Urusan kasut telah pun selesai dan masing-masing gembira kerana dah dapat kasut baru.
Pakaian lewat sikit urusannya kerana kontrak pusat dah tamat dan satu masalah pulak mencari kedai jahit yang ada lesen dengan kementerian kewangan kerana itulah syarat yang diberi oleh PMS. Saya mencari kedai jahit di Labuan dan Sabah melalui internet, menghubungi mereka melalui telefon, emel dan akhirnya Kedai Jahit & Butik Sri Kandi bersetuju menerima tempahan kami. Syukur Alhamdulillah......setelah melalui banyak fasa...dari menghubungi pembekal, memanggil pembekal untuk berbincang tentang design, berjumpa lagi dengan pembekal berbincang tentang harga dan akhirnya aktiviti ukur mengukur pulak dilaksanakan.