Friday, February 17, 2012

PERSEDIAAN MENGHADAPI AUDIT DALAM KPM - 16-17 FEBRUARI 2012

Masing-masing Sektor dan Unit sibuk membuat persediaan kunjungan Audit Dalam KPM yang akan berkampung di JPWPL pada 20-25 Februari 2012.

Persediaan di pihak saya di antaranya;

1. Akaun Khas jabatan

2. Buku Log Kenderaan dengan sejarah kenderaan JPWPL.

3. Carta Organisasi Induk JPWPL yang terkini.

Alhamdulillah....saya dah membuat persiapan yang rapi dengan membuat senarai semak setiap tajuk yang di atas tetapi jika ada juga soalan atau permintaan yang keluar di luar jangkaan maka terpaksalah juga saya bersedia pada bila2 masa menyelesaikannya. Cuti2 kami yang terlibat dengan Audit ini dibekukan.

UKP juga terlibat dengan urusan tempahan makan/minum dan penggunaan kenderaan sepanjang Audit menjalankan tugas rasmi mereka di JPWPL. Alhamdulillah....semuanya sudah diurus oleh UKP. Itulah di antara tugas2 di UKP dimana akan sentiasa terlibat dengan aktiviti jabatan dan perancangan UKP seterusnya ialah menyediakan laporan tempahan makan/minum jika sektor dan unit menghantar ke UKP bagi memudahkan pihak jabatan dan membantu pihak pengurusan apabila diperlukan. Sekurang2nya UKP ada menyimpan maklumat yang dikehendaki. Mengambil pengajaran apabila pihak pengurusan memerlukan tarikh2 penting aktiviti yang sudah dijalankan setiap ahli mesyuarat sudah terlupa walaupun aktiviti baru saja dilaksanakan. Biasalah....mana nak ingat semuanya.....


KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD ANJURAN UNIT KHIDMAT PENGURUSAN - 15 FEBRUARI 2012

En. Kasno B Paijan Pen.Pegawai Arkib masih setia membantu JPWPLabuan dalam penguursan fail dan rekod. Terima kasih yang tidak terhingga buat en.Kasno. Seramai 43 orang ditawarkan mengikuti kursus tetapi hanya 40 orang yang hadir memberi komitmen. Selepas melaksanakan sistem ARKIB ini adalah kali yang kedua en. kasno menunjuk ajar sataf JPWPL. Oleh kerana saya baru mengambil alih pengurusan fail menggunakan sistem ARKIB ini maka ini adalah pendedahan pertama saya ikuti melalui kursus pengurusan fail ini. Penceramah sangat mahir dengan bidang tugasnya dan penerangan juga jelas sambil diselang seli dengan contoh2 yang menghiburkan. KS SKPP juga sangat kommites kerana menghadirkan diri dari awal hingga akhir. Tahniah KS kerana sudi bersama kami sepanjang kurus dijalankan sambil bertanya soalan dan berkongsi maklumat.

Adalah diharapkan pengurusan fail dan rekod selepas ini akan terurus dengan baik dan mengikut akta Arkib. Penyusunan daftar fail akan saya teliti dan selaraskan satu persatu tanpa melihat yang lama atau menunggu senarai daftar fail yang belum diserahkan kepada saya sejak mengambil alih tugas ini. Dengan berpandukan kamus fail Arkib dan pendedahan yang saya terima Insyaallah saya boleh uruskan fail di jabatan ini sebaik mungkin dan of course lah dengan nasihat KS SKPP yang sentiasa sedia memberi tunjuk ajar dan tidak mengamalkan favouritesm.

Tuesday, February 14, 2012

MESYUARAT MPT BIL 5/2012 - 14 FEBRUARI 2012

Intipati mesyuarat hari ini menarik dan tidak membosankan.
Laporan2 Ketua Sektor juga menarik. The best ialah pembentangan isu oleh en. Saiful Nazri b. Nordin yang padat dan mengharukan setiap yang mendengar. Perkongsian begini perlu dan jangan dipendam sebab kalau kita diam dan tak kesah siapa pun tak tau cerita. At the end of the day kita lah yang kena harung dan telan sendiri. Tahniah kepada en. Saiful yang bersahaja dalam menyampaikan luahan beliau.
Alhamdulillah dapat bersama MPT jabatan. Melalui mesyuarat ini banyaklah info yang kita dapat. Walau bagaimanapun kita tetap patuh kepada 'AKU JANJI' yang kita TT setiap tahun.

Monday, February 13, 2012

PERBINCANGAN PERSEDIAAN AUDIT DALAM KPM BERSAMA PENGARAH - 13 FEBRUARI 2012

Macam baru saja rasanya Audit Dalam datang membuat pengauditan (Tahun 2009) dan kini mereka muncul lagi dengan diketuai oleh Pn Mahani (Juruaudit yang sama). Masih lagi teringat dan terngiang2 suara Pn Mahani melecture saya di depan juruaudit lain. Tanya itu tanya ini. Apa nak buat leh kerana KU Kew kami pada masa itu out stataionlah pula kena lah saya mengadapa mereka. Ke sana ke mari diminta mengambil itu ini. Sabar sajalah. Dengan kerja2 yang banyak menunggu dan tak habis2, dengan audit pula tak habis2 membebel walaupun kesilapan dibuat orang lain. Itulah kenyataan dan kenangan mengabdikan diri di UKA tak akan dilupa sampai bila2 kecuali dah tak boleh ingat kut...mudah2an komputer dalam kepala saya ni tak obsulate hingga ke akhir hayat. Kalau nak bercerita boleh dibuat novel mau2 boleh dibuat drama atau filem lagi.

Hari ini Pn Pengarah mengadakan satu perbincangan khas bagi persediaan Audit Dalam KPM yang akan berkampung dari 20 - 25 Februari 2012 di JPWPL. Orang yang pertama di audit semestilah saya sebabnya sayalah konon2 orang yang menyediakan Akaun Khas jabatan walaupun part yang saya buat hanya menyediakan baucar, melengkapkan Buku Tunai dan menyediakan penyesuaian bank. Sepatutnya Akaun Khas ini sudah ditutup sejak tahun 2009 lagi atas saranan audit tapi kena drag sampailah ke tahun 2012 Januari barulah akaun tu kosong (zero). Patut kah saya juga yang kena jawab? Malas tah ku ingau.

Lepas kena kunyanyang pasal Akaun Khas (andaian saja bah nih), saya kena pula menjawab bab penyelenggaraan kenderaan sebabnya apabila saya berpindah ke UKP saya pula bertanggungjawab pasal kenderaan jabatan. Kena cari sejarah, kewPA, jadual penyelenggaraan kata pengarah. Selesai saja perbincangan belum2 sempat pergi solat saya terus meluru masuk bilik fail minta si nor sediakan fail2 kenderaan jabatan (temasuk fail2 tutup). Setelah menyemak semua fail satu persatu akhirnya terjumpalah juga apa2 benda yang saya perlukan untuk persediaan audit. Hai....mujurlah semuanya boleh dicari....kalau tidak....kalau tidak.....saya akan terus mencari sampai dapat.