Friday, September 13, 2019

lumrah orang pencen.......

bila kita dah bersara dan digelar orang pencen ni kita rasa bersyukur kerana sampai ke usia pencen dan sempat menikmati faedah2 pencen sebagai penjawat awam.....bersyukur kerana perkhidmatan tidak tersangkut di mana2 .....bersyukur kerana diberi kesihatan sehingga ke tarikh akhir berpencen....

sebagai orang pencen ni kita memanglah happy....tak ada lagi nak sibuk2 nak fikir2 kerja ofis....yang kita fikir apa yang patut kita masak untuk keluarga untuk hari ini....dan bunga2 di sekeliling rumah kita itu perlu belaian dan perhatian.....

Sunday, August 25, 2019

LBN-KL-BG-JB-KL AND BACK TO LBN

31 Julai hingga 21 Ogos - lebih kurang 3 minggu bersama teman sejati berkelana di luar kawasan...pelbagai rasa dan situasi menghibur hati dan menenangkan fikiran....Alhamdulillah.....


Friday, May 31, 2019

161959 - 162019 = 60 tahun

Kini aku sah menjadi seorang pesara kerajaan......dalam usia 60 tahun......Alhamdulillah...kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas sehingga usia ini.....Alhamdulillah.....syukur ya Allah ya Rahman ya Rahim....ya Affuw ya Ghofur ya Tawwab ya Quddus ya Jalil......

Pengalaman dalam perkhidmatan sebagai penjawat awam selama lebih kurang 592 bulan menjadikan aku matang dalam menangani masalah dan waras dalam membuat keputusan. Melapor diri bertugas di Sekolah Menengah di kampung halamanku sendiri pada 19.07.1978 dalam usia 19 tahun....masih muda belia yang sepetutnya melanjutkan pelajaran....tapi dek kekangan kewangan kenalah mencari kerja se awal usia itu. Tak pernah menyesal pun sebab dalam usia begitu sudah merasa menanggung perbelanjaan mak bapa dan untuk diri sendiri. Biasalah dalam usia remaja memanglah ramai yang saja usik2 manja...jodoh pula cepat sampai...dalam usia 21++ telah menjadi isteri orang dan setahun kemudian telah menjadi mak orang....sehinggalah punyai 5 orang anak lelaki penyejuk hati.....

10 tahun kemudian suami mendapat rezeki kenaikan pangkat....ke sebuah sekolah di pulau mutiara laut cina selatan....aku ditempatkan di sekolah rendah pulak...oklah...9 tahun menimba pengalaman di sekolah rendah aku diambil bertugas pula di pejabat...sesuatu yang baru bagi aku tetapi aku suka nak tonjolkan bakat di pejabat...bakat minat bekerja tanpa merungut...lagi banyak kerja lagi aku suka....macam2 cara aku buat untuk menyelesaikan dan menyiapkan kerja2 yang diamanahkan....minat itu berterusan sehinggalah aku bersara pada 01.06.2019 dalam usia 60 tahun.
Pengalaman bekerja di 3 tempat sahaja...sekolah menengah, sekolah rendah dan pejabat....dan paling lama di pejabatlah selama lebih kurang 21 tahun.....

Kini aku lalui tempoh persaraan yang manis bersama suami tersayang 5 anak, 4 menantu dan 5 cucu...Alhamdulillah....syukur dengan nikmat yang Allah berikan.....