Setelah Dr mendapat keputusan tentang kesihatan aku ni mulalah aku diberi cuti panjang.....mulai 29/9/2015 hingga 4/3/2016 dan mungkin akan disambung lagi selepas temujanji pada 4/3 ini. Tak apalah yang penting cuti panjang bagi menjalankan rawatan itu ada hikmah disebaliknya. Allah maha mengetahui dan rehat yang panjang ni banyak membawa kebaikan kepada kesihatanku. Setelah menjalankan tugas2 dengan penuh didikasi dan tanggungjawab. Walaupun aku terkilan dan tidak menyangka mendapat cuti begini panjang tetapi sebagai penjawat awam aku akur dan patuh dengan nasihat Dr kerana mereka lebih arif dalam membuat keputusan. Terima kasih Dr2 dan jururawat2 yang telah merawat aku selama ini. Nama mereka tetap tersimpan kemas dalam ingatan dan mendoakan semoga perkhidmatan mereka mendapat keberkatan dari Allah swt.
Terima kasih dan penghargaan kepada rakan2 yang memberi kata semangat dan yang sudi melawat aku di rumah dan di hospital. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan RAHMAT dari Allah jua.
No comments:
Post a Comment