Thursday, February 2, 2012

PEMBENTANGAN DERAF MANUAL 5S JPWPL DAN PEMBENTUKAN AJK INDUK 5S JPWPL - 2/2/2012

Hari ini KS SKPP membentangkan deraf Manual 5S JPWPL dengan dihadiri oleh Pengarah, KS, KU dan Ketua2 Zon. Tidak banyak pindaan tetapi perlu penambahbaikan.

Pelaksanaan Struktur Amalan 5S JPWPL:

Pengerusi - Pengarah
Tim. Pengerusi - Tim.Pengarah (OBM)
Penyelaras/Urus Setia - Unit Khidmat Pengurusan
JK Promosi - KS SPM
JK Latihan - FK
JK Audit - KS SKPP
Fasilitator - KS SPA, KS SPPK, KS SJK, KU Pra Sekolah, KU Pembangunan, KU Perkhidmatan
Ketua Zon 1 (AYU), Ketua Zon 2 (ROS), Ketua Zon 3 (ZANAH), Ketua Zon 4 (DIN), Ketua Zon 5 (MAH), Ketua Zon 6 (ACU).

Pelaksanaan Amalan 5S:

- Menekankan keseragaman keseluruhan jabatan;
1. Sudut 5S
2. Tagging (pelabelan)
3. Warna Korporat

- Mengelakkan konsep Taska/Tadika/Kedai Bunga/Bilik Pengantin/Bilik Tidur.

- Mengamalkan kebersihan, kekemasan dan keseragaman.

- Kerja berpasukan.

- Mencerminkan ciri2 seorang Penjawat Awam iaitu kemas, fesyen rambut yg normal, ceria dan bersopan santun.

- Mengutamakan keselamatan dan memudahkan setiap pekerja.

KS SKPP dan Urus Setia dalam proses menyediakan tagging yang seragam, info, carta organisasi yang seragam untuk setiap sektor.

Urus Setia telah menganjurkan pertandingan mencipta Logo 5S, Polisi/Misi/Visi/Slogan 5S dengan menawarkan hadiah wang Tunai RM100 + Sijil. Tarikh tutup pada 10/2/2012. Ciptaan yang menang akan digunapakai bagi Amalan 5S JPWPL.

Semoga Amalan 5S JPWPL dapat direalisasikan untuk persijilan yang dijangka pada 20 Jun 2012. Dengan komitmen yang tinggi dan berterusan dari Pegawai atasan terutama sekali Pengarah dan KS SKPP Insyaallah JPWPL akan menjadi contoh sebagai jabatan yang mengamalkan 5S berkonsepkan imej korporat.

Terima kasih kepada semua KS, KU dan Ketua Zon yang hadir dan sama2 membincangkan penambahbaikan deraf Manual Amalan 5S JPWPL.

Selepas ini akan ada satu Manual Amalan 5S berbentuk sebuah buku yang akan disimpan di semua Sektor sebagai garis panduan.

Tahniah kepada KS SKPP.

No comments:

Post a Comment