Dalam kerjaya nampaknya tugas saya semakin mencabar dan perlu komitmen yang lebih dari sebelumnya. Kalau dulu semasa saya di UKA rutin kerja tak banyak berubah dari setahun ke setahun. Sibuk bermusim. Tapi apabila dah berpindah ke UKP tugas baru nampak lebih mencabar dan tumpuan juga kena lebih serius dari sehari ke sehari.
Sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai 2 tugas telah diserahkan kepada saya melalui mesyuarat rasmi akhir tahun.
Pertama: Menjadi penyelaras 5S jabatan.
Kedua: Bertanggungjawab menjaga kunci pejabat.
Tanpa membantah saya akur dengan tugas yang diberi walaupun ianya mungkin sedikit berat buat saya tetapi dengan harapan dihati mendapat bantuan dan kerjasama dari ketua2 zon dan rakan2 AKS untuk merealisasikan Persijilan 5S di JPWPL.
Kalau di UKA saya hanya merancang bagi kerja2 harian yang biasa tetapi di UKP saya kena merancang strategi untuk memenuhi kehendak organisasi kepada yang lebih baik dari sebelumnya.
Saya kena pastikan:
1. Pengurusan fail yang up to date dan mesra pelanggan (mudah dicari atau dicapai apabila diperlukan).
2. Amalan 5S berterusan.
3. Perkhidmatan makan/minum diurus mengikut tarikh/masa dan tempat yang ditetapkan dan memastikan dokumen berkaitan pembayaran diurus sebaik saja perkhidmatan dilakukan.
4. Pegawai dan staf yang memerlukan kenderaan untuk pemantauan dan urusan rasmi diurus dengan cepat.
5. Semua permohonan ke luar negara mendapat kelulusan sebelum tarikh mereka berangkat.
6. Semua surat-surat yang memerlukan respons diambil tindakan segera.
7. Memastikan staf di bawah jagaan mematuhi peraturan kehadiran dan mengambil tahu keberadaan mereka setiap masa.
8. Mengambil tahu kebajikan staf di bawah jagaan dan membantu mereka jika menghadapi masalah.
Semoga ALLAH memberi Hidayah berterusan dalam saya merangka dan menjalankan tugas-tugas seharian. Insyaallah....
No comments:
Post a Comment