Wednesday, January 26, 2011

Bersama Audit Sekolah Beaufort - 25 dan 26 Januari 2011

En. Yusof sedang menerangkan dapatan audit kepada Guru Besar En. Matlong Matusin







En Yusof sedang menunjuk ajar cara2 penggunaan PATSKOM kepada KPT Pn. Kasuma Sapar


Pada 25-26 Januari 2011 Audit Sekolah Beaufort telah datang ke SK Lubok Temiang untuk pengauditan Akaun Sekolah tahun 2010. Oleh kerana SK Lubok Temiang tercalon sebagai Sekolah Berprestasi Tinggai bagi keputusan UPSR Tahun 2010 (47% -2009 dan 62% - 2010) maka pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2010 dibuat lebih awal. 2 orang auditor dari Beaufort iaitu En Yusof dan En Fauzi didatangkan khas bagi membuat pemeriksaan Akaun Sekolah Kerajaan dan SUWA. Setelah membuat pengauditan selama lebih kurang 1 hari setengah beberapa penemuan telah dikesan tetapi tidaklah menyebabkan sekolah ini mendapat Sijil Berteguran.Tahniah dan Syabas kepada Guru Besar, KPT, PT dan PAP kerana telah dapat menaikan prestasi yang baik dalam Pengurusan Kewangan sekolah ini. Semoga sekolah ini akan terus berjaya dan cemerlang dalam pengurusan kewangan disamping prestasi akademik yang terus meningkat.

Monday, January 24, 2011

TAKLIMAT PERTAMA OLEH PENGARAH YANG BARU - PUAN MISTIRINE BINTI RADIN (24.1.2011)

Pengarah Pn. Mistirine bersama Ketua Sektor dan KPP BTPN

Pegawai dan staf sokongan turut mendengar taklimat yang diberikan oleh En. Ismail Abdullah Mantan Pemangku Pengarah JPWPLabuan kepada Pengarah yang baru.

Semua pegawai dan kakitangan sokongan hadir dalam taklimat pagi itu.

Taklimat Organisasi JPWPLabuan oleh En. Ismail Abdullah KS SKPP

mungkin ada cerita lucu yang dikongsi bersama oleh Puan Pengarah

Taklimat pertama Pengarah kepada warga JP WPLabuan

Pn. Mistirine Radin Pengarah JPWPLabuan yang baru gred DG54 berasal dari Ranau Sabah. Mempunyai 4 orang anak lelaki dan mantan Ketua Jemaah Nazir Negeri Sabah.