Setelah lebih kurang 3 tahun 1 bulan mengimarahkan UKP ....dapatlah pulak memo dalaman ditempatkan di UPPA. Tak tentu rasa kata orang kedayan....tak sempat nak menolak sebab tak diberi peluang untuk menolak.....terima saja lah....SYMP...sebagai penjawat awam kena fahamlah kedudukan kita....dimana2 saja kita dicampakkan InsyaAllah boleh......kalau dah pernah buat anggaplah sebagai refresh tapi bagi benda baru...ambil masa lah untuk teroka....
Pelbagai perancangan mencantikkan rekod tak kesampaian tapi at least stor fail dah tersusun rapi....pelupusan pertama di Jabatan... kita dengan krew lah yang merealisasikannya....untuk pertama kalinya fail dan bahan bercetak Jabatan kita ada disimpan di ARKIB....bangga jugalah....pihak ARKIB ada datang melawat Stor fail kita....walaupun tidak excelent tapi sedap mata memandang....berbanding yang dulu2...aduh! sudah lah sakit mata...stress lagi dibuatnya......
Lepas UPPA...agaknya unit mana lagi ya......14 tahun di UKA dan 3 tahun di UKP.....malas nak fikir ...biarlah ikut arus perancangan dan takdir yang telah ditentukan.....sapalah kita yang bisa meramal masa akan datang.....
Wednesday, December 3, 2014
Sunday, May 18, 2014
Thursday, April 17, 2014
Tanggungjawab dilaksanakan.........
AJK Jamuan Program PPPM
Urusetia taklimat Skim Thohir
Urusetia bersama majlis perhimpunan bulanan (memastikan menu sihat dihidangkan)
sebagai peserta kursus - agar mencapai sekurang2nya 7 hari setahun
Saturday, March 8, 2014
MH370 hilang ? - 8314
MH370 Hilang: Ibu amat berharap anak perempuan ditemui selamat
JERLUN: Ibu seorang daripada penumpang pesawat Malaysia
Airlines (MAS) MH370 yang dilapor hilang hari ini, amat berharap anak
perempuannya itu ditemui dalam keadaan selamat.
Tan Tuan Lay, 53, berkata anaknya Chew Kar Mooi, 31, ke Beijing atas urusankerja dan beliau hanya mengetahui mengenai kehilangan pesawat itu pada kira-kira
9 pagi tadi melalui anak sulungnya, Chew Kar Hui, 33 .
"Sebelum Kar Mooi menaiki pesawat dia ada menghantar khidmat pesanan
ringkas (SMS) kepada kakaknya bahawa pesawat yang dinaikinya akan berlepas.
"Selepas itu, kami tidak dapat apa-apa berita mengenainya sehinggalah anak
sulung saya beritahu pihak MAS mengarahkannya membawa pasport ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kami sekeluarga amat mengharapkan pesawat itu dijumpai dan anak kami
selamat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat, Kerpan dekat
sini, hari ini.
Tan berkata anak keduanya itu, yang bekerja sebagai pegawai bahagian
pinjaman di Maybank Kuala Lumpur, merupakan seorang anak yang periang dan sering
berkongsi masalah dengan keluarga.
"Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah pada Tahun Baharu Cina lepas,"
katanya.
Sementara itu, seorang lagi penumpang pesawat itu Jee Jing Hang, 41,
menghubungi ibunya yang tinggal di Jitra sebelum bertolak ke Beijing, pada
kira-kira 11 malam tadi.
Abang mangsa, Jee Jing Hong, 42, berkata bagaimanapun adik lelakinya itu
yang juga pengatur cara komputer dan memiliki syarikat sendiri di Seremban,
tidak memaklumkan tujuannya ke Beijing.
Jing Hong dan kedua ibu bapanya begitu terkejut apabila dimaklumkan bahawa
pesawat B777-200 MAS dilaporkan hilang selepas terputus hubungan dengan
Pusat Trafik Udara Subang kira-kira dua jam selepas bertolak dari KLIA pada
kira-kira 2.40 pagi.
Jing Hong berkata mereka sekeluarga mengetahui mengenai kejadian itu
daripada laporan berita di televisyen sebelum menghubungi MAS petang tadi.
"Saya tinggalkan nombor telefon kepada pengurusan MAS dan mereka
berjanji untuk memaklumkan saya sebarang perkembangan (insiden ini).
Dalam masa sama, saya memantau keadaan daripada laporan berita di televisyen, portal berita
dan radio bersama-sama saudara mara saya.
" Kami akan ke Kuala Lumpur tidak lama lagi selepas menerima pengesahan
mengenai keadaan pesawat itu," katanya ketika ditemui di rumah ibu bapanya di
Taman Rasa Sayang, Jitra dekat sini.
Jing Hang merupakan duda yang mempunyai dua anak berusia 11 dan 13
tahun.
Pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang termasuk 12 kru, berlepas
dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 12.41
pagi dan sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi Sabtu waktu tempatan. - BERNAMA

Kenapa Masih Tiada Pengesahan Status Terkini Pesawat MH370?
BY STAFF 2 · MARCH 9, 2014
Kenapa Masih Tiada Pengesahan Status Terkini Pesawat MH370? – Kehilangan Kapal Terbang dari KL ke Beijing yang masih belum dikesan sedang hangat diperkatakan di media masa. Dah lebih 20 jam pesawat MH370 dikhabarkan hilang tanpa sebarang berita. Persoalnnya kenapa masih tiada pengesahan status pesawat MH370? Ikuti laporan penuh yang dipetik dari Astro Awani.
Kenapa Masih Tiada Pengesahan Status Terkini Pesawat MH370?
KUALA LUMPUR: Pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang hilang sejak awal pagi Sabtu sehingga lewat petang masih belum lagi dapat disahkan nasibnya.
Apa yang menimpa pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu menjadi spekulasi orang ramai yang memulakan hari minggu mereka dengan berita yang mengejutkan itu.
Kebanyakan laporan media menyebut pesawat itu dipercayai terhempas di perairan Laut China Selatan, berdasarkan kepada lokasi akhir pesawat berkenaan dikesan melalui sistem perhubungan penerbangan.
Tetapi kenapakah pihak berkuasa belum mengesahkan laporan tersebut?
“Memang secara umumnya, siapapun boleh mengatakan pesawat itu terhempas tetapi kalau terhempas di manakah bangkainya?
“Hanya kalau ada bangkai pesawat ditemui barulah pesawat itu boleh disahkan sebagai terhempas,” kata seorang pakar penerbangan kepada Astro AWANI.
Beliau yang enggan dikenali mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam soal kawalan trafik udara serta selok belok operasi mencari dan menyelamat.
Penerbangan MH370 terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu, dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal dari 14 buah negara. Ia sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi.
Ditanya bagaimanakah pesawat itu boleh hilang daripada radar, pakar berkenaan menjelaskan, ada kemungkinan pesawat itu terbang rendah pada paras bawah 500 kaki dari aras laut.
“Ada dua jenis radar yang digunakan iaitu radar pengawasan utama dan radar pengawasan sekunder,” katanya.
Radar pengawasan utama mengukur hanya jangkauan dan arah kompas dengan mengesan isyarat kelip pada skrin. Radar pengawasan sekunder pula sebaliknya tidak hanya mengesan maklumat yang sama tetapi boleh mengesan maklumat lain seperti paras ketinggian penerbangan dan identiti pesawat.
Tambah pakar itu, biarpun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik, kedudukan pesawat itu masih boleh dikesan sekiranya ia terhempas kerana dilengkapi dengan sistem lampu suar tanda lokasi (emergency locator beacon) yang akan mengeluarkan isyarat apabila terhempas.
“Sistem ini kalis air. Maknanya, kalau pesawat terhempas ke dalam laut sekali pun ia akan dapat dikesan,” katanya.
Jelas beliau, apabila pesawat itu terkena impak baik di darat mahupun di laut, sistem itu akan terus mengeluarkan isyaratnya.
Di kalangan pemerhati industri penerbangan, insiden MH370 mengingatkan kepada nahas pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian.
MH370 dipandu oleh juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun, yang berpengalaman mencatatkan jam penerbangan selama 18,365 jam. Beliau menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Zaharie dibantu oleh Pegawai Pertama, Fariq Ab Hamid, 27 tahun, yang menyertai Malaysia Airlines pada 2007.
Sementara itu bekas Pengarah Urusan Penerbangan MAS, Tan Sri Abdul Aziz berkata penjelasan mengenai insiden ini perlu dibuat dengan berhati-hati dan maklumat yang lengkap kerana ia membabitkan implikasi perundangan. – Sumber
Ingat tu, selagi bangkai pesawat tidak ditemui jangan pandai-pandai buat spekulasi kata pesawat terhempas. Sama-sama kita doakan agar semua penumpang dan juga anak kapal selamat.
Tuesday, March 4, 2014
Wednesday, February 19, 2014
Friday, January 31, 2014
Bengkel Penyelarasan dan Penyeragaman 5S - 28-290114
Bengkel ini telah dirancang tahun lalu dan sepatutnya dibuat di luar pejabat....macam di KK....tapi apa nak buat....tak sempat nak sedia pakej.....dan oleh kerana tarikh dah ada dalam takwim jabatan.....kena buat juga lah.....Bengkel ini juga seronok....mendapat kerjasama yang baik dari ahli bengkel......masing2 diberi tugasan.....masing2 berbincang dengan kumpulan sendiri.....terdengarlah riuh rendah....masing2 nak keluarkan ide masing2......akhirnya di hari kedua.....hasilnya dah nampak.....dan InsyaAllah.....5S yang memang sudah diamalkan di jabatan ini akan terus mengamalkan keseragaman.......sebagai urus setia terasa keseronokan bekerjasama dengan AJK yang menunjukkan minat....sehingga tak terasa masa berlalu begitu cepat........
Bengkel Klasifikasi Fail - 23-240114
Alhamdulillah.....walaupun tidak tercatat dalam takwim jabatan.....sampai juga hasrat sektor kami untuk mengadakan bengkel ini yang merupakan sangat penting untuk direalisasikan......Happy sangat2 sebab penglibatan peserta yang memberi kerjasama dengan baik sekali...menjadikan bengkel ini sangat menyeronokkan.....masing2 nak datang cepat dan tak kisah masa balik......sebagai urus setia terasa seronok pula dan ghairah nak siapkan klasifikasi fail ini secepat mungkin......namun masih banyak lagi komitmen yang perlu didahulukan dan terpaksa menyiapkannya secara berperingkat.....InsyaAllah.....akan siap minggu kedua Februari.
Saturday, January 18, 2014
ROCALL (ROLL CALL) - (ADVANTAGE VS DISADVANTAGE)
Starting 15/1/14 dapat wassup dari KS.....semua kena berkumpul depan BM Dataran.....nak pantau sapa datang lewat ke pejabat......kebetulan lah pula i m OTW...jem habislah pula.....sekarang Labuan dah makin banyak kereta.....kalau bertolak dari rumah jam 7.15 ....maksudnya akan sampai ofis jam 8.15 atau 8.20 (untuk jarak 8km)....nah apa lagi...berdebar2 juga hati ni.....what more to say...silap sendiri....patut2nya lepas subuh jak....terus bersiap dan gerak ke pejabat......Alhamdulillah....sampai ofis jam 8.22 (terpaksa bagi alasan yang kukuh nih....kebetulan ada kemalangan dan jalan jem.....) mujur masa berkumpul 8.30 sharp...jadi sempat lagi kol UKP untuk berkumpul.....masa ni kena jaga orang2 kitalah apa lagi......kena cepat berfikir dan bertindak......Rocall pertama selamat.....UKP semua OK....
Rocall 16/1/14 kena cek pula siapa tak pakai name tag....mujur name tag sentiasa atas meja....
Rocall 17/1/14 semua kena hadir dalam majlis perhimpunan Guru 1Labuan di Konvensyen Hall....jalankan tugas masing2....kena sign kehadiran....siap bukti lagi dalam wassup muka2 yang hadir.....siapa yang gagal hadir kena buat surat tunjuk sebab .........
Rocall ni sebenarnya baik bagi mendisiplinkan kita sebagai pejawat awam yang kena patuh dengan pekeliling, surat pekeliling dan arahan seperti dalam AKU JANJI yang telah kita tandatangan. Kalaulah Rocall ini di implement sebelum2 ni.....pasti disiplin staf SKPP lebih mantap dan menjadi kebanggaan Jabatan kita.
Biasalah bila tetiba saja Rocall ini dibuat.....adalah juga insan2 yang kurang berpuas hati dan tidak senang dengan tindakan ini....tapi kalau kita muhasabah diri....betapa Rocall ini akan membantu kita dalam memperbaiki perkhidmatan kita yang selama ini ada kelemahan dan lompang disana sini. Ambil positif sajalah....sebab perkara yang baik kadang2 menyakitkan......tetapi nescaya lah suatu hari nanti barulah kita akan berterima kasih dengan KS betapa apa yang dibuat pada hari ini adalah yang terbaik dan banyak membantu kita sebenarnya......
Saya sokong Rocall diteruskan......semoga staf SKPP semakin cemerlang dan menjadi contoh kepada sektor yang lain.....

AJK Perhimpunan Guru 1Labuan - 180114
Boleh tahan kehadiran mereka tahun ini.....azam baru ngkali tu......semoga tahun 2014 ini kehidupan kita semua akan terus ceria dan mendapat keberkatan Allah jua......bukan setakat guru tapi AKP pun ramai yang hadir turut memeriahkan suasana.......
Guru berhimpun.....tugas AKP pulak bungkus membungkus bun dan air kotak untuk diagih2kan sebagai pengalas perut........
silakan cikgu.....
siap sedia menunggu tanpa jemu.......
Monday, January 13, 2014
SALAM MAULIDUR RASUL - 12 RABIULAWAL
Selamat menyambut Maulidur Rasul untuk anda yang berkesempatan lalu di blog ini. Tahun ini saya tak join dalam perarakan Maulidur Rasul untuk jabatan kami. saya rasa cukuplah saya berselawat sendirian memandangkan saya nak simpan tenaga untuk membelai bunga2 di laman. Anyway.....saya tetap menyimpan kenangan dengan penyertaan saya di tahun2 yang lalu........
syabas YB kita....sangup meredah hujan gerimis mengetuai perarakan........
Wednesday, January 1, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)