Friday, March 5, 2010

'TASK FORCE' FAIL - 06-07 MAC 2010 (9.00 PG - 5.00 PTG)



Surat untuk 'Task Force' telah dikeluarkan kepada semua unit dan tidak terkecuali Unit Kewangan pada 05 Mac 2010. Oleh kerana surat baru saja dikeluarkan pada 5/3/10 maka mek2 di Unit Kewangan telah mempunyai agenda sendiri2 yang tidak kurang penting juga kepada mereka.

Azlina - balik kampung menziarah keluarga (sudah beli tiket feri)
Asahabul - kursus perkahwinan 2 hari
Hamidah - taklimat Memandu
Afizah - taklimat Memandu
Lyadia - ada urusan dengan keluarga yang telah dirancang sebelum surat ini keluar
Nora - ada urusan keluarga

Yang dapat hadir;
Marcella - Ketua Unit kami, Sharimah, Nisha dan saya sendiri.
Oleh kerana tenaga yang ada hanya 4 orang maka kami minta izin untuk tidak mengangkat fail-fail Unit Kewangan ke bilik mesyuarat, memadai kami memberi senarai fail2 yang ada di Unit kami dan Unit Khidmat pengurusan akan meneliti dan menyemak sama ada fail2 itu perlu berada di Unit kami atau tidak. Senarai fail2 telah saya berikan pada Pn. Rainah untuk disemak. Apabila kami telah mendapat senarai fail2 kewangan yang baru, maka aktiviti mencatat tajuk2 fail akan kami mulakan di Unit kami nanti. Sementara menunggu senarai fail2 yang baru, kami pun mengambil kesempatan membuat kerja2 kewangan dan akaun yang perlu disiapkan segera.



Pemantauan Dan 'Task Force' Akaun Sekolah ke SK Lubok Temiang - 05/03/2010 (9.00 pg - 5.00 ptg)

Disebelah petang, Akaun Kerajaan dah boleh di 'key in' dalam sistem PATSKOM (setelah masalah 30 sen diselesaikan oleh En. Azahari). Kelihatan Pn. Maimunah membantu untuk 'key in' dan Pn. Kasuma membacakan data yang perlu dimasukkan.
Nun jauh di belakang sana, Akaun Suwa masih belum dapat dicari jawapannya, kelihatan Cik Sharimah, Pn. Marcella dan Hjh mariah dah tak boleh duduk santai, naik stress lah tu! hanya En. Azahari saja masih 'cool' dan boleh bersabar (biasalah orang lelaki). Saya pulak ambil kesempatan merakamkan gelagat mereka sebagai kenangan. Itu pun setelah saya naik bosan melihat angka2 yang tak dapat disesuaikan antara buku tunai dan penyata bank.

Sebelum rehat minum kami posing dulu
Berdiri: Pn. Kasuma dan Hjh Mariah
Duduk: Pn. marcella dan Hjh Maziati

Macamana ni? buku tunai tak sama dengan penyata bank?

Pn. Marcella dan Pn. Maimunah cuba menyelesaikan Akaun Kerajaan
yang terkurang 30 sen

Cik Saharimah dan Cik hjh Mariah stress memikirkan akaun SUWA yang tak 'tele'

En. Azahari sedang memeriksa resit2 yang dikeluarkan oleh sekolah

Hari ini 3 orang dari Unit Kewangan, JPWLabuan dan 3 orang dari sekolah membuat pemantauan dan seterusnya membuat 'task force' membantu SK Lubok Temiang menyelesaikan penyata akaun sekolah yang sedikit bermasalah. Ini kerana pengurusan perakaunan kurang mantap dan dokumen tidak diselanggara dengan betul. Akibat penempatan/pertukaran KPT atau PT yang kerap mengakibatkan pengurusan kewangan dan akaun sekolah menjadi tidak teratur. Ini terjadi kerana mungkin:

1. Ketiadaan Fail Meja
2. Kurang rasa tanggungjawab
3. Kurang pengawasan dari pihak pentadbir
4. Kurang teliti dalam pemilihan penempatan kakitangan

Akibatnya KPT/PT yang baru ditempatkan di sekolah ini terpaksa memikul tanggungjawab yang tidak kurang sedikit dalam mengurus kewangan dan akaun sekolah ini supaya menjadi betul. Walau macamana pun, tahniah kepada KPT dan PT baru sekolah ini atas kesabaran mereka mencari dokumen2 dan usaha mereka yang tidak jemu2 mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi sekolah mereka. Unit Kewangan JPWPLabuan juga merasa bertanggungjawab untuk membantu sekolah ini dan atas rasa prihatinan maka satu pasukan ditubuhkan yang terdiri dari staf Unit Kewangan itu sendiri dengan bantuan KPT Sekolah Menengah dan Rendah.
Terima kasih kepada yang terlibat:
Pn. Marcella Malagkas - Ketua Unit Kewangan & Akaun
Cik Sharimah Mohd Kamari - Penolong Akauntan
Cik Hjh Mariah Hj Md Khatim - KPT SK Pekan 2
Pn. Maimunah Hj Ag Kanak - KPT SMK Mutiara
En. Azahari Abd Rahman - KPT SMK Pantai
Pn. Hjh Maziati Abdullah - KPT Unit Kewangan
En. Fred - Pemandu
En. Hazmi Saini - Pemandu

Wednesday, March 3, 2010

Mesyuarat Kelab Kebajikan JPWPLabuan - 03/03/20 (2.30 ptg)

Gambar hanya hiasan

Petang ini mesyuarat Kelab Kebajikan JPWPLabuan yang melibatkan semua pegawai dan staf diadakan di Bilik Mesyuarat JPWPLabuan. Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perkara seperti;

1. Pembayaran Yuran Bulanan RM5.00 yang telah ditetapkan.
2. Pelaporan kewangan dari Tahun 2005 hingga Mac 2010.
3. Aktiviti kelab sepanjang tahun.

AJK Tertinggi:
Penasihat - En. Mohd Zaki Mohd Yusof
Pengerusi - En. Omar Baki Matusin
Tim.Pengerusi - En. Ismail Abdullah
Setiausaha - En. Ag Marten Hj Abd Rahman
Penolong Setiausaha - Cik Noor Hidayawatie Mata Zaini menggantikan Pn. Kasuma Sapar
Bendahari - Pn. Rohana Khalid
Ahli- Semua KS

Ahli biasa - semua pegawai dan staf.

Aktiviti yang dibincangkan ialah:

1. Lawatan ke Brunei Darussalam
2. Lawatan ke Kuching secara konvoi.
3. Lawatan ke luar negara (Indonesia).
4. Berkelah ke Pulau Papan
5. 'Retreat' ke Sabah
6. Menganjurkan pertandingan bowling, paintball, lawn ball, badminton.
7. Hari Keluarga
8. Berbuka Puasa
9. Hari terbuka Hari Raya
10. Annual Dinner dan tukar2 hadiah.
11. Persaraan Pengarah.
12. Pembelian baju batik, baju melayu, baju kurang, tudung dan tie seragam.

Pengerusi berharap kelab ini digerakkan dengan aktif dan semoga apa yang dibincang dalam mesyuarat ini akan menjadi kenyataan, kalau pun tidak semua sekurang2nya dua atau tiga program dapat dijalankan.

Mesyuarat Pelaporan Prestasi Perbelanjaan Bersama Sekolah - 03/03/2010



Hari ini mesyuarat bagi pelaporan prestasi perbelanjaan sehingga berakhir Februari 2010 di adakan di SK Pekan 2. Pencatat minit pada hari ini ialah Cik Ashabul Maimanah dan dipengerusikan oleh Pn Marcella Malagkas Ketua Unit Kewangan dan Akaun.