Monday, February 20, 2012

RESHUFFLE PT JABATAN DAN SEKOLAH KUATKUASA 16 FEB 2012

Terdengar rungutan, bantahan dan tidak kurang pula bergembira kerana masing2 telah mendapat surat pertukaran masing2 tapi tidak berminat dengan tempat bertugas baru tapi ada yang suka di tempat baru.....begitulah ceritanya. Sebenarnya...tak payahlah merungut atau membantah, kalau ditukarkan tu ikut sajalah sebabnya mungkin penghijrahan itu mengandung hikmah yang hanya ALLAH saja yang tahu. Apabila saya dipangil oleh Pengarah untuk ditukar dari UKA ke UKP saya hanya mengambil masa lebih kurang 5-10 minit mendengar penjelasan Pengarah bahawa perkhidmatan saya diperlukan di UKP dan saya memberi jawapan yang sangat positif ' saya tak kisah puan, saya boleh bertugas di mana2 saja'. Mendengar pengakuan itu...perbincangan itu pun bubar tanpa perlu dipanjang2 lagi. Pengarah senang hati, semua ahli yang hadir puas hati dan saya sebenarnya terkejut dan tertanya2 sendiri....betul ke saya boleh mengalas tugas yang berat itu di UKP? tapi sebagai seorang yang telah dewasa dan banyak pengalaman it's alright just take it easy. Dan sekarang Alhamdulillah saya sudah boleh menyesuaikan diri dan boleh menjalankan tugas2 saya sesempurna mungkin.

Pertukaran atau penghijrahan PT dari sekolah ke sekolah lain kerana membantu sekolah2 disamping memberi pengalaman dan kemahiran kepada PT. Akhirnya...setelah perbincangan yang entah ke berapa kali........
Kasuma dr SKLTemiang ke SKSGBedaun
Julynah dr SKSGBedaun ke SKPatau2
Mariati dr SMStanne ke SKKerupang
Zanariah dr SKPatau2 ke Unit Perkhidmatan
Liliseah dr SPS ke SKSgBedaun
Beatrice dr SK Kerupang ke SMK Mutiara
Masni dr SMK Pantai ke SM StAnne
Kamariah dr SKRancha2 ke SK StAnne
Chriss dr SJK ChiWen ke SKRancha2
Rosli dr SPPK ke SPA
Yani dr SPA ke SPPK
Zaiton dr SMK Mutiara ke Unit Aset
Marlianah dr SMK Mutiara ke SPS
Nora dr UPP ke UKA
Faridah dr SK StAnne ke SKPP
mungkin selepas ini akan ada lagi pertukaran di antara AKS sama di jabatan atau sekolah.....tunggu dan lihat.

BERSAMA AUDIT DALAM KPM - 20 FEBRUARI 2012

Tiba juga akhirnya saya kena mengadap Audit Dalam KPM berkaitan Akaun Khas. Walaupun penyata bank dah zero dan dalam proses untuk tutup tapi prosedur tetap dijalankan dari awal hingga akhir. Walaupun tiada penyelewengan berlaku tetap pengurusan rekod Akaun Khas adalah lemah.

Daftar Resit - nahi
Daftar Cek - nahi
Akaun subsidiari - nahi

Akaun khas dikendalikan oleh 2 Unit, jadi masing2 meletakkan tanggungjawab kepada orang lain. Tidak pasti tanggungjawab sebenar dan apabila ditanya Audit masing2 mau mengelak dan masing2 mau mempertahankan diri, mau menegakkan benang yang basah.

Tapi apa2 pun tak kisahlah, apa yang berlalu biar terus berlalu dan jangan toleh ke belakang lagi. Selepas Akaun Khas ini sah ditutup marilah kita sama2 meraikannya dan bergembira kerana sudah terlepas satu beban yang bagaikan menghimpit kepala kita setiap kali Audit datang. Bukan takut sebab tiada apa yang nak ditakutkan pun tapi malas nak menjelaskan pada Audit bila jawapan tetap sama ' bukan saya yang pegang cek ni, bukan saya yang rekod resit ni....hai malas2 sangat2. Alhamdulillah....berakhir sudah satu penantian untuk menutup akaun yang menyusahkan ini......tapi cukup memberi pengalaman dan ilmu kepada saya selama ini.....

20-23 Feb para Audit juga turun ke sekolah2 membuat auditan kepada bantuan2 yang diturunkan ke sekolah. Disamping memantau perkhidmatan pembersihan dan kawalan keselamatan, pusat akses komputer.

24 Feb akan diadakan exit conference pulak. Tahan telingalah untuk mendengar teguran. Tak kisah lah..biasa sudah pun.....