Audit dalam 5S kali kedua akan diadakan pada 18/1/2012.
Ketua2 zon kena bekerjasama dengan ahli2 untuk menambahbaik 5S sebelum ini. Untuk zon-zon Laidin, phyllis dan horiah mereka kena kerja lebih sedikit sebab sebelum ini macam2 sudut 5S terdapat di zon-zon tersebut. Semuanya kena satukan. Tapi dengan ahli2 yang ramai dan punya daya kreatif pulak tu tidak mustahil zon-zon yang dikejatkan ini bersaing hebat.
Urus Setia pulak kena sediakan Sudut 5S induk. Pelan lantai induk. Informasi 5S. Disamping membantu ketua2 zon dan menjaga kebajikan ahli. Ya ALLAH....berilah HIDAYAH dan kuatkanlah semangat kami untuk merealisasikan Persijilan 5S di jabatan ini.
Hanya berbekalkan kecekalan hati dan keseronokan bekerja bisa mengatasi kekurangan dan kelemahan yang ada. Kalau nak difikir2kan....berada di UKP ini terasa bahang cabaran bukan kerana kerja yang banyak dan rencam tetapi sikap insan2 yang tidak percaya dengan kemampuan kita. Kadang2 terasa down .......Sebelum ini tak pernah saya mengimpikan untuk mengambil alih kerja2 di UKP ini.....dan kalaulah saya ada pilihan atau saya ada kuasa untuk menolak......saya pun tidak berminat langsung untuk meneruskan kerja orang lain yang tidak ada hujung pangkalnya. Tanpa rujukan yang nyata, tanpa panduan yang jelas saya meneruskan kerja2 dengan kemampuan dan pengalaman sendiri.
Mudah-mudahan Puan KS yang baru ini memahami situasi dan membantu saya menyelesaikan jika ada masalah yang timbul di UKP. Suspen menunggu KS baru pada 9/1/2012 ini.