Friday, March 9, 2012

SEPETANG BERSAMA DOKTOR ANDA - 9/3/2012


Semua yang hadir mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.


Sepetang bersama Dr Adam Firdaus bin Dahlan. Beliau menceritakan sympton sesuatu penyakit. Penyakit yang top on the list ialah: Heart disease, diabetes, cancer, mental health and so forth......

Penjagaan kesihatan yang sempurna antara lain;

1. berjalan kaki selama 30 minit sehari (ten thousand step)
2. lebihkan makan sayuran, buah2an dan bijiran.
3. pengambilan garam 1/4 teaspoon sahaja
4. stop smoking (bagi yang merokok)

Elakkan makan durian dan minum cocacola jika anda penghidap hypertension.



MPT 8/2012 - 9/3/2012

Ringkas tapi padat pengisian mesyuarat hari ini. Maklum balas terjawab dengan penuh yakin.

Wednesday, March 7, 2012

JAMUAN PERPISAHAN/PERSARAAN HJH MARIAH HJ MD KHATIM KPT SK PEKAN 2 - 7/3/2012.



memotong kek "SELAMAT BERSARA"

ikhlas dari Unit Kewangan & Akaun

cenderakenangan dari rakan KPT dan PT

ucapan pernghargaan dari rakan seperjuangan

ucapan terakhir sebelum bersara


Selamat Bersara Hajah. Itulah yang terluah dari kawan2. Akhirnya dah tiba masa hjh bersara iaitu pada 13/3/2012 pada usia 56 tahun. Tidak berminat menyambung persaraan sehingga 60 tahun. Bersyukur kerana masih sihat dan sempat menikmati usia persaraan. Semoga hjh terus diberi kesihatan. Selamat Bersara Hjh dan semua kenangan manis atau pahit (kalau ada) kita simpan untuk kita muhasabah diri dan jadikan sebagai pengajaran dalam kita meniti kehidupan.

MELAWAT RAKAN YANG SAKIT DI HOSPITAL - 7/3/2012

Selepas selesai Majlis Perhimpunan Bulanan saya dan rakan2 di UKA melawat rakan di Hospital iaitu Pn. Faridah Abdullah PT di SK St Anne. Beliau menghidap masalah buah pinggang yang tidak lagi boleh digunakan secara normal. Kini beliau menjalani heomodylisis.

Selepas melawat Pn. Faridah kami beralih pula ke bilik sebelah iaitu yang menempatkan cg Awang Kalong GB SK Bebuloh. Beliau menghidap diabetes.

Bersyukurlah apabila kita diberi kesihatan dan hargailah ia. Ditimpa sesuatu penyakit itu juga adalah salah satu penghapusan dosa. ALLAH s.w.t sayang kepada kita lantas kita diuji. Allah tidak uji jika di luar kesanggupan kita.

Majlis Perhimpunan Bulanan - 7/3/2012

Majlis Perhimpunan Bulanan seperti biasa;

- Mandat dari Pengarah (antaranya ialah makluman mengenai Labuan jadi tuan rumah Kejohanan Ping Pong MSSM).
- Ucapan terima kasih Pengarah tentang program2 sekolah dan jabatan yang dijalankan sepanjang Feb hingga hari ini.
-Ucapan Selamat Bersara kepada yang akan bersara.
-Ucapan tahniah kepada yang naik pangkat.
-Ucapan tahniah kepada yang terpilih staf of the month.
-Ucapan Selamat Hari Lahir kepada yang lahir pada bulan Februari dan Mac.

- Penyampaian;
- Surat naik pangkat.
- Cenderamata kepada yang bersara.
- Penghargaan kepada sekolah yang mencapai 100% e hadir.
- Jurnal pendidikan kepada semua sekolah, btpn, pusat ko dan UPP.
- Sijil penghargaan kepada staf of the month.
- Kad Hari Lahir.

Acara menyanyi beramai2 dan memotong kek.

Jamuan ringan Nasi Ayam.

Urus setia
SJK/SPsK/SPM dan

Urus setia bersama - UKP


MPT 7/2012 - 5/3/2012

Saya kena jadi urus setia hari ni. Urus setia tetap kena pi out station. KS pula MC. Well....sabar2....cool down....buat apa yang patut. Ingat betul2 apa yang harus kena buat. Silap sikit tak apa bukan semua orang perfect....kena pujuk diri sendiri.

'sebelum memulakan mesyuarat kita pada hari ini, terlebih dahulu kita bentangkan minit dan maklum balas.....siapa yang nak bentang.....Hajjah silakan....'

Alhamdulillah.....berjaya juga saya lalui semuanya dengan licin dan santai. Terima kasih Pn. Pengarah yang sporting dan ahli mesyuarat yang understanding.