dimulakan dengan senamrobik selama setengah jam....keluarlah juga peluh...yang tak pandai menari pun kena goyang goyang juga ikut rentak muzik hahahahaha....
Aktiviti Riadah:
1. masuk dalam terowong dengan merangkak (boleh buat)
2. langkah ikut tayar (masih boleh buat)
3. panjat halangan dengan bantuan rakan dan turun dengan melantunkan badan (boleh buat masih bertenaga)
4. berjalan melalui titi dengan mengimbangkan badan agar tidak jatuh sehingga ke penghujung (Alhamdulillah....berjaya ke penghujung walaupun kaki terketar ketar)
5. panjat halangan menggunakan rantai besi dan turun semula di sebelah (saya tak mampu buat)
6. panjat macam monyet dari satu besi ke besi yang lain (tak mampu buat juga)
7. melalui titi yang merupakan sebatang besi dan bergayut pada sebatang besi juga (tak mampu buat)
8. naik tangga dan terjun (Alhamdulillah berjaya buat hahahaha)
9. memasukkan badan dalam tayar untuk kesebelah (cuba buat tapi tak lepas)
10. merangkak ala ala komando (Alhamdulillah berjaya hahahahah)
11. mengisi air dalam tabung yang bocor sehingga bola terapung ke atas (team building)
12. bulatan gergasi untuk setiap kumpulan di dalamnya (team building - berjaya jadi johan hahahaha)
13. mencari kunci dan membina perkataan (team building - berjaya jadi johan hahahaha)
sebelah petang aktiviti berkayak pulak - ini tak mampu aku sertai kerana menggunakan kekuatan tangan.
at the end of the day......semua peserta seronok dan enjoy bah kan......