Saturday, January 16, 2010

Gotong Royong - 16 Januari 2010





Gotong Royong di Unit Kewangan diadakan lagi. Hari ini kami mengemas bilik dokumentasi iaitu tempat kami menyimpan semua dokumen-dokumen kewangan. Kalau tahun2 sudah kami dibantu oleh Pekerja Khidmat Singkat tapi tahun ini kami sudah ada staf yang tetap dan merekalah yang membantu mengemas dan membersih bilik ini. Kami juga menyusun atur meja-meja untuk staf yang baru. Selesanya....bekerja di tempat yang kemas dan bersih....nak cari dokumen pun senang dan licin. 

Sunday, January 10, 2010

Perhimpunan Bulanan - 11 Januari 2010 (Isnin)


Perhimpunan untuk bulan Januari 2010 diadakan di Jabatan Pelajaran W.P.Labuan dengan ucapan perutusan Tahun Baru oleh Tuan Pengarah Pelajaran Labuan. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi dengan dihadiri oleh semua warga jabatan. Pengetua dan Guru Besar juga dijemput hadir. Seperti biasa kad Hari Lahir disampaikan kepada staf jabatan yang meraikan hari lahir pada bulan Januari. Kebetulan pula KS SKPP dan Cik Sharimah Penolong Akauntan kami berkongsi tarikh lahir iaitu 11 Januari. Kelihatan Cik Sharimah menerima kad hari lahir dari Pengarah.

Gotong Royong - 09/01/10 Stor Kewangan






Kelihatan dalam pic. Isnia dan Asahabul sibuk membongkar kotak dan Pn Marcella, Lydia dan Nisa pulak sibuk memasukkan benda ke dalam kotak. Apa2 aje lah... individu bertshirt kuning itu ialah mr.ram, our only male staf in Unit Kewangan..(omputeh cakap ...Thorn among roses) agaknya tengah buat arahanlah tu...he he he.

Adik 3 orang dalam pic. tu cik sharimah, hamidah dan nora. masing-masing sibuk dengan tugas masing2. ewah....jangan lupa... saya pulak sibuk menangkap gambar tapi... ada juga tolong2 mengemas tau....Last but not least...mestilah dijamu makan....biasalah macamana nak kerja kalau tak makan...lapar tau...haus lagi tu....

Apa-apa pun Tahniah kepada staf di Unit Kewangan atas 'team work' yang mereka tunjukkan.





Gotong Royong Mengemas Stor Unit Kewangan

Pada 09 Januari 2010 staf di Unit Kewangan menyahut arahan KS untuk mengemas stor dengan menyusun salinan baucar2 bayaran dan dokumen2 kewangan. Stor tu terletak di Bukit Kalam just opposite BTPN Labuan. Stor Kewangan bersebelahan dengan stor perkhidmatan.

Tengoklah adik2 kita tu tekun buat kerja...Dalam pada itu kesihatan tetap diutamakan. Oleh kerana di Stor ni banyak habuk, maka mek2 ni terpaksalah menutup hidung dan mulut bagi mengelakkan tersedut habuk.


Sunday, December 20, 2009

Bengkel Sistem Pemantauan eLBGE - 21 Dis 2009


Menghadiri Bengkel Sistem Pemantauan eLBGE pada 21 Disember 2009 di Bilik Latihan Komputer Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM Putrajaya, KL. eLBGE akan digunakan sepenuhnya pada Tahun 2010.


Tuesday, December 15, 2009

Kursus ESQ - Emotional, Spiritual and Quotient


1 Hati, 6 Prinsip dan 5 Langkah...itulah dia ESQ 165. Akroname - Emotional, Spiritual and Quotien. 7 nilai dasar ESQ ialah Jujur, Tanggung Jawab, Wawasan, Disiplin, Kerjasama, Adil Dan Prihatin. Nilai ini adalah diambil daripada sifat2 ALLAH. Tag line untuk ESQ ini ialah go go go, fight fight fight, win win win, One Six Five (165). 1 - Ehsan 6 - Iman (Rukun Iman) dan 5 - Islam (Rukun Islam). Berbahagialah sesiapa yang menyucikan hatinya dan merugilah sesiapa yang mengotorinya.

Kursus ESQ pada 11-13 Disember 2009


Saya mengikuti kursus ESQ ini atas tajaan Pusat Zakat Sabah (untuk orang2 Mualaf). Thankyou Pusat Zakat Sabah atas prihatin dengan habitat seperti kami ini. Sepanjang mengikuti kursus ini, saya dapat merasakan kesegaran dalam diri saya meneruskan kehidupan seterusnya. Apa tidaknya...bermula dari mengenal kejadian alam semesta ciptaan Tuhan, Rasul utusan dan juga mengingatkan kelalaian kita selama ini terhadap Allah Yang Satu. Alhamdulllilah..saya sangat bersyukur kerana tersenarai dalam kursus ini  dan thank you to my dear sister Syumaimah Wong Abdullah kerana diberi hidayah oleh Allah untuk mendaftarkan nama saya sebagai penerima tajaan Pusat Zakat Sabah. Selepas ini saya dibolehkan masuk percuma dalam kursus akan datang kerana sudah menjadi Alumni. Penceramah2 yang tampan dan sangat berbakat berjaya mencairkan hati2 yang keras, dingin dan beku untuk mengingati Allah dan  Rasul dengan linangan airmata kesedaran dan keinsafan malah ada juga ibu2 dan bapa2 tanpa segan silu menangis dengan kuat bagi meluahkan perasaan kesal kerana telah banyak meninggalkan suruhan Allah.