Sunday, March 8, 2020
Kembara BALKAN
Balkan adalah adalah nama yang digunakan untuk sebuah kawasan yang bersejarah dan secara geografi terletak di rantau tenggara Eropah.
Perjalanan musafir kami ke negara Balkan bermula dari satu pelawaan dan perancangan oleh adik sepupu suami. Alhamdulillah apabila ditimbang dan ditolak campur pelawaan ini boleh dipertimbangkan walaupun dalam hati.....boleh kah kami?
Pelawaan yang serious - Oktober 2019
Deposit perlu dibank in - RM1000 per person
Bayaran Penuh - Disember 2019
Perjalanan dirancang - Februari 2020
Pelawaan bersambut dan semua keperluan telah dipenuhi. Alhamdulillah....berjalan lancar....dokumen ( seperti pasport dan IC)hanya perlu dihantar melalui wasap sahaja....mudahnya......
Wasap group Trip to Balkan untuk semua ahli yang menyertai diwujudkan bagi memudahkan informasi....sehinggalah sampai kepada bulan yang ditunggu2 itu ...Februari.....hahahahaha
Tiket penerbangan ke KL atas urusan sendiri telah kami beli pada bulan Disember 2019 dan tarikh perjalanan telah ditetapkan pada 18 Februari. Dalam menghitung hari itu my soulmate merasa dirinya kurang sihat lah pula....terpaksa bawa ke Unit kecemasan untuk pemeriksaan pada 15 Feb. Setalah diperiksa Doktor kata perlu dimasukkan ke wad untuk observation sebab seolah2 dia terkena mild heart attack....wah dah macan putus harapan nak ke Balkan tapi untuk kesihatan orang tersayang dalam hati tak apalah mungkin belum rezeki tetapi tetap berdoa agar Allah memberi kesihatan dan memudahkan urusan kami.
17Feb kata Doktor boleh keluar wad dan disahkan sihat. Alhamdulillah....syukur padaMu ya Allah......
18Feb kami bertolak ke KL dan membeli keperluan yang akan dibawa bermusafir. 19Feb ke KL Central untuk urusan penukaran mata wang asing. RM kepada Euro dan Lira.
20Feb jam 2.30 petang kami bertolak ke Airport menaiki Grab (sebab anak2 bekerja dan tak mau menyusahkan mereka). 6.30 petang berkumpulan di Kaunter M untuk drop bagasi. Seramai 44 orang ahli rombongan. Jam 8.05 kami menuju ke pelepasan antarabangsa menaiki train untuk ke terminal antarabangsa. Setelah melalui pelbagai sekatan pemeriksaan akhirnya kami sampai ke bilik menunggu dengan masih belum kenal mengenal ahli rombongan. Jam 9.05 malam tayar kapal terbang Oman Air pun bergolek. KL to Muscat Oman dari jam 9.05 malam hingga jam 4.00 pagi (waktu Malaysia) tapi 12.30 malam waktu Oman (perbezaan 7 jam). Terbang semula Muscat Oman ke Milan Itali pada jam 2.20 pagi (waktu Oman dan 6.00 pagi waktu Malaysia) dan sampai di Milan Itali pada jam 7.30 pagi (waktu Itali) 21Feb.
Oleh kerana kami sampai pagi maka bermulalah perjalanan musafir kami dengan makan angin ...iaitu city tour Milan Itali. Biasalah bila dibawa melihat bangunan2 yang bersejarah...kawasan2 yang cantik2 maka aktiviti mengambil gambar pun bermula....sebagai kenangan sudah sampai ke Milan Itali....memang cantiklah tempat mereka ini....pesat membangun dan terserlah kemewahan di mana2.
Sebelum tengah hari kami bertolak ke Venice untuk bermalam di sana dan singgah solat jumaat di Masjid Milano itali. Milan ke Venice memakan masa lebih kurang 4 jam.Kami bermalam di Hotel Michael Angelo.
untuk makan malam kami dihidangkan dengan makanan popular orang Itali iaitu Pasta....salad ayam....manisan.
22 Feb setelah menikmati breakfast dengan pelbagai roti dan minuman panas kami dibawa menaiki boat untuk ke satu pulau di Venice dan disana kami dibawa untuk naik Gondola (35 Euro per person).Kebetulan ada festival....mereka memakai pakaian di zaman Marco Polo berlegar2 di kawasan persekitran bekas kediaman Marco Polo di San Marco.Tengah hari kami kembali menaiki boat ke tanah besar untuk lunch di Bombay Spice dan singgah solat di Sultanahmet (Islamische Foderation IFW) ada surau di situ.
Petangnya perjalanan kami diteruskan ke Austria. Perjalanan memakan masa 8 jam dengan pemandangan yang indah ciptaan Allah....melintasi gunung batu (ALPS) terdapat perkampungan orang2 Itali di lembah2 gunung.....tasik yang cantik. Rumah2 dibina di sepanjang tasik. bermalam di Hotel Kavalier Vienna Austria. Malam itu kami ditapaukan roti dan air kotak....adui laparnya....rindu nasi.
23Feb city tour Vienna Austria. Vienna is the cleanest city in Europe say the guide.Bangunan memang cantik2 dan tersusun rapi. Lunch dan solat tetap seiring.
1.43 petang perjalanan diteruskan lagi ke Croatia (now entering Balkan Peninsular). Di sini kena cek pasport keluar daripada Austria dan cek lagi pasport untuk masuk ke Croatia. sampai jam 7.30 malam dan bermalam di Hotel Garden Zagreb Croatia. Croatia adalah negara yang merdeka.
24Feb lake tour (masuk 20 Euro per person). Melihat keindahan air terjun dan air yang sangat jernih daripada Plitvice lake croatia national park. Lunch dihidangkan dengan fish filet kentang roti dan kek. Di sini kami solat jamak zohor asar di open air (takpa yang penting tertunai kewajipan). Pemeriksaan ci check point Croatia dan masuk ke check point Bosnia Hecergovina. Menginap di Hotel Relcic Bihac Bosnia. Dinner malam tu sayur jeruk sup daging nasi dan ayam panggang kek berempah dan roti tak pernah tinggal.
25Feb selepas breakfast perjalanan diteruskan ke Sarajevo the capital city of Bosnia.Singgah ambil2 gambar di tasik buatan......pemandangan yang cantik. Lunch di Restoran Fast Food Malezija dan solat di Masjid Malezija (Malaysia) yang dibina atas donation rakyat malaysia.Menginap di New Hotel Sarajevo.
26Feb kami dibawa melawat Old Bridge di Mostar Bosnia. Kesan peperangan masih ada di mana peluru2 menghentam dinding2 bangunan dan bangunan2 yang roboh akbiat kesan bom. Singgah solat di Masjid yang paling cantik di Mostar. Perjalanan diteruskan ke Montenegro. Kami sampai jam 8.00 mlm di Bandar Kotor Montenegro dan terus dibawa melawat old town yang dibina seawal tahun 1116. Kami bermalam di hotel Pozzo di Budva Montenegro.
27Feb selepas breakfast kami diawa melawat ke persekitaran Budva dan ke outlet yang menjual jaket kulit. Pertunjukan fesyen jaket2 yang dijual di kedai itu diadakan bagi menjelaskan bagaimana jaket2 itu dipakai atas keperluan kita. Beberapa rakan serombongan membeli sesuai citarasa mereka. Perjalanan diteruskan ....singgah lunch serta solat di Palma Nova Resort di Albania.
Perjalanan diteruskan lagi ke Macedonia....singgah check point untuk pemeriksaan masuk ke Macedonia....bukan saja kami melalui pemeriksaan imigresen tetapi juga melalui pemeriksaan jabatan kesihatan mereka kerana penularan wabak Covic19 (Corona Virus)....Alhamdulillah ahli rombongan semuanya sihat.......hujan salji mula turun di check point Macedonia.....menginap di hotel Aqualina Ohrid Macedonia.Bandar Ohrid cantik, aman dan indah dengan kota2 lama yang masih terpelihara. Barangan yang dijual lebih murah berbanding negara lain.....mereka mengunakan mata wang denar tetapi mereka juga menerima mata wang Euro.
28Feb perjalanan diteruskan ke Skopje Macedonia dengan melintasi ALPS yang masih bersalji. Pemandangan sangat cantik dan mendamaikan. Tiba di Mavrovo Macedonia hujan salji mula turun perlahan2 dan akhirnya lebat dengan memenuhi jalan raya....pokok2 dipenuhi salji...bumbung2 rumah penduduk sekitar kelihatan putih dengan salji.....cantiknya pemandangan ini yang pertama kali untuk sayalah.....jalan mula sesak dan bas kami berhenti lebih kurang 40 minit. Pengurusan mereka berkaitan hal2 begini sangat cepat dan salji yang memenuhi jalan ditolak dengan jentolak yang entah bila datangnya.....tau2 dah ada menjalankan kerja2 mereka. Kami sampai di Skopje bandar yang sangat cantik bersih dengan cuaca dan suhu 0 degree lebih kurang jam 8.00 malam. Kami terus dibawa melawat ke tempat2 yang meninggalkan sejarah negara mereka....ke Jambatan Sultan Suleyman yang tidak runtuh oleh gempa bumi yang dibina pada tahun 1421 di zaman Islam ottoman. Skopje capital city of Macedonia.Menginap di hotel Parkland Skopje.
29Feb perjalanan diteruskan ke Sofia capital city of Bulgaria.Bandar yang bersih dan cantik....menginap di Hotel Expo.
01Mac perjalanan diteruskan ke Istanbul, Turki. Singgah solat di Masjid Selimei Edrine....sampai di Istanbul lebih kurang jam 8.00 malam dan menginap di Hotel Golden Way.
02Mac Tour Istanbul....melawat beberapa Masjid yang tersergam indah....lunch di restoren Turki yang menghidangkan kami dengan roti tempayan....wau sedapnya....dalam keadaan lapar dalam suhu yang sejuk....bila perut dah kenyang kami dibawa melawat ke Grand Bazar di tengah bandar Istanbul.....bermacam2 jualan.....ddengan tempat yang luas....kami meneroka dari satu lorong ke satu lorong namun tak dapat sampai ke penghujung....singgah solat di surau dalam kompleks bazar.....sempat membeli ole2 untuk keluarga.....singgah rehat minum di cafe berhampiran melepaskan lelah seharian berjalan......jam 7.00 malam bas sedia dan setia menunggu untuk membawa kami ke Airport dan berakhirlah perjalanan musafir kami selama 10 malam 13 hari ke negara Balkan termasuk Itali dan Turki.
Kami fly jam 1.pagi (waktu Istanbul) dan transit di Muscat Oman....sampai di KLIA jam 7.30 malam waktu Malaysia pada 3Mac 2020.
Pengalaman yang menyeronokan kerana ahli rombongan adalah insan2 yang prihatin....baik budi....peramah dan mostly adalah pesara dalam usia yang sewaktu dengannya........jauh berjalan banyak pengalaman dan tambah kenalan......disamping menikmati keindahan ciptaan Allah di sepanjang perjalanan dari Milan Itali ke Istanbul Turki....and it's beyond words can tell...hanya yang melaluinya saja yang boleh menikmati keindahan itu dan pastinya ia lebih indah dari sebuah cerita......Alhamdulillah syukur Allah beri rezeki yang tidak pernah kita impikan selama ini menjadi kenyataan dan diberi pula kesihatan sepanjang perjalanan bermusafir dan sehingga balik ke tanah air.....Alhamdulillah yang tidak terkira......countless.......
ITALY - 21022020
Milan Itali - 21 Februari 2020
Venice
San Marco
Gondola - Venice
AUSTRIA - 22022020
Vienna
CROATIA - 23022020
Zagreb Croatia
National Park - Croatia
BOSNIA HECERGOVINA - 24022020 & 25022020
Sarajevo
Kesan Peperangan
Old Bidge Mostar
MONTENEGRO - 26022020
Old Town Kotor - Montenegro
Budva Montenegro
ALBANIA
MACEDONIA - 27022020 & 28022020
Ohrid Macedonia
Ohrid Macedonia
SKOPJE MACEDONIA
Skopje Macedonia
Hujan Salji di Mavrovo Alps Macedonia
that's an experience of a life time......
BULGARIA - 29022020
Pakaian tradisional Bulgaria
ISTANBUL TURKI - 01032020
Selimiye Mosque - Edirne Turki
Istanbul Airport
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment