Thursday, November 17, 2011

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI OKTOBER, NOV DAN DISEMBER 2011

Di urus setiakan oleh SPS bersama UKP perhimpunan bulanan dijalankan seperti biasa - ceria, meriah dan kenyang. Ucapan ringkas Pengarah dan penganugerahan kepada penerima bertuah dan sumbangan ikhlas kepada penerima yang menghadapi musibah. Majlis perhimpunan berakhir jam 9.30 pagi.

Jamuan ringan 9.30-10.00 pagi.

Jam 10.00 bermula pengumuman UPSR untuk 17 buah Sekolah Rendah di Labuan. Ramai GB, GPK 1 senyum lebar sebab peratusan sekolah meningkat dan ramai anak murid mereka mendapat 5A. Hari ini dalam sejarah SK Pekan 1 memperolehi 20 orang murid mendapat 5A (hadiah untuk cg Raiki yang akan bersara pada bulan Mac tahun hadapan). Tahniah SK Pekan 1 (sekolah tempat saya bertugas pertama sekali datang ke Labuan).

11.30 pagi mesyuarat khas bersama SM St Anthony. Perbincangan berakhir jam 1.00 petang.

2.30 petang mesyuarat MPT28. First time kena bentang minit untuk back up Setiausaha tetap yang out station. Sorry....kalau ada yang tersasul dan semoga masa2 akan datang ianya akan berjalan dengan lancar dan ok saja. Mesyuarat berakhir jam 5.00 petang dengan jamuan ringan sudah tersedia menanti. Semua orang kenyang.....tak perlu makan malam lagi. Jamuan ringan yang di 'share' oleh en.Din (untuk taklimat keselamatan ICT) di bilik Rafflesia. Tq en. Din dan tahniah juga kerana sudah menjadi tunangan orang.

Esok.....banyak kerja menunggu.....kena layan surat2 untuk dijawab. Kena key in permohonan insurans guru2 dan AKS yang melawat ke luar negara. Setelah duduk di UKP, barulah saya tau.....betapa ramainya guru2 dan AKS membuat lawatan ke luar negara apabila tiba musim cuti sekolah. Di antaranya ke Hong Kong, Thailand, Singapore, Brunei, Turki, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan, China.

Minggu depan 23 Nov saya kena hadir mesyuarat di Putrajaya berkaitan urusan lawatan rasmi ke luar negara. Semoga perjalanan saya dipermudahkan dan dilindungi Allah sentiasa. Dan kalau orang yang membuat kerja2 berkaitan lawatan rasmi keluar negara tu....agak2....akan berpeluangkah dibawa melawat ke luar negara? he he he....perasan.......







Wednesday, November 16, 2011

BERAKHIRNYA ZAMAN SINGLE UNTUK NUR KHAIRUNISA - 11/11/11 (JUMAAT)







Cantik tarikh secantik mempelai yang bersanding. Nisha dari UKA mengakhiri zaman single dengan putera pilihan hatinya pada 11.11.11 hari jumaat dan majlis persandingan pada 12.11.11. Tak berpeluanglah saya untuk sama2 menziarah di majlis pernikahan mau pun majlis persandingan kerana pada tarikh itu juga kami dihantar ke Kursus Pemantapan AKS di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo. Tapi tak apa majlis nisha tetap meriah dan diserikan lagi oleh dayang2 yang kiut miut yang tetap setia sabar menunggu mempelai keluar dari singgahsana.

PELUANG PERTAMA DALAM PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERSAMA AKS - 11 HINGGA 13 NOVEMBER 2011

Apabila bertugas di UKP kena akur apa saja yang diarahkan dari semasa ke semasa. Kena bagi peluang untuk berkongsi ilmu dengan AKS dalam Kurus Pemantapan AKS di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo. Nervous tu pasti ada pada setiap orang dan tidak terkecuali saya, tapi oleh kerana dah sanggup duduk di UKP maka sangguplah pikul tanggungjawab yang diamanahkan. Biarlah budak2 tu kata.....apalah yang Hjh cakap tu....tak faham....tapi kena sabar dan cuba lagi. Semoga di masa2 akan datang akan lebih lancar lagi perjalanan tugas yang diberikan...Insyaallah.Terdengarlah pula di telinga ini.... 'Lepas ni bolehlah bagi talk dalam kursus induksi'....pulak dah......macam order saja ni....dan apakah saya kena galas juga....rela dalam terpaksa kah nih? Ya Allah...semoga saya terus mendapat Taufik dan Hidayah.....dalam menjalani sisa2 kehidupan yang entah beberapa tahun saja lagi. Walau bagaimana pun syukur dengan rezeki Allah kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan dalam menjalankan tugas2 yang diamanahkan.

Insyaallah.....perancangan yang berterusan.....ilmu yang sedia ada akan dikongsi dengan semua orang yang sudi meminjamkan telinga....dan akan berusaha mencari bahan yang menjadi rutin harian supaya boleh dipraktikkan dalam tugasan harian. Ilmu yang dikongsi tidak akan berkurang malah akan terus bertambah dan berkembang dengan suburnya.