Sunday, July 19, 2015

Raya Tahun 2015


Sabarina- Ruslina - Annietie - Hajahjaliha - me n Zanahriah

di kesempatan ini diucapakan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun 2015 maaf zahir batin kepada semua rakan2 yang kenal dengan kita....
semoga bertemu lagi kita di Ramadan akan datang....InsyaAllah.....dan merayakan hari raya tahun 2016......InsyaAllah.....

Wednesday, May 20, 2015

semakin serasi dan semakin terasa keseronokan bekerja

lebih kurang 2 bulan bertugas di  unit ini terasa ada keserasian dan keseronokan untuk bekerja...macam dalam tonggak 12 tu... seronok bekerja.....walau pun dalam tempoh belajar dan mengenal kerja2 di unit itu tidak terlepas dari penilaian orang lain yang sentiasa mencari ruang dan peluang membongkar kelemahan dan kekurangan kita...tapi apa pun kena terima dengan hati yang terbuka,,,reda dengan ketentuanNya dan bersabar dalam tindakan,,,,berhemah dan waras dalam berfikir agar mereka mempertikaikan sendiri kewajaran tindakan mereka terhadap kita.....

sorry to say...kita telah melalui pengalaman2 yang jauh lebih mencabar.....kita mula kerja dengan hanya sebuah typewriter manual....mesin gelek  dan peralatan serba kekurangan dan latihan yang sangat2 kurang...nak dapat kursus pun tak pernah lah ....kalau kita baik dengan orang pejabat...mudah2 saja dapat kursus walaupun hanya kerani sambilan bergaji hari...kita yang dilantik tetap ni....aduh...tak diberi peluang langsung.....mujurlah peperiksaan itu wajib untuk pengeshan jawatan maka tak boleh tidak kena hantar juga untuk duduk peperiksaan......berbanding sekarang kemudahan dan peluang yang mereka perolehi sampai nak termuntah pun ada....tapi Alhamdulillah...berbekalkan kesabaran....profesional dalam tindakan...tekun bekerja....faham tanggungjawab yang diamanahkan...boleh saja kita bersaing atau seiring dengan mereka yang celik komputer.....

harapan hati...semoga perjalanan sebelum bersara akan terus mendapat rahmat ALLAH....kerja2 yang diamanahkan dapat dilaksanakan selaras dengan kehendak pengurusan atasan,,,,,,tak kisah lah kalau tidak mendapat penghargaan.....yang penting tugas dapat dijalankan dengan sesempurna mungkin dan dapat memuaskan hati sendiri.....tepukan untuk diri sendiri saja.....tak perlulah mengharap penghargaan orang lain.....

pujian tinggi melambung....seolah2 benda yang dilambung itu akan tetap berada di atas.....tetapi kekurangan itu akan tetap terserlah di mana2.....dan kita masih dapat menyaksikannya sambil membandingkan kelebihan kekurangan kita di suatu ketika dahulu....namun luahan itu hanya di hati sendiri....biarlah mereka terbangun dan bermuhasabah diri bahawa mereka tidak layak lagi mendapat pujian setinggi gunung itu.

kesimpulan cerita2 kosong ini.....setiap insan itu masing2 ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.....mungkin dia ada kelebihan di situ tetapi ada kekurangan di sini dan begitulah sebaliknya...justeru sebagai ketua kena layanlah anak2 buah dengan adil...agar organisasi akan terus mantap dan keceriaan bukan saja persekitaran tetapi juga kecerian di hati,,,,,

Friday, February 27, 2015

Beralih ke Unit Perkhidmatan

nampak macam kelakar...tapi itulah hakikatnya....baru bertugas lebih kurang 4 bulan di UPPA dah kena tukar pulak ke Unit ....yeah....Unit Perkhidmatan....tulah saya dah kata sebelum nih...unit mana lagi selepas UPPA...rupanya tak lama juga.....baru berjinak2 membaca pekeliling UPPA dan meninjau2 perancangan kerja untuk tahun 2015.....tup2 kena tukar ke unit lain kerana pegawainya naik pangkat dan bertukar keluar.....uish....tak perlu menolak sebab perkhidmatan diperlukan pulak di unit itu...untuk melicinkan pengurusan perkhidmatan...begitu kata big boss....ok jer lah....Insya Allah akan saya cuba...dan harapan hati agar tidak ada lagi pertukaran selepas ini...tetapi apalah daya dan siapalah saya untuk ingkar perintah.......it's alright anyway...biarlah ianya berlalu sehingga menjelang waktu persaraan....bukan lama lagi....lebih kurang 1,550 hari lagi...itupun + hujung minggu dan cuti umum....semoga diberi kesihatan yang elok, hati yang bersih, rezeki yang banyak lagi halal, ilmu yang bermenfaat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Wednesday, January 7, 2015

Tahun 2015

Pejam celik pejam celik tanpa dapat kita halang masa itu berlalu sekarang ni kita dah berada di tahun 2015....usia pun dah bertambah..itu maknanya usia kita dah berkurang sebenarnya....semoga kita diberi peluang untuk terus bermuhasabah diri....