Saturday, May 7, 2011

NAZIRAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH JABATAN AKAUNTAN NEGARA W.P.LABUAN PADA 9 HINGGA 10 MEI 2011



Pada hari Rabu yang lalu Unit Kewangan mendapat surat dari JAN Labuan bahawa naziran akan diadakan pada 9 hingga 10 Mei 2011 oleh 4 orang pegawai dari JAN Labuan. Telah disenaraikan 1/3 daripada jumlah baucar bayaran, penyata pemungut, waran peruntukan, jurnal pelarasan yang akan di audit.

Oleh kerana En. Zeno out station dan cik sharimah masih bercuti maka sebagai PT yang paling senior di Unit ini mengambil tanggungjawab untuk membuat persediaan sebaik mungkin. Kami terus meninjau bilik2 yang kosong pada tarikh2 tersebut....tapi malangnya semua bilik penuh. Takkan nak tangguh tarikh lagi....dah dua kali Unit Kewangan minta tangguh atas alasan sibuk...tapi takkan saya seberani itu untuk membuat keputusan tangguh lagi. Oleh itu saya meminta Miedy dan Laidin untuk 'remove' mesin fotostat yang rosak (tak dapat dibaiki itu) keluar dari bilik dokumentasi dan meletakkan meja yang sesuai untuk pegawai2 naziran itu nanti. Terima kasih kepada Ina, Fazilah dan Nisha kerana membantu mencari dan mengemaskini salinan2 baucar yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada Lyadia dan Rosamirul yang membantu mencetak dokumen yang diperlukan. Besar kemungkinan naziran pada tahun ini tidak akan menemukan kesilapan yang remeh temeh seperti tahun2 sudah. Kami harap baucar dari Unit Pembangunan (belum diserahkan oleh laidin) dikemaskini dan dilengkapkan semuanya. Tak kisahlah....walaupun kami membereskan kerja2 ini pada hari Sabtu asalkan hari Isnin nanti semua dokumen telah tersedia.

Mohon maaf kepada pegawai2 naziran kerana tempat yang disediakan mungkin kurang memuaskan.

Wednesday, May 4, 2011

KURSUS TOT UNTUK PROGRAM PEMENTORAN JABATAN PELAJARAN W.P.LABUAN - 4 HINGGA 5 MEI 2011

Penceramah prog pementoran - En. Azizurahman berasal dari Parit Sulong Batu Pahat Johor, pernah bertugas di TV3 di Bhg Finance dan Maybank sebelum menjadi guru dan 12 tahun kemudian dilantik sebagai Kaunselor di JPN Johor sebelum ditempatkan di Bhg PsK KPM. Berusia 39 tahun dan masih bujang (siapa kata saya tak pernah bercinta? itulah gurauan yang keluar dari mulut en. Azizur)

Mentor untuk JPWPLabuan bergambar kenangan dengan Pengarah, Tim Pengarah KML, Penceramah En. Azizurahman, KS PsK dan KS SPM

menyanyi bersama hiburkan hati.....menari bersama hilangkan stress....
lagu popular - jasa bonda
tarian popular - chicken dance

penjelasan mengenai peranan mentor
oleh En. Azizurahman Azland Hj Samian (Pegawai Kanan PsK KPM)

bacaan ikrar oleh para mentor yang telah dilantik
(Kami berikrar akan membimbing para menti dengan baik ........)


ucapan alu-aluan Pengarah

JAMUAN PERPISAHAN DAN MAKAN MALAM TERAKHIR BERSAMA KS SKPP (EN. MOHD SALEKHAN) - 29/4/2011 7.30 MLM

jejaka2 dari Unit Pembangunan....selamat bertugas di tempat baru untuk KS dan Rayner.......

terima kasih KS.......

terima kasih cikgu.......

terima kasih puan......

cenderamata kenangan untuk KS dari Unit Kewangan......
bah.....gantung saja di dinding......bila tengok jam ingat2lah unit kewangan......

KS mendendangkan lagu "LAGU KITA' dengan penuh perasaan........
KS dah pakain cincin......(kata laidin).......

Pengarah dan Ketua Sektor turut meraikan ...........

staf dari pelbagai Unit di SKPP

makan berempat saja....manalah nak habis makanan ni.....mujur ada si joe tolong makan....

kami lah wakil dari unit kewangan.......

yang diraikan.......peace? mcm trade mark midah jak tu......