Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H - 5/2/2012

anggun

sebelum berarak




Pn Mistirine dan Pn Norismah KS SPPK yang baru

Kontinjen JPWPLabuan

Tokoh kategori Orang Kurang Upaya (OKU) - Tahniah!

Tokoh Maulidur Rasul Tahun 2012 - dr kiri: Kategori OKU, Belia, Ibu Mithali dan Saudara Baru. Tahniah semua kalian memang layak diberi anugerah itu. Tahniah.


Hari Ke 3 jadi Pengetua di SMK Labuan dan mengetuai perarakan Maulidur Rasul 1433. Tahniah cg Ismail.

SMK Labuan Naib Johan Sepanduk Dan Perarakan bagi kategori Sekolah Menengah

Last but not least - semangat GB SK Pekan I patut dibanggakan. Walaupun akan bersara pada bulan Mac ini tapi masih gagah dan bersemangat mengangkat sepanduk untuk sekolahnya. Dimana gerangan guru2 lelaki atau guru wanita yang masih muda2 tu? syabas dan tahniah cg Raiki - Naib Johan Sepanduk Kategori Sekolah Rendah.



YB dan rombongan VIP mendahului Perarakan Sempena Sambutan Majlis Maulidur Rasul Tahun 2012


Walaupun tak dapat apa2 anugerah tahun ini tetapi semangat berarak di kalangan staf sudah memadai. Bukan senangnya nak ajak orang pi berarak nih. Biasalah kalau kita daftarkan jabatan kita untuk ikut berarak kita tetap berharap untuk mendapat sesuatu. Tahniah kepada Pengarah Pn. Mistirine kerana sudi menghadiri Majlis Sambut Maulidur Rasul dengan memakai tudung lagi tu. Tahniah kepada Fredrik kerana menyertai perarakan dengan memakai sepanjang baju melayu bersamping dan memakai kopiah dan membantu menolak sepanduk. Itulah special nya staf JPWPL sentiasa bekerja dalam satu pasukan.

Kategori jabatan kerajaan tahun ini untuk sepanduk dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya. Sepanduk yang simple, padat dan menarik.

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Clock - Allah Muhammad Round - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

BABARIS KITANI ESOK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDARRASUL

Friday, February 3, 2012

MESYUARAT MPT BIL 4/2012 - 3/2/2012

MPT Bil 4/2012 tanpa kehadiran Timbalan Pengarah Dasar. Pengarah tidak akan melantik Timbalan Pengarah Dasar memadailah Timbalan Pengarah sahaja iaitu OBM.

Banyak penambahbaikan untuk Tahun 2012, antaranya

- mengadakan Hari Inovasi
- persijilan Amalan 5S
- Merapatkan hubungan dengan kakitangan bawahan dengan mengadakan Hari Keluarga
- JPWPL akan menyertai pertandingan perarakan Maulidurrasul pada 5 Feb 2012 dengan lelaki memakai sepasang baju melayu biru berkopiah putih dan bersamping kehitaman. Wanita pula memakai sepanjang baju kurung biru bertudung putih dan berkasut hitam. Semoga kedua kategori iaitu sepanduk dan keseragaman perbarisan akan mendapat anugerah Insyaallah.

Pengumuman Majlis Pernikahan en Samsuddin dengan Liliseah pada 11 Februari 2012 di Masjid Annur W.P.Labuan dan majlis di rumah pengantin perempuan di K.Penyu pada 18 Feb 2012.
Pengumuman Majlis Perkahwinan Jcalso (PT SPS) pada 19 Feb 2012.

Makluman - Pn. Ma GB SJK ChungHwa diserang strok dan kini dirawat di SMC KK menunggu untuk pembedahan.
Makluman - En. AgKalong GB SK bebuloh masih dirawat di Hospital Labuan sejak bulan Disember 2011.

Tahniah kepada En. Samsuddin & Liliseah semoga berbahagia menjalani hidup baru sebagai suami isteri. Dan tahniah juga kepada Jcalso kerana menamatkan zaman bujang.

Kepada Pn. Ma dan Cg AgKalong semoga cepat sembuh dan bersabar banyak2, ini adalah dugaan dan ingatlah semua yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Ingatan kepada semua agar menjaga kesihatan masing2 dan elakkan stress kerana punca utama penyakit ialah stress.

Thursday, February 2, 2012

PEMBENTANGAN DERAF MANUAL 5S JPWPL DAN PEMBENTUKAN AJK INDUK 5S JPWPL - 2/2/2012

Hari ini KS SKPP membentangkan deraf Manual 5S JPWPL dengan dihadiri oleh Pengarah, KS, KU dan Ketua2 Zon. Tidak banyak pindaan tetapi perlu penambahbaikan.

Pelaksanaan Struktur Amalan 5S JPWPL:

Pengerusi - Pengarah
Tim. Pengerusi - Tim.Pengarah (OBM)
Penyelaras/Urus Setia - Unit Khidmat Pengurusan
JK Promosi - KS SPM
JK Latihan - FK
JK Audit - KS SKPP
Fasilitator - KS SPA, KS SPPK, KS SJK, KU Pra Sekolah, KU Pembangunan, KU Perkhidmatan
Ketua Zon 1 (AYU), Ketua Zon 2 (ROS), Ketua Zon 3 (ZANAH), Ketua Zon 4 (DIN), Ketua Zon 5 (MAH), Ketua Zon 6 (ACU).

Pelaksanaan Amalan 5S:

- Menekankan keseragaman keseluruhan jabatan;
1. Sudut 5S
2. Tagging (pelabelan)
3. Warna Korporat

- Mengelakkan konsep Taska/Tadika/Kedai Bunga/Bilik Pengantin/Bilik Tidur.

- Mengamalkan kebersihan, kekemasan dan keseragaman.

- Kerja berpasukan.

- Mencerminkan ciri2 seorang Penjawat Awam iaitu kemas, fesyen rambut yg normal, ceria dan bersopan santun.

- Mengutamakan keselamatan dan memudahkan setiap pekerja.

KS SKPP dan Urus Setia dalam proses menyediakan tagging yang seragam, info, carta organisasi yang seragam untuk setiap sektor.

Urus Setia telah menganjurkan pertandingan mencipta Logo 5S, Polisi/Misi/Visi/Slogan 5S dengan menawarkan hadiah wang Tunai RM100 + Sijil. Tarikh tutup pada 10/2/2012. Ciptaan yang menang akan digunapakai bagi Amalan 5S JPWPL.

Semoga Amalan 5S JPWPL dapat direalisasikan untuk persijilan yang dijangka pada 20 Jun 2012. Dengan komitmen yang tinggi dan berterusan dari Pegawai atasan terutama sekali Pengarah dan KS SKPP Insyaallah JPWPL akan menjadi contoh sebagai jabatan yang mengamalkan 5S berkonsepkan imej korporat.

Terima kasih kepada semua KS, KU dan Ketua Zon yang hadir dan sama2 membincangkan penambahbaikan deraf Manual Amalan 5S JPWPL.

Selepas ini akan ada satu Manual Amalan 5S berbentuk sebuah buku yang akan disimpan di semua Sektor sebagai garis panduan.

Tahniah kepada KS SKPP.