Tuesday, November 22, 2011

MERAIKAN EN.RAMBLI YANG BERSARA WAJIB HARI INI - 22/11/2011 (SELASA)

punch terakhir setelah berkhidmat selama lebih kurang 37 tahun

elak amalkan double standard dalam organisasi

Hari ini SKPP meraikan en. Rambli salah seorang staf di JPN yang tamat perkhidmatannya mulai esok kerana bersara wajib 58 tahun. En. Rambli telah bertugas selama lebih kurang 37 tahun.....satu tempoh yang cukup lama dan untuk tempoh yang panjang itu En. Rambli pasti telah melalui macam2 suasana, kerenah, dan pengalaman.

En. Rambli sempat berpesan....dalam kerja jangan ada 'double standard' atau bahasa yang mudah difahami...pilih kasih....ini mungkin sebahagian pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau sepanjang menjadi penjawat awam dan pada hari ini beliau luahkan untuk terakhir kalinya.....dan menasihatkan rakan2 yang masih jauh perjalanan mereka dalam jabatan kerajaan agar tidak mengamalkan 'double standard'.

En. Rambli juga menyatakan perasaan yang senang dan suka dengan kepimpinan pengarah kita.

Sepanjang saya mengenali En. Rambli iaitu sejak saya melapor diri bertugas pada masa itu Pejabat Pendidikan Bahagian, Labuan pada 3.9.1997, beliau adalah seorang yang suka membantu, bertimbang rasa, sudi berkongsi ilmu, prihatin dan bertanggungjawab. Pada masa itu kami sama-sama membantu jabatan dalam menguruskan kewangan dan akaun walaupun pada masa itu kami hanyalah kerani. Kesilapan dan kecuaian di pihak atasan, maka kami pelaksana inilah yang turun naik mahkamah menjadi saksi kepada kerajaan. Kamilah juga turun naik pejabat BPR untuk menjawab pertanyaan2 yang bukan kami sepatutnya yang menjawab sebab kami hanya mendapat arahan. Kamilah juga yang menjawab pertanyaan Audit Dalam Kementerian, Audit Negara dan bermacam2 audit lagi yang terpaksa kami hadapi dan ini memakan masa bertahun-tahun dan suasana ini telah menjejaskan ketenangan dan ketenteraman kami dalam menjalankan tugas. Liku2 perjalanan perkhidmatan kami ini tidak mungkin dilalui oleh staf2 baru kerana apabila mereka dilantik menjadi penjawat awam bermacam2 keistemewaan sudah menanti mereka seperti komputer, internet, mesin fotostat, mesin faks, emel, infoblast, kursus2 berkaitan kerja mereka, emolumen yang setimpal, elaun2 seperti TNT, OT dan banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan atau jabatan kepada mereka. Kami bekerja bermula dengan mesin taip manual. LPO ditulis dengan tangan, baucar ditaip dengan mesin taip manual, tak merasa pun internet jauh sekali infoblast, emel apatah lagi FB. Sehinggalah tahun 2000 apabila PPB menjadi jabatan, maka banyaklah perubahan berlaku, staf bertambah dan banyaklah jawatan2 baru wujud.

Walau bagaimanapun syukur dengan rezeki kesihatan yang diberi......maka sehingga hari ini en. Rambli masih sihat dan seronok menikmati usia persaraan tanpa memikirkan masalah kesihatan. Tahniah Li, Selamat Bersara dan semoga terus bahagia disamping keluarga. Kalau ke UK, singgah2lah di UKP dan tengok2 kami di sini, manalah tau ada idea2 baru yang masih boleh dikongsi untuk memajukan jabatan kita.

Tahniah sekali lagi.