Thursday, January 21, 2010

Taklimat dan Majlis Penyerahan Waran Peruntukan Kecil Tahun 2010.





Pada 21 Januari 2010 taklimat dan majlis penyerahan waran peruntukan kecil diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran Labuan anjuran Unit Kewangan. Majlis dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran dan taklimat disampaikan oleh KS SKPP Mohd Salekhan Othman. Waran peruntuka kecil diagihkan kepada semua Sekolah Menengah Harian manakala Sekolah2 Rendah dimaklumkan siling peruntukan masing2. 


Monday, January 18, 2010

Taklimat Agihan Peruntukan Pertama 2010




Pada 18 Januari 2010 taklimat mengenai agihan peruntukan pertama Tahun 2010 oleh KS SKPP diadakan bagi mendapat respons dari semua ahli mesyuarat yang terdiri dari Pengarah selaku pengerusi, semua Ketua Sektor dan semua Ketua2 Unit. 3 perkara penting yang disampaikan oleh KS SKPP ialah :

1. Peruntukan yang diterima dari KPM.

2. Cadangan agihan ke Sekolah Menengah dan siling peruntukan untuk Pra Sekolah & Rendah.

3. Langkah2 penjimatan.

Hasil percambahan idea bersama pengarah dan semua ahli mesyuarat satu keputusan yang bernas telah diperolehi dan unit kewangan sedang dalam proses penyediaan waran peruntukan kecil ke Sekolah Menengah. Majlis penyerahan waran kecil dan pemakluman siling peruntukan ke Sekolah Menengah dan Rendah akan diadakan pada jam 9.00 pagi 21 Januari 2010 bersama Pengetua dan Guru Besar.


Saturday, January 16, 2010

Gotong Royong - 16 Januari 2010





Gotong Royong di Unit Kewangan diadakan lagi. Hari ini kami mengemas bilik dokumentasi iaitu tempat kami menyimpan semua dokumen-dokumen kewangan. Kalau tahun2 sudah kami dibantu oleh Pekerja Khidmat Singkat tapi tahun ini kami sudah ada staf yang tetap dan merekalah yang membantu mengemas dan membersih bilik ini. Kami juga menyusun atur meja-meja untuk staf yang baru. Selesanya....bekerja di tempat yang kemas dan bersih....nak cari dokumen pun senang dan licin. 

Sunday, January 10, 2010

Perhimpunan Bulanan - 11 Januari 2010 (Isnin)


Perhimpunan untuk bulan Januari 2010 diadakan di Jabatan Pelajaran W.P.Labuan dengan ucapan perutusan Tahun Baru oleh Tuan Pengarah Pelajaran Labuan. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi dengan dihadiri oleh semua warga jabatan. Pengetua dan Guru Besar juga dijemput hadir. Seperti biasa kad Hari Lahir disampaikan kepada staf jabatan yang meraikan hari lahir pada bulan Januari. Kebetulan pula KS SKPP dan Cik Sharimah Penolong Akauntan kami berkongsi tarikh lahir iaitu 11 Januari. Kelihatan Cik Sharimah menerima kad hari lahir dari Pengarah.

Gotong Royong - 09/01/10 Stor Kewangan






Kelihatan dalam pic. Isnia dan Asahabul sibuk membongkar kotak dan Pn Marcella, Lydia dan Nisa pulak sibuk memasukkan benda ke dalam kotak. Apa2 aje lah... individu bertshirt kuning itu ialah mr.ram, our only male staf in Unit Kewangan..(omputeh cakap ...Thorn among roses) agaknya tengah buat arahanlah tu...he he he.

Adik 3 orang dalam pic. tu cik sharimah, hamidah dan nora. masing-masing sibuk dengan tugas masing2. ewah....jangan lupa... saya pulak sibuk menangkap gambar tapi... ada juga tolong2 mengemas tau....Last but not least...mestilah dijamu makan....biasalah macamana nak kerja kalau tak makan...lapar tau...haus lagi tu....

Apa-apa pun Tahniah kepada staf di Unit Kewangan atas 'team work' yang mereka tunjukkan.





Gotong Royong Mengemas Stor Unit Kewangan

Pada 09 Januari 2010 staf di Unit Kewangan menyahut arahan KS untuk mengemas stor dengan menyusun salinan baucar2 bayaran dan dokumen2 kewangan. Stor tu terletak di Bukit Kalam just opposite BTPN Labuan. Stor Kewangan bersebelahan dengan stor perkhidmatan.

Tengoklah adik2 kita tu tekun buat kerja...Dalam pada itu kesihatan tetap diutamakan. Oleh kerana di Stor ni banyak habuk, maka mek2 ni terpaksalah menutup hidung dan mulut bagi mengelakkan tersedut habuk.


Sunday, December 20, 2009

Bengkel Sistem Pemantauan eLBGE - 21 Dis 2009


Menghadiri Bengkel Sistem Pemantauan eLBGE pada 21 Disember 2009 di Bilik Latihan Komputer Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM Putrajaya, KL. eLBGE akan digunakan sepenuhnya pada Tahun 2010.