Saturday, June 18, 2016

MC for me

Poor me...i am undergoing radioteraphy for the whole month of Jun. Beside that i have to go through herceptin every three weeks for 17 times.

Kursus Pasca AKRAB di BTPN KK 230516-250516

Wednesday, May 4, 2016

PPbil.1/2016

merealisasikan PPbil.1/2016 dengan beberapa taklimat dihadiri;

Alhamdulillah....selesai sudah sesi pemahaman PP daripada KS dan KU Perkhidmatan...masing2 dengan tafsiran berdasarkan PP yang dibaca...sebagai orang bawahan ini akur sajalah...biarlah mereka yang lebih arif mentafsirkannya...at the end of the day kena hantar juga ke asal pembuat pekeliling untuk ditafsirkan agar tidak tersilap. itulah kan ...yang penting keyakinan diri dan betul2 mahir dalam bab yang berkaitan.

Monday, April 4, 2016

Office Politics

Dari dulu hingga sekarang tak habis2 aku menyaksikan situasi ini 'ofis politik'....malas nak fikir ....malas nak masuk campur....tapi sebagai manusia biasa aku tidak lari dari memikirkannya dan meluat dengan sikap orang2 macam ni...bodek bos....berlagak pandai....tapi sebenarnya terdapat lompong di sana sini.....bila aku fikirkan aku baru saja nak sembuh ....berhadapan dengan situasi ini membuatkan aku tidak lari dari mengalami stress lagi....ya Allah peliharalah aku dari semua ini....bersihkan hatiku ya Allah dari memikirkan sikap orang2 yang seperti ini.....
Dalam diam aku melihat....mendengar dan mentafsirkan sendiri sikap mereka.....3 tahun lagi tempoh persaraan ku.....rasanya sangat lama lagi untuk ku terpaksa menghadap insan2 yang mengamalkan ofis politik......apa nak buat.....semoga aku diberi kesihatan dan bahagia menempuh hari2 seterusnya.

Friday, March 25, 2016

memantau ke sekolah 250316

wah...baru 2 hari masuk kerja aku kena pergi memantau ke sekolah...BPK...ok jer....ikut jer jadual...no problem..

sebelum ke sekolah tu aku singgah minum dulu dengan en.husband driver aku sebab dah pencen.
sampai disekolah muka2 ceria dan gembira menyambut aku...wah seronoknya jumpa kawan2 lagi...
Pengetuanya juga aku kenal...dah biasa bercerita....
semakan BPK berakhir juga hingga jam 11.30 pg....siap dengan penutupnya oleh KU....memang best lah bos kami ni....sangat membantu....terima kasih bos....



Masuk kerja 230316

Alhamdulillah....seawal pagi sebelum subuh aku dah bersiap....masak untuk bekal ke ofis....aku masuk kerja dah
happy jumpa kawan2....masing2 bertanya khabar....jumpa muka2 baru...bos2 baru....
Pagi tu aku kena attend meeting untuk unit....pembahagian tugas kata bos ku yang baru...aku ok jer...terima dengan hati terbuka tugasan yang diberikan...bagi aku kerja2 tu satu amanah yang perlu aku siapkan....
terima kasih bos kerana memahami....kerja2 untuk aku tu boleh saja aku buat....no problem....dah jadi otai ni kerja2 tu dah juga aku lakukan sebelum ini....boleh jer....


Wednesday, March 9, 2016

MC bersambung lagi

Sepatutnya cuti sakit ku sehingga 4Mac. Tak sangka pula 4Mac tu aku kena masuk wad lah pulak sehingga 8Mac dan Dr bagilah cuti sehingga 11Mac.
11Mac ada temujanji lagi dengan Dr Pakar....tak pasti sama ada dapat cuti lagi atau kena kerja semula. Tunggu dan lihat sampai tarikh itu.

Monday, February 29, 2016

On Recovery

Alhamdulillah....syukur kepadaMU ya Allah....
kerana memberi aku kekuatan dalam menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 pusingan,
kerana dengan RAHMATMU aku telah selamat menjalani pembedahan
dan dengan izinMU aku masih lagi dapat menghirup udara segar, dapat melihat keindahan alam ciptaanMU, dapat melihat kegembiraan dan keceriaan suami, anak2, menantu2 dan cucu2 serta adik beradik dan keluarga, dapat membelai lagi bunga2 di laman, dapat bertemu kawan2 dan dapat lagi mengikuti kelas agama.
dan yang terpenting sekali dapat menjalankan kewajipanku sebagai hambaMU ya Allah.

My long2 MC

Setelah Dr mendapat keputusan tentang kesihatan aku ni mulalah aku diberi cuti panjang.....mulai 29/9/2015 hingga 4/3/2016 dan mungkin akan disambung lagi selepas temujanji pada 4/3 ini. Tak apalah yang penting cuti panjang bagi menjalankan rawatan itu ada hikmah disebaliknya. Allah maha mengetahui dan rehat yang panjang ni banyak membawa kebaikan kepada kesihatanku. Setelah menjalankan tugas2 dengan penuh didikasi dan tanggungjawab. Walaupun aku terkilan dan tidak menyangka mendapat cuti begini panjang tetapi sebagai penjawat awam aku akur dan patuh dengan nasihat Dr kerana mereka lebih arif dalam membuat keputusan. Terima kasih Dr2 dan jururawat2 yang telah merawat aku selama ini. Nama mereka tetap tersimpan kemas dalam ingatan dan mendoakan semoga perkhidmatan mereka mendapat keberkatan dari Allah swt.
Terima kasih dan penghargaan kepada rakan2 yang memberi kata semangat dan yang sudi melawat aku di rumah dan di hospital. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan RAHMAT dari Allah jua.