Thursday, December 30, 2010

Lawatan ke Perigi Hang Tuah dan Banda Hilir sempena Konvensyen KPT pada 29 Disember 2010.


pemandangan dari hotel emperor tingkat 15 bilik 17

kenangan bersama Alimah, Kasuma dan Maimunah di luar Hotel Emperor


(8)
(7)

(6)

(5)

(4)


(3)

(2)

(1)

gambar2 (spt no.1,2,3,4,5,6,7,8) yang sempat saya ambil dari atas Menara Taming Sari


di ruang tempat duduk menara Taming sari yang tertutup rapat dan bercermin.

kami sempat menaiki Menara Taming Sari yang berketinggian 110 meter dan apabila kita berada di ketinggian 80 meter kita bebas melihat pemandangan yang indah seluruh negeri Melaka kerana ruang tempat duduk itu akan berpusing perlahan2 dan membolehkan kita melihat sekeliling.Tidak dinafikan kita akan merasa gayat apabila memandang ke bawah. Elakkan melihat ke bawah tetapi pandanglah di sekeliling dengan pemandangan yang indah.
Ianya memakan masa selama 10 minit dengan bayaran RM10.00 untuk dewasa bagi rakyat Malaysia.
Menara Taming Sari sebagai salah satu mercu tanda negeri Melaka. Ia kelihatan seperti bentuk keris (mungkin Keris Taming Sari seperti dalam lagenda Melaka)

beca dihias cantik yang masih popular di Melaka. Ia digunakan untuk membawa penumpang di sekitar bandar melaka terutama sekali di Banda Hilir.

Rumah Melaka terkenal dengan keindahan Tangga Batu Marmar yang dihias cantik. Rumah ini terletak berdekatan dengan Perigi Hang Tuah. Jika ingin meninjau hiasan di dalam maka anda akan dikena tol sebanyak RM1.00 sekali masuk.

jumpa kawan lama Siti Rohana berkaca mata hitam (bekas KPT SMK Lajau) dan
kini bertugas di SMK Dengkil, Selangor

Perigi Hang Tuah. Airnya Jernih, sejuk dan kelihatan sangat dalam. Saya terasa gayat untuk tengok ke dalam perigi dan tak berani ambil gambar sambil berdiri dan sebab itu saya ambil gambar sambil duduk (squatting).

No comments:

Post a Comment