sharimah bermain piano dan nora pulak menyumbangkan lagu - boleh tahan unit kewangan ni
siap menghias pentas bermain piano pulak....
Unit Kewangan ditugaskan untuk menghias pentas sempena persaraan Pengarah pada 05 Oktober 2010. Pada mulanya staf unit kewangan terkejut juga sebab inilah 'first time' kami diberi tugas menghias pentas. Biasanya kami ditugaskan di bahagian jamuan. Mungkin unit kewangan lebih ramai staf perempuan itulah agaknya KS bagi kepercayaan untuk kami menghias pentas pada hari bersejarah itu. Pada 4 Oktober kami sudah mula meninjau2 pentas yang akan dihias. Sharimah, Lydia, Nora, Ina, Nisha, Midah dan saya bergotong royong menjalankan tugas yang diamanahkan.