Saturday, May 7, 2011

NAZIRAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH JABATAN AKAUNTAN NEGARA W.P.LABUAN PADA 9 HINGGA 10 MEI 2011



Pada hari Rabu yang lalu Unit Kewangan mendapat surat dari JAN Labuan bahawa naziran akan diadakan pada 9 hingga 10 Mei 2011 oleh 4 orang pegawai dari JAN Labuan. Telah disenaraikan 1/3 daripada jumlah baucar bayaran, penyata pemungut, waran peruntukan, jurnal pelarasan yang akan di audit.

Oleh kerana En. Zeno out station dan cik sharimah masih bercuti maka sebagai PT yang paling senior di Unit ini mengambil tanggungjawab untuk membuat persediaan sebaik mungkin. Kami terus meninjau bilik2 yang kosong pada tarikh2 tersebut....tapi malangnya semua bilik penuh. Takkan nak tangguh tarikh lagi....dah dua kali Unit Kewangan minta tangguh atas alasan sibuk...tapi takkan saya seberani itu untuk membuat keputusan tangguh lagi. Oleh itu saya meminta Miedy dan Laidin untuk 'remove' mesin fotostat yang rosak (tak dapat dibaiki itu) keluar dari bilik dokumentasi dan meletakkan meja yang sesuai untuk pegawai2 naziran itu nanti. Terima kasih kepada Ina, Fazilah dan Nisha kerana membantu mencari dan mengemaskini salinan2 baucar yang diperlukan. Tidak lupa juga kepada Lyadia dan Rosamirul yang membantu mencetak dokumen yang diperlukan. Besar kemungkinan naziran pada tahun ini tidak akan menemukan kesilapan yang remeh temeh seperti tahun2 sudah. Kami harap baucar dari Unit Pembangunan (belum diserahkan oleh laidin) dikemaskini dan dilengkapkan semuanya. Tak kisahlah....walaupun kami membereskan kerja2 ini pada hari Sabtu asalkan hari Isnin nanti semua dokumen telah tersedia.

Mohon maaf kepada pegawai2 naziran kerana tempat yang disediakan mungkin kurang memuaskan.

No comments:

Post a Comment