tengoklah pelanggan gerai kami pada malam itu....macam tak sabar2 lagi untuk merasa soto daging kami tu....mungkin juga mereka dah lapar sebab sejak petang dah mula berkumpul di dataran.....dan semoga mereka semua sudah selesai solat maghrib......
Apa2 pun memang seronok menyambut merdekaraya tahun ini. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim di antara warga jabatan (kerana sama2 turun padang menyediakan soto daging di Pusat Ko) sambil2 masak sambil2 makan dan sambil2 bergurau tanpa terasa jurang di antara pegawai dan kakitangan sokongan. Gotong royong menyediakan bahan dan gotong royong memasak, membasuh dan mengisi bahan soto ke dalam bekas plastik, menghias khemah, melayan pelanggan seolah2 jalinan hubungan itu macam adik beradik dalam keluarga yang besar. Semoga ukhuwah ini akan berterusan.......
No comments:
Post a Comment