Saturday, March 11, 2017

PENEMUAN AUDIT EKSA SATU KEJUTAN

6 Mac hari yang ditunggu2 sebab Auditor EKSA akan menunjukkan kemahiran mereka menilai EKSA untuk JPWPL. Masing2 zon dengan bangga menunjukkan kesediaan zon masing2 dengan pengauditan ini. Saya telah bertungkus lumus membersihkan surau lelaki dan perempuan kerana ruang2 itu di bawah jagaan saya lah kunun....dinding dibersihkan dilap dengan kain basah...kapet di vacuum....sejadah tersidai rapi dan kain telekung tersimpan rapi dalam almari...Alquran kemas tersusun....siap ada pewangi lagi....wah ini kali lah.....jadual solat yang terkini....siap ada hadis nabi lagi...Disamping work station sendiri yang kemas tersusun.... bersih dari habuk saya juga mengambil peranan membersih dan mengemas bilik BPK bersama Unit Perkhidmatan...kerja2 kikis mengikis sapu menyapu susun menyusun...ya Allah tau2 tangan dah naik kebas...kena urut dengan minyak panas pula....
EKSA maksudnya satu jabatan kena semua bersih kemas teratur ...so kami dari zon dataran beramai2 membantu zon botanikal membersih mengemas dan menyusun bilik Mesyuarat Botanikal sebagai menunjukkan setia kawan yang saling membantu...cubit paha kanan maka paha kiri pun terasa sakit...kalau zon botanikal tu dapat bintang itu maknanya bantuan tenaga dari zon dataran juga lah.
Setelah Auditor datang berkunjung ke zon dataran...bermula di kaunter utama....satu persatu ruang yang di audit mendapat BINTANG EKSA....termasuklah surau lelaki dan perempuan..bilik BPK dan ruang kerja semua staf........wah....satu kejutan untuk zon dataran....
8Mac keputusan Audit EKSA....kami ramai2 duduk bersama mendengar keputusan dengan penuh harapan....seperti yang diharapkan markah EKSA kali ini mencapai 96 peratus dan layak untuk di audit oleh pihak MAMPU.
kini EKSA diteruskan lagi dengan mengamalkan membawa kain basah untuk membersihkan ruang2 kerja masing2 dan bilik2 dokumen agar bebas dari HABUK.......
tak sabar menunggu auditor MAMPU pada bulan April yang tak lama lagi........
hahahahahaha..........