Saturday, March 24, 2012

MPT 10/2012 - 23 Mac 2012

KURSUS PENGURUSAN REKOD DI HOTEL CRYSTAL CROWN PJ SELANGOR - 20 HINGGA 22 MAC 2012

Kursus PRJ dan PTRJ untuk pensijilan. Bersama Pn Rohana sebagai PRJ menghadiri kursus pengurusan rekod.

Kini saya dapat menambah sedikit lagi ilmu berkaitan penulisan surat rasmi kerajaan dan cara2 pelupusan fail. Pengurusan fail juga sebagai refresh dengan kursus yang telah UKP anjurkan dengan menjemput penceramah dari ARKIB cawangan Sabah. Syukur Alhamdulillah.....bersesuaian dengan tugas pengurusan fail di JPWPL saya berpeluang menimba ilmu dari penceramah2 yang berpengalaman dan berkemahiran. Insyaallah...semoga selepas ini dapatlah saya menjalankan tugas dengan licin dan lebih berkesan tanpa meminta2 bantuan dari orang2 yang susah sangat nak membantu....asyik nanti2 yang tak bertitik.

Bersedia menyambut ketibaan pemantau untuk Star Rating dijangka sekitar bulan September atau Oktober ini. Insyaallah.....

Sunday, March 18, 2012

TAHNIAH LYDIA DAH DAPAT BABY - 18 MAC 2012

Comel dan gebu macam maknya......Tahniah Lydia dan suami. Welcome to the mother's world.

PT SK ST ANNE FARIDAH ABDULLAH KEMBALI KE RAHMATULLAH - 18/3/2012 (7.10 PAGI)

Guru Besar Cik SHim, Mantan Pengarah Tn Hj, Zaki, Pn. Norrinie GPKI dan Pn. Faridah PT SK St Anne - gambar diambil pada Tahun 2009 semasa Bengkel Bajet 2010/2011.


Salam Takziah untuk keluarga Pn. Faridah atas kembalinya beliau ke Rahmatullah pagi tadi di Hospital Nukleas Labuan. Beliau menderita cancer dan akhirnya kegagalan buah pinggang sehingga memerlukan mesin hemodialysis. Seorang PT yang baik dan sangat bertanggungjawab dengan kerja2 yang diamanahkan. Beliau disayangi Guru Besar, rakan sejawat, guru2 dan semua rakan2 PT di Labuan disamping anak kesayangan keluarga dan juga isteri kesayangan suami. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tenang di sana bersama orang2 yang beriman. Al Fatihah........