kenapa jadi begini?.....setelah semua sekolah siap di audit dan sedang menunggu SIJIL daripada BAS, KPM tetapi sekolah ini masih lagi memerlukan pemantauan susulan demi susulan.....Ini kerana semasa pengauditan oleh BAS KPM hari tu, sekolah gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan oleh Audit dan sehingga diberi tempoh masa 2 minggu dari tarikh exit conference pun masih lagi tidak dapat menghantar dokumen yang diminta oleh pihak Audit....dan sehinggalah pihak Audit menghubungi Unit Kewangan JPWPLabuan dan petang ini kena turun lagi untuk melihat Akaun Sekolah Tahun 2010 sekolah ini....tapi sedihnya....dokumen masih tidak lengkap dan Buku Tunai tidak teratur dan PATSKOM kena buat semula.....mujurlah ada Pn Angeline bekas Audit KK, dapatlah membantu kami.........
Alasan dan alasan lagi yang tidak logik diterima.......inilah akibatnya kalau suka menangguh2 kerja....dan tidak langsung bertanggungjawab dengan kerja yang diamanahkan kepada kita.....bukan saja PT tetapi juga semua yang terlibat dengan pengurusan berkaitan kewangan di sekolah.