bersama Bahagian Audit Sekolah (BAS), KPM telah diadakan diBilik Bunga Raya, Tingkat 8, Ujana Kewangan. Semua Pengetua, Guru Besar, KPT, PT, Unit Pra Sekolah, Rendah dan Menengah dijemput hadir untuk sama2 mendengar dapatan audit atau penemuan2 selama 4 hari bersama 26 sekolah termasuk Sains dan Teknik.

Exit Conference dipengerusikan oleh SUB BAS iaitu Encik Rezuoi Abdullah. Antara ucapan beliau ialah mengenai pengurusan kewangan yang seharusnya diutamakan kerana kecemerlangan sesebuah sekolah dan seseorang pengetua atau guru besar itu jika pengurusan kewangan dan akaun diselanggara dengan baik. Ada sekolah yang sangat baik dari segi prestasi P&P tetapi mendapat audit berteguran menyebabkan sekolah gagal dalam pencalonan new deal. Apabila dirujuk kepada bahagian Latihan, difahamkan semua Pengetua dan Guru Besar telah pun diberi latihan dan kursus pengurusan kewangan sama ada dalaman atau di IAB.

Timbalan SUB pula En. Aziz Che Daud membentangkan penemuan audit sepanjang pengauditan dijalankan pada 4-7 Julai 2011. Penemuan2 seperti tahun2 lalu dan nampaknya kesilapan berulang. Terdapat sekolah yang gagal mmenunjukkan dokumen sokongan dan tidak dapat di audit sepenuhnya. Sekolah yang berkenaan diminta untuk menyerahkan dokumen yang berkaitan selewat2nya 2 minggu kerana Sijil Audit akan dikeluarkan selewat2nya 2 minggu dari tarikh exit conference.

Beberapa orang pengetua, guru besar, KPT, PT yang mengemukakan soalan2 berkaitan pengurusan akaun sekolah dan ada juga mereka menyatakan rasa terkilan mengapa terdapat perbezaan pengauditan di antara auditor dari Beaufort, Kota Kinabalu dan KPM sendiri. Kadang2 Pengetua, Guru Besar dan KPT/PT rasa terganggu dan serba salah kerana apabila ditegur oleh audit beaufort tapi tidak pula ditegur oleh audit KK. Auditor dari KPM pulak membawa cadangan baru kepada akaun sekolah yang telah berlalu dan ini memeningkan kepala yang menyediakan akaun. Oleh kerana kekeliruan ini maka mereka mencadangkan agar auditor hendaklah dari tempat yang sama selama tiga tahun berturut2.

Perhimpunan Bulanan Bulan Jun dan Julai 2011

Sempat ambil gambat di Sudut 5S Pusat Ko yang masih dalam proses.


Buat pertama kalinya Perhimpunan Bulanan diadakan di Dewan Terbuka Pusat Ko. Ini kerana ruang legar di JPWPL semakin sempit setelah pengubahsuaian bilik server. Oleh kerana urus setia perhimpunan bulanan kali ini ialah SPPK maka dicadangkanlah tempat di Pusat Ko. Perhimpunan kali hanya memakan masa lebih kurang 1 jam. Ucapan dari Pengarah ialah lebih kepada menyampaikan amanat dari KPM agar semua penjawat awam di jabatan dan sekolah menghindari dari terlibat dengan perhimpunan haram yang dijangka akan diadakan pada 9 Julai 2011 hari Sabtu. Pengetua dan Guru Besar juga dimaklumkan agar menyampaikan maklumat ini kepada guru dan murid di sekolah masing2.

Pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2010 - 4 hingga 8 Julai 2011

En. Fazrulnizam sedang sibuk menjawab soalan2 dari Pasukan Pemantau Kumpulan 2

SK Kerupang

SK Bukit Kalam

SM St Anne

SMK Mutiara

SJKC Chung Hwa

SK Patau-Patau



Seperti tahun lalu peangauditan tahun ini dibuat di Dewan SMK Labuan. Kalau dulu dewan ini panas dan tak selesa untuk tempat mengaudit tapi kali ini adalah sejuk sedikit sebab di dewan ini sudah di tambah 2 aircond. Walau pun tidak sesejuk SJK Chi Wen tapi ok juga lah. Pada mulanya pihak jabatan nak pinjam dewan SJK ChiWen tapi biasalah.....mungkin dewan SMK Labuan lebih sesuai dan pihak jabatan patut memberi keutamaan kepada sekolah ini dari segi penyelenggaraan dan kelengkapan seperti aircond dan kipas yang cukup, kerusi dan meja yang baru. Jika ada program anjuran jabatan maka kita boleh pinjam dewan ini bila2 masa tanpa seberang kerenah birokrasi dari pihak pentadbir. Itulah yang dinamakan Sekolah Kerajaan.

TAKLIMAT e BANTUAN DI BHG KEWANGAN KPM - 4 JULAI 2011

Pada 4 Julai 2011 saya bersama Cik Sharimah menghadiri taklimat e Bantuan di Bhg Kewangan KPM. Taklimat tentang pelarasan PCG sehingga 1 Julai 2011. Permohonan bagi tambahan peruntukan sehingga 15 Julai 2011 manakala jika terdapat lebihan peruntukan hendaklah dikembalikan kepada KPM sehingga 31 Julai 2011.

Pada 11 Julai 2011 semua KPT/PT diberi taklimat tentang pelarasan ini. Selain diberi taklimat kami juga menunjuk ajar pengiraan pelarasan yang betul. Kami harap dengan maklumat yang telah diberikan sekolah2 bertindak cepat agar peruntukan tidak terlebih belanja dan kekurangan dapat dipohon segera demi kepentingan murid2 di sekolah.