Saturday, January 22, 2011

UNIT KEWANGAN & AKAUN SEDANG DALAM PROSES MELAKSANAKAN PROGRAM 5S - 22.1.2011

SEBELUM - meja Nisha
SEBELUM - Meja Lyadia

SEBELUM - Meja Midah

SEBELUM - Meja Fazilah dan Kak Ti

SEBELUM - Meja Ina

SEBELUM - Meja Sharimah

sedang melakukan SEIRI (sisih)


Hari ini warga Unit Kewangan & Akaun masing-masing sibuk mengemas ruang kerja masing-masing. Paling teruk kena buat seiri (sisih) ialah saya sendiri, sebabnya konon2 saya lah warga yang paling lama berada di tempat ini iaitu sejak tahun 2005. Sebelum ini Unit Kewangan ditempatkan bersama-sama dengan Unit Perkhidmatan dan Unit Pembangunan. Oleh kerana staf Unit Kewangan pada masa itu perlu ruang kerja yang luas dan juga mengambilkira keselamatan dokumen-dokumen kewangan maka dipindahkanlah Unit Kewangan ini bersebelahan dengan bilik ICT. Ubahsuai dilakukan berterusan, maka bilik ICT dipindahkan pula ke sebelah bilik Pengarah (dahulunya ialah ruang bacaan). Semakin luaslah Unit Kewangan, tetapi kena berkongsi ruang pula dengan surau pejabat. Oleh kerana staf Unit Kewangan pada masa itu hanya 5 orang saja maka ruang belakang ditutup untuk bilik dokumentasi (tempat menyimpan salinan baucar dan pelbagai dokumen kewangan). Pada tahun 2009 jawatan W telah wujud dalam waran perjawatan JPWPLabuan maka sebuah bilik lagi terpaksa diubahsuai iaitu dengan mengecilkan ruang surau bagi menempatkan Penolong Akauntan W32. Bilik sedia ada digunakan oleh N32 (Ketua Unit Kewangan pada masa itu). Pada bulan November 2009 7 orang PT Kew ditempatkan di Unit Kewangan dan PTPO yang ada dipindahkan ke Unit Perkhidmatan. Unit Kewangan pun dipeluaskan kepada Unit Kewangan & Akaun. Ketua Unit N32 dipindahkan ke Unit Perkhidmatan dan Penolong Akauntan W32 pula memegang jawatan sebagai Ketua Unit Kewangan & Akaun. Namun saya masih berada di sini (setelah menolak dipindahkan ke SMK Bugaya Semporna). Oleh kerana 'kelamaan' itu maka banyaklah dokumen-dokumen kursus, bengkel, latihan dan rujukan2 yang saya simpan dalam almari, laci dan di bawah2 meja. Setelah menyisihkan dokumen2 yang perlu dan tidak perlu lagi berada dalam simpanan , barulah saya perasan betapa selama ini telah tersimpan sampah sarap dalam ruang kerja saya tadi. Apabila telah siap disisih dan disusun semula, alangkah selesanya ruang kerja ini dan indah dipandang mata. Oleh kerana kerja-kerja 'tagging' belum selesai maka setakat ini saja info yang dapat saya kongsikan bersama. Insyaallah...minggu hadapan staf Unit Kewangan & Akaun akan duduk di ruang kerja yang selesa, cantik dan ceria. Semoga dengan ruang kerja yang selesa ini nanti akan menjadi ikutan kepada warga jabatan dari sektor2 yang lain khususnya dan kepada warga anggota kakitangan sokongan di sekolah amnya. TAHNIAH ...untuk staf Unit Kewangan (pelaksana 5S), Ketua Unit (sebagai penasihat 5S) dan KS SKPP (selaku penaraju 5S) yang sama2 menjayakan program 5S ini. Satu lagi peningkatan untuk JP WPLabuan.

No comments:

Post a Comment