Sunday, January 31, 2010

PKS - Jasa kamu dikenang

Berdiri di belakang : Linda, Salha, Aspalila (dah jadi PT tetap di Unit Latihan), Asha

Duduk depan: Fenty (dah jadi PT sambilan di UPP), Irda (dah jadi PT tetap di LPPKN dan Elsie (dah jadi PT tetap di Unit Perkhidmatan).

Tahniah kepada mereka yang telah mendapat kerja tetap. Pada yang belum tu Insyaallah! ALLAH akan berikan rezeki yang lain buat kamu.

Masih teringat dengan PKS kita - Tetap manis dalam kenangan

Berdiri di belakang: Linda, Salha, Anderah, Irda, Elsie

Duduk: me dan Isnia (dah tukar pi Unit Perkhidmatan)

PKS (Pekerja Khidmat Singkat) disebut begitu sebabnya mereka hanya bertugas dalam tempoh 6 bulan sahaja dan jika masih diperlukan maka pelantikan mereka disambung lagi selama 6 bulan dan begitulah seterusnya. Oleh kerana pengisian jawatan sudah diisi di jabatan dan khidmat mereka telah diganti oleh PT tetap maka pelantikan mereka pun ditamatkan. Sejak tahun 2002 Jabatan Pelajaran melantik PKS hinggalah tahun 2009, khidmat dan kerja2 mereka ini lebih baik dari penjawat yang tetap itu sendiri. Pengalaman kita bekerja dengan PKS ni, mereka sangat patuh dan sentiasa bekerjasama, tanpa engkar apabila tenaga mereka diperlukan.PKS ni sepatutnya masa bekerja mereka ialah 5 jam sehari tetapi mereka sanggup bekerja sehingga petang dan jika diperlukan mereka juga bertugas sempai ke malam. Berbanding dengan penjawat tetap, bila diminta 'stay back' sebab ada kerja2 yang segera, berbagai alasan mereka berikan walaupun diberi elaun OT. Itulah dia PKS, tetapi saya tak pasti pula kalau mereka dah jadi penjawat tetap boleh merubah keadaan itu. Saya harap PKS 2 yang dah berjaya mendapat kerja tetap tu, please! buatlah yang lebih baik atau sebaik masa kamu jadi PKS dulu.Tahniah! kepada mereka2 yang dah kerja tetap dan kepada mereka yang belum mendapat kerja tetap tu, bersabarlah Insyaallah, ALLAH akan berikan kamu rezeki yang lain.

Kenangan Semasa mewakili Pejabat Pendidikan Labuan dalam Perbarisan 31 Ogos 1998


Tempat ketiga sahaja.

Teringat kawan2 lama

Semasa kami mengikuti kursus fail meja di Hotel Marco Polo Tawau. Sedang mengadap laptop tu ialah Hazimah (PA Pengarah) telah bertukar ke N.Sembilan, sebelahnya Tanzila PT di Unit Kewangan bertukar ke Pulau Pinang, Durashid, Sarmah dan Yusinah juga PT di Unit Kewangan bertukar ke SM St Mary Sandakan.

PICNIC? - 31 Januari 2010






Tak taulah ni, nak dipanggil picnic boleh jugalah. Nampaknya picnic kita tak begitu meriah sebab kawan2 yang kita 'expect' untuk datang tak pula timbul2. Tapi tak apa .....program tetap berjalan seperti yang dirancang......bakar ikan, chicken wing, sausage. Mungkin akan datang kita boleh juga rancang betul2 dan semoga ianya lebih meriah lagi.......Tapi KS kita 'sporting' betul tau.....Sharimah SMS saja, terus datang join kita orang....TQ KS.


Thursday, January 21, 2010

Taklimat dan Majlis Penyerahan Waran Peruntukan Kecil Tahun 2010.





Pada 21 Januari 2010 taklimat dan majlis penyerahan waran peruntukan kecil diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran Labuan anjuran Unit Kewangan. Majlis dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran dan taklimat disampaikan oleh KS SKPP Mohd Salekhan Othman. Waran peruntuka kecil diagihkan kepada semua Sekolah Menengah Harian manakala Sekolah2 Rendah dimaklumkan siling peruntukan masing2. 


Monday, January 18, 2010

Taklimat Agihan Peruntukan Pertama 2010




Pada 18 Januari 2010 taklimat mengenai agihan peruntukan pertama Tahun 2010 oleh KS SKPP diadakan bagi mendapat respons dari semua ahli mesyuarat yang terdiri dari Pengarah selaku pengerusi, semua Ketua Sektor dan semua Ketua2 Unit. 3 perkara penting yang disampaikan oleh KS SKPP ialah :

1. Peruntukan yang diterima dari KPM.

2. Cadangan agihan ke Sekolah Menengah dan siling peruntukan untuk Pra Sekolah & Rendah.

3. Langkah2 penjimatan.

Hasil percambahan idea bersama pengarah dan semua ahli mesyuarat satu keputusan yang bernas telah diperolehi dan unit kewangan sedang dalam proses penyediaan waran peruntukan kecil ke Sekolah Menengah. Majlis penyerahan waran kecil dan pemakluman siling peruntukan ke Sekolah Menengah dan Rendah akan diadakan pada jam 9.00 pagi 21 Januari 2010 bersama Pengetua dan Guru Besar.