Monday, July 12, 2010

Ke Persidangan AKS Tahun 2010 - 09 hingga 12 Julai 2010.di BTPN SABAH

Persembahan lagu oleh KS Mohd Salekhan dan iringi alunan guitar oleh JTKomp. En. Denny

Penyampaian sijil kepada peserta persidangan

Ucapan penutupan oleh Penagarah Pelajaran JPWPLabuan

letih menunggu penutupan rasmi

sesi diolog dengan barisan panel terdiri dari Pengarah, KS SKPP, KS SPM, KU LAtihan

tarian

dikir barat

teater musical

nyanyian

sedang berlakon kunun.....





lawatan ke Lagud seberang Tenom


kalau ada penyakit resdung...sure bertambah kronik....



sesuai untuk orang2 muda sahaja...boleh lenguh lutut oi......

game

di antara reason yang diberikan ialah -
Menjadikan hubungan kasih sayang di antara anak dan ibu lebih rapat dan erat.Lebih lama masa bersama bayi dan berpeluang melihat dan mengikuti perkembangan bayi.

Perbincangan kumpulan 4 tentang soalan - Patutkan Cuti Bersalin dilanjutkan selama 90 hari? terdiri dari kak Ti, Baby Hanita, Namsi, Magnah, Samiah dan peserta tunggal lelaki Norizal.

Persidangan? Macam satu program yang besar bunyinya. Pernah juga saya menghadiri Persidangan untuk KPT di Langkawi anjuran KPM. Jadual memang padat dan aktiviti mostly ceramah yang menjurus kepada motivasi. Tidak ada pula diadakan permainan atau game. Tapi persidangan AKS JPWPLabuan banyak mengadakan game macam kursus PERASA atau MENTORING. Seawal pagi riadah dengan tarian poco-poco. Lepas sarapan pembentangan isu-isu oleh semua gred jawatan yang hadir iaitu KPT, PT, PPM, Pemandu, Juruteknik, PAP, PRA, Pembantu Makmal, Penyelia Asrama.Selepas minum pagi jam 10.00 pagi kami disajikan dengan game sampailah ke petang (kecuali rehat untuk kudapan, mararau dan tea time). Malamnya ada satu slot motivasi bertajuk MINDA KELAS PERTAMA selama 1 jam. Selepas tu kena buat Latihan pula untuk persembangan pada malam Isnin. Kumpulan tarian, kumpulan nyanyian, kumpulan pelakon, kumpulan dikir barat dan kumpulan muzik teater. Esoknya seawal jam 7 pagi aktiviti lawatan ke Lagud Seberang Tenom yang memakan masa lebih kurang 8 jam perjalanan pergi dan balik.Lagud Seberang adalah Taman Pertanian yang menanam bermacam2 jenis bunga, pokok buah-buahan, binatang ternak dan pokok2 herba. Tempat yang menarik untuk pelawat yang berkunjung kali pertama . Malamnya adalah persembahan tiap kumpulan yang sudah diatur. Esoknya jam 8.00 pagi bermulalah diolog bersama Pengarah dan ahli panel yang lain. Lepas tu penutupan. Jam 1.00 petang bertolak balik ke Labuan via Menumbok. Persidangan yang seronok2 dan bagi kakitangan yang muda belia pasti mereka suka sebab sesuailah dengan usia mereka. Untuk kakitangan seperti kami yang mereka panggil atau gelar tua, veteren, senior ini mungkin kurang sesuai tetapi tetap menerima dengan positif sebab kami yang sudah banyak makan garam ini lebih memahami kehendak penganjur.