Saturday, February 6, 2010

Gotong Royong Mengemas Stor - 06/02/2010

selepas - dah kemas

finishing

sebelum

Nampaknya kerja gotong royong masih lagi diteruskan. Semakin banyak pula fail-fail dan dokumen-dokumen kewangan yang perlu dihantar ke stor pusat di bukit Kalam. Bilik rekod yang ada di Unit Kewangan tidak dapat lagi menampung jumlah dokumen bagi tahun2 sebelumnya. Kalau tak silap dalam memo yang diedarkan jumlah staf yang dijemput hadir lebih kurang 40 orang tapi macam tak sampai 20 orang pun yang datang. Dalam memo tu kata wajib hadir......tapi....tak apalah kut2 masing2 ada komitmen sendiri2. Di bahagian Unit Kewangan macam dah ok tapi tak taulah kalau2 ada lagi dokumen2 yang diangkat dari pejabat di UK.


Thursday, February 4, 2010

Mesyuarat SKPP Bil 2/2010


04/02/2010

Mesyuarat dipengerusikan oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Bin Othman. Agenda mesyuarat lebih kepada pengurusan fail, perakam waktu, stor, BRP, pelupusan kerusi meja sekolah yang telah usang, laporan penyelenggaraan sekolah, pra audit perakaunan sekolah, latihan AKS dan pelbagai isu-isu berkaitan perkhidmatan, kewangan, pembangunan, pengurusan aset dan stor, khidmat pengurusan dan latihan.

Di kesempatan ini juga SKPP mengambil peluang untuk meraikan KPT En Rosli B Mohd Sani dari Unit Latihan yang bertukar ke SK Pekan I mulai 01/02/2010.


Wednesday, February 3, 2010

Mesyuarat JPKA Bil 1/2010




03/02/2010

Mesyuarat JPKA Bil 1/2010 dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran En. Mohammad Zaki Bin Mohd Yusof. Perutusan pengerusi ialah berkaitan penerimaan waran peruntukan Tahun 2010, langkah-langkah penjimatan, pemantauan ke sekolah-sekolah, pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan lain-lain isu-isu kewangan semasa.


Tuesday, February 2, 2010

Mesyuarat Prestasi Perbelanjaan Januari 2010 Bersama Sekolah.




02/02/2010
Mesyuarat Prestasi Perbelanjaan Bersama Sekolah pada 02/02/2010 diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran W.P.Labuan. Turut terlibat secara langsung ialah KPT, PT yang menguruskan kewangan & akaun di sekolah dan semua staf di Unit Kewangan.
Dipengerusikan oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Bin Othman. Pencatat minit bulan ini ialah Cik Afizah. Perkara utama yang diutarakan ialah langkah-langkah penjimatan, melaksanakan perbelanjaan bagi peruntukan yang telah diturunkan, wajib hadir mesyuarat, hantar laporan perbelanjaan lebih awal ke Unit Kewangan & Akaun dan penjelasan2 berhemah tentang masalah-masalah yang dikemukakan oleh KPT dan PT yang hadir.

Sunday, January 31, 2010

PKS - Jasa kamu dikenang

Berdiri di belakang : Linda, Salha, Aspalila (dah jadi PT tetap di Unit Latihan), Asha

Duduk depan: Fenty (dah jadi PT sambilan di UPP), Irda (dah jadi PT tetap di LPPKN dan Elsie (dah jadi PT tetap di Unit Perkhidmatan).

Tahniah kepada mereka yang telah mendapat kerja tetap. Pada yang belum tu Insyaallah! ALLAH akan berikan rezeki yang lain buat kamu.

Masih teringat dengan PKS kita - Tetap manis dalam kenangan

Berdiri di belakang: Linda, Salha, Anderah, Irda, Elsie

Duduk: me dan Isnia (dah tukar pi Unit Perkhidmatan)

PKS (Pekerja Khidmat Singkat) disebut begitu sebabnya mereka hanya bertugas dalam tempoh 6 bulan sahaja dan jika masih diperlukan maka pelantikan mereka disambung lagi selama 6 bulan dan begitulah seterusnya. Oleh kerana pengisian jawatan sudah diisi di jabatan dan khidmat mereka telah diganti oleh PT tetap maka pelantikan mereka pun ditamatkan. Sejak tahun 2002 Jabatan Pelajaran melantik PKS hinggalah tahun 2009, khidmat dan kerja2 mereka ini lebih baik dari penjawat yang tetap itu sendiri. Pengalaman kita bekerja dengan PKS ni, mereka sangat patuh dan sentiasa bekerjasama, tanpa engkar apabila tenaga mereka diperlukan.PKS ni sepatutnya masa bekerja mereka ialah 5 jam sehari tetapi mereka sanggup bekerja sehingga petang dan jika diperlukan mereka juga bertugas sempai ke malam. Berbanding dengan penjawat tetap, bila diminta 'stay back' sebab ada kerja2 yang segera, berbagai alasan mereka berikan walaupun diberi elaun OT. Itulah dia PKS, tetapi saya tak pasti pula kalau mereka dah jadi penjawat tetap boleh merubah keadaan itu. Saya harap PKS 2 yang dah berjaya mendapat kerja tetap tu, please! buatlah yang lebih baik atau sebaik masa kamu jadi PKS dulu.Tahniah! kepada mereka2 yang dah kerja tetap dan kepada mereka yang belum mendapat kerja tetap tu, bersabarlah Insyaallah, ALLAH akan berikan kamu rezeki yang lain.

Kenangan Semasa mewakili Pejabat Pendidikan Labuan dalam Perbarisan 31 Ogos 1998


Tempat ketiga sahaja.

Teringat kawan2 lama

Semasa kami mengikuti kursus fail meja di Hotel Marco Polo Tawau. Sedang mengadap laptop tu ialah Hazimah (PA Pengarah) telah bertukar ke N.Sembilan, sebelahnya Tanzila PT di Unit Kewangan bertukar ke Pulau Pinang, Durashid, Sarmah dan Yusinah juga PT di Unit Kewangan bertukar ke SM St Mary Sandakan.

PICNIC? - 31 Januari 2010






Tak taulah ni, nak dipanggil picnic boleh jugalah. Nampaknya picnic kita tak begitu meriah sebab kawan2 yang kita 'expect' untuk datang tak pula timbul2. Tapi tak apa .....program tetap berjalan seperti yang dirancang......bakar ikan, chicken wing, sausage. Mungkin akan datang kita boleh juga rancang betul2 dan semoga ianya lebih meriah lagi.......Tapi KS kita 'sporting' betul tau.....Sharimah SMS saja, terus datang join kita orang....TQ KS.