Saturday, April 30, 2011

HAPPY LABOUR DAY AND HAPPY HOLIDAY - 1 MEI 2011

Inilah yang ditunggu2 oleh government servant macam aku ni....jika ternaiklah sedikit gaji tu maka segala kemungkinan boleh tercapai...mungkin dapatlah aku mendapatkan barang yang aku idamkan selama ini...atau dapatlah aku menyumbangkan sedikit kepada yang memerlukan dan mungkin dapatlah aku menambah tabungan aku di Tabung Haji.....macam2 lagilah dalam fikiran tu....kalau naik gaji....tapi harap2 tu kalau dah naik gaji terkotalah apa yang saya katakan tu...tapi kalau naik gaji dan barang pun naik...maknanya tak ada maknanya juga....sama sajalah....tak tercapai juga kut......



1 Mei 2011 hari Ahad cuti umum untuk Labour Day...maknanya esok hari Isnin dapat cuti ganti.....Alhamdulillah.....bolehlah kita duduk santai2 di rumah...sambil kemas2...cuci2....dan belek2 pokok2 sebelah rumah......

Friday, April 29, 2011

Petang terakhir (bersama KS SKPP) di pejabat (JPWPLabuan) - 29/4/2011

punch terakhir........

tinggal kami bertiga sahaja di Unit Kewangan bila KS dan Rayner
melawat unit kami kali terakhir ..........nampaknya semua senyum lebar........

KS 'dikompangi' oleh staf SKPP sebagai ucapan selamat jalan......

apabila terdengan bunyi kompang....semua yang ada di bilik sebelah keluar untuk meninjau...dan sempat pulak bergambar bersama KS......

Majlis Penyerahan Tugas KS SKPP En. Mohd Salekhan Othman - 29/4/2011 (3.30 ptg)

ucapan penghargaaan dari Pengarah.....

tergambar kesedihan dalam menghadapi perpisahan.......

cendera kenangan dari KS SPPK (Tim. Pengarah Dasar)

bertuah En. Salekhan hari ini...sebab Pengarah dan KS semua hadir
meraikankan Majlis Penyerahan Tugas .....

ucapan terakhir sebagai KS SKPP JPWPLabuan.........

Rambli: Aku mo pencen sudah bulan Nov nih....Julaily: ya kah?

sempat juga sdra kita En. Jamali meraikan pertukaran KS....
syabas! syukur kerana anda masih diberi kekuatan oleh ALLAH.....

terharu dan teruja mendengar ucapan terakhir dari KS

cendera kenangan dari KS PsK

cendera kenangan dari KS SJK

cendera kenangan dari KS SPA

cendera kenangan dari KS SPS (Tim.Pengarah Operasi)

fail serah tugas kepada Tim.Pengarah Dasar En. Ismail Abdullah

Cendera kenangan dari Pengarah



Penyerahan tugas KS SKPP En. Mohd Salekhan Othman
kepada Tim. Pengarah Dasar En. Ismail Abdullah

Taklimat Terakhir sebagai KS SKPP sebelum Majlis Penyerahan Tugas - 29/4/2011 (2.15 ptg)



KS SKPP meninggalkan pesanan kepada staf di setiap Unit di SKPP sebelum meninggalkan jabatan pada 29/4/2011:

Perkhidmatan:
1. urusan persaraan En. Mohd Yunos Kadir dan En Awang Jahri Matakong
2. Tapisan keselamatan
3. Task Force BRP

HRMIS:
1. Task Force rekod peribadi dan rekod perkhidmatan
2. Promosi penguatkuasaan pengurusan cuti untuk staf jabatan (permohonan cuti melalui HRMIS

Tatatertib:
1. Mengambil tindakan seperti yang telah dibincangkan

Perjawatan/Naik Pangkat:
1. Kenaikan pangkat DGA
2. Guru cemerlang

Latihan dan Kompentensi:
1. Pemantauan guru baru dan Book Review.

Kewangan & Akaun:
1. Pemantauan kewangan dan Akaun sekolah.

Aset:
1. Verifikasi stok yang belum dibuat
2. Perabot Pra Sekolah

Khidmat Pengurusan:
1. Sistem Fail
2. Laporan aduan kepuasan pelanggan
3. MPK
4. Pengurusan keselamatan jabatan
5. Program 5S

Pembangunan:
1. Bilik Server
2. Rumah Guru SK Pekan 1
3. Bangunan SK Pekan 1
4. Pemantuan secara berkala



KS SKPP mengharapkan JPWPLabuan akan terus cemerlang dan bertambah cemerlang. Semoga SKPP akan terus berada dalam satu keluarga.

Sedih dan terharu mendengar taklimat terakhir dari KS. Beliau merupakan seorang ketua yang sangat bertanggungjawab dan sehingga di saat akhir pun masih berusaha untuk mengingatkan staf di bawah jagaannya agar terus melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab. Harapan kita semua agar nasihat2 yang baik akan menguatkan lagi semangat kita untuk terus berkhidmat dengan baik. Jabatan Pelajaran di bawah Kementerian Pelajaran adalah tempat kita mencari rezeki, kalau bukan kita yang dilantik oleh Suruhanjaya Pelajaran mengurus jabatan kita , siapa lagi yang kita harapkan. Pegawai2 kader datang dan pergi, kita orang2 pelajaran juga yang kekal meneruskan tugasan.

Amanat terakhir dari KS SKPP kepada staf SKPP

Wednesday, April 27, 2011

TAKLIMAT e BAJET OLEH PEGAWAI DARI UNIT BAJET KPM - 26 APRIL 2011




Cik Nur Hafizah (KPM) sedang membantu Pn. Maimunah (SMK Mutiara)
dan Pn. Angeline (SMK T.P.Bedaun). Kelihatan dlam gambar juga ialah Lyadia (PT e FISU jabatan) dan Ros Amirul (Pembantu Akauntan).

En. Mohd Azhar (KPM) membantu En. Zahran (Dari SMK Labuan) .
Juga kelihatan dalam gambar ialah Pn. Dayang (SMK Lajau), En. Azahari (SMK Pantai)
dan Cik Ruziah (SM St Anthony).

sharimah sedang membantu P.Kanan I SM St Anne (Ustz Siti Aminah). Kelihatan juga En. Zeno (Pegawai e FISU jabatan).

Taklimat e Bajet oleh 2 orang pegawai dai Unit Bajet KPM. Kumpulan sasar ialah staf dari Unit Kewangan JPWPLabuan dan 7 buah Sekolah Menengah iaitu pemegang PTJ. Tujuan sebenar ialah memberi penjelasan secara terus kepada sekolah2 PTJ cara2 menyediakan pelaporan secara on line (e FISU). PTJ1 adalah untuk jabatan dan PTJ2 adalah untuk sekolah. Kaitan rangkaian di antara jabatan dengan sekolah ialah JPWPLabuan menurunkan waran peruntukan kecik ke sekolah dan sekolah pulak membuat pelaporan yang tepat kepada JPN dan KPM. Setiap hujung bulan sekolah2 akan mengunci masuk laporan perbelanjaan dan tanggungan serta keperluan peruntukan tambahan dan jabatan pulak akan memantau pelaporan tersebut secara on line.

Pelaporan e FISU ini sudah lama digunakan oleh jabatan iaitu mulai tahun 2002. Pada tahun ini 2011 diturunkan pulak ke sekolah2 pemegang PTJ.

Monday, April 25, 2011

MENZIARAH KE RUMAH ASHABUL YANG BARU MENDAPAT CAHAYA MATA SEORANG PUTERI YANG MEREKA NAMAKAN RABIATUL ADAWIAH


seronok kan pegang baby......



Tahniah kerana telah menjadi seorang ibu........selamat berpantang ashabul.....


Nampaknya staf di Unit Kewangan saban tahun menerima kehadiran tamu baru. Tahun 2010 Nora telah selamat melahirkan seorang putera. Tahun 2011 pulak Ashabul melahirkan seprang puteri. Tidak mustahil Tahun 2012 dan seterusnya akan ada lagi tamu2 baru yang akan menceriakan kehidupan staf di Unit Kewangan. Cuba teka2 siapa agak2 mereka2 tu.......