Insyaallah.....perancangan yang berterusan.....ilmu yang sedia ada akan dikongsi dengan semua orang yang sudi meminjamkan telinga....dan akan berusaha mencari bahan yang menjadi rutin harian supaya boleh dipraktikkan dalam tugasan harian. Ilmu yang dikongsi tidak akan berkurang malah akan terus bertambah dan berkembang dengan suburnya.
Wednesday, November 16, 2011
PELUANG PERTAMA DALAM PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERSAMA AKS - 11 HINGGA 13 NOVEMBER 2011
Apabila bertugas di UKP kena akur apa saja yang diarahkan dari semasa ke semasa. Kena bagi peluang untuk berkongsi ilmu dengan AKS dalam Kurus Pemantapan AKS di Novotel Kota Kinabalu 1Borneo. Nervous tu pasti ada pada setiap orang dan tidak terkecuali saya, tapi oleh kerana dah sanggup duduk di UKP maka sangguplah pikul tanggungjawab yang diamanahkan. Biarlah budak2 tu kata.....apalah yang Hjh cakap tu....tak faham....tapi kena sabar dan cuba lagi. Semoga di masa2 akan datang akan lebih lancar lagi perjalanan tugas yang diberikan...Insyaallah.Terdengarlah pula di telinga ini.... 'Lepas ni bolehlah bagi talk dalam kursus induksi'....pulak dah......macam order saja ni....dan apakah saya kena galas juga....rela dalam terpaksa kah nih? Ya Allah...semoga saya terus mendapat Taufik dan Hidayah.....dalam menjalani sisa2 kehidupan yang entah beberapa tahun saja lagi. Walau bagaimana pun syukur dengan rezeki Allah kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan dalam menjalankan tugas2 yang diamanahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment