Friday, April 30, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 - SK RANCHA-RANCHA - 30 APRIL 2010.





Hari terakhir memantau Akaun Sekolah Tahun 2009. Hari ini giliran SK Rancha-Rancha pula.Pn. Angelina masih migrin. Hai....Sekolah ini adalah di antara sekolah yang tidak mengemaskini pengurusan Akaun Sekolah tahun 2009. Sekiranya sekolah tidak mengambil tindakan drastic untuk mengemaskini baucar2 bayaran, dokumen2 sokongan, buku tunai dan lain2 perkara yang tersenarai dalam pengauditan pada 10-14 Mei 2010 ini, kumpulan 3 merasakan sekolah ini tidak mustahil akan menyumbang Sijil Berteguran kepada JP WPLabuan.Bayaran tanpa LPO pun ada dan ini boleh menyebabkan teguran audit. Mostly baucar bayaran tidak kemaskini seperti tiada tarikh terima, tiada cop urusan rasmi perbelanjaan kerajaan, tiada tarikh invois dan lain2 lagi. MPK dan Fail Meja pun tidak disediakan. Kumpulan 3 mengharapkan PT dan staf yang lain saling membantu dalam memperkemaskan semua dokumen yang akan di audit nanti. Walau bagaimana pun terima kasih atas kerjasama yang diberikan semasa kami membuat penyemakan.

Thursday, April 29, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SK PANTAI - 29 APRIL 2010



Pemantauan Akaun Sekolah untuk hari ini ialah di SK Pantai, Guru Besarnya ialah Cikgu Jumat Hj Latip bekas staf kami di JPWPLabuan. Hari ini kami bertiga saja yang meneruskan perjuangan sebab Pn. Angeline sudah diserang migrin. Jadinya penyemakan agak perlahan sebab dah kurang satu orang. Tapi tak apalah, SK Pantai mantap. Dari segi persediaan nampaknya sekolah ini mendahului sekolah2 lain yang telah kumpulan 3 pantau. KPT dan PT telah membuat persediaan dengan rapi. Kalau pun misalnya sekolah ini menerima sijil berteguran, itu kerana kesilapan yang telah dilakukan oleh KPT sebelum ini kerana terjadinya ABT selepas akaun ditutup. Namun kumpulan 3 berharap pihak Audit mungkin terlepas pandang dan sekolah ini tetap 'mantain' atau kalau boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik. Pengurusan Akaun Sekolah sekolah ini antara yang terbaik Sekolah Rendah.

Monday, April 26, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SK PEKAN SATU - 26 APRIL 2010.




Hari Isnin jam 9.00 pagi pemantauan diteruskan lagi ke SK Pekan Satu.Seperti biasa kumpulan 3 akan bergabung tenaga menyemak pengurusan akaun sekolah. Semua dokumen yang diperlukan Audit memang ada tetapi masih belum kemaskini. Di masa kami membuat penyemakan maka masa itulah juga PT mengambil kesempatann untuk mencop dan mengemaskini baucar bayaran dan salinan2 dokumen. Sedikit kesilapan berlaku dimana PK HEM yang mengendalikan PWR tidak membuat rekupmen terakhir. Walau bagaimana pun bukti urusniaga ada dilakukan dandokumen semua lengkap. Untuk menseimbangkannya semula maka Penyata Akaun Tahunan kenalah disemak dan dibetulkan semula. Kami harap sekolah ini juga mendapat sekurang2nya sama dengan tahun lalu dan kalau boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik.

Friday, April 23, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SK LUBOK TEMIANG - 23 APRIL 2010

Berdiri: Dalina, Razilah, Kak Ti, Hjh Mariah dan Angeline
Duduk: Maimunah dan Kasuma

kumpulan 3 menikmati minuman dan kuih muih yang dihidangkan



Petang tadi lebih kurang jam 2.00 petang kumpulan 3 membuat pemantauan ke SK Lubok Temiang. Beberapa dokumen yang diperlukan Audit untuk Tahun 2009 belum lagi disediakan. Beberpa dokumen belum dikemaskini. Dokumen PWR yang hilang masih belum dapat dikesan. Ini kerana pada Tahun 2009 KPT dan PT yang terlibat dengan pengurusan Akaun Sekolah telah bertukar ke sekolah lain. Lebih malang lagi, banyak dokumen tidak dikemaskini. Walau bagaimana pun KPT dan PT yang sangat bertanggungjawab dan berusaha mengemaskini dokumen yang belum selesai. Kumpulan 3 membantu untuk menyelesaikan masalah dokumen PWR yang hilang agar pihak audit boleh menerima jawapan yang akan dikemukakan nanti. Terima kasih KPT, PT dan PAP SK Lubok Temiang atas kerjasama yang diberikan kepada kumpulan 3 dan sempat pula menghidangkan kami minuman panas dan kuih muih yang sedap. Semoga semua dokumen dapat disediakan sebelum pengauditan pada 10-14 April 2010 nanti. Harapan dari kumpulan 3, SK Lubok Temiang akan mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik atau sekurang2nya kekal seperti sebelumnya.

Thursday, April 22, 2010

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN DI SURAU PUSAT KO PADA 22 APRIL 2010 (MALAM JUMAAT)

Pelbagai juadah disediakan seperti nasi minyak dan dalca yang dimasak sendiri oleh isteri Tuan Pengarah, sup sayur campuran oleh Pn. Maimoon, ikan bakar oleh UPB dan buah-buahan oleh SKPP.

Jamuan makan malam selepas majlis

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah. Selepas itu bacaan Yaasin dan tahlil. Selepas solat isyak dan doa, diteruskan pula dengan solat hajat berjemaah. Tujuan solat hajat ini ialah mendoakan kesejahteraan warga pendidikan dan sekolah disamping mendoakan Pelajaran tetap kekal sebagai Jabatan Pelajaran WPLabuan. Agar dilembutkan hati orang2 yang dengan sesuka hati cuba meminda organisasi JP WPLabuan yang sudah diisytiharkan pada Bulan Ogos Tahun 2001. Semoga ALLAH mendengar doa dari kami warga jabatan dan sekolah demi memperjuangkan hak anak-anak Labuan. Majlis dihadiri oleh warga jabatan termasuk Pengarah, Pengetua, Guru Besar dan PK sekolah.

Wednesday, April 21, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SK TANJUNG ARU - 21 APRIL 2010




Petang tadi jam 2.00 petang giliran saya, Hjh Mariah, Pn. Maimunah dan Pn. Angeline membuat pemantauan ke SK Tanjung Aru, arahan khas untuk akaun sekolah Tahun 2009 bagi persediaan pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2009 oleh Juru Audit dari Beaufort, wakil Audit Sekolah KPM. Terdapat banayk lagi perkara yang belum disediakan seperti MPK, FM, Carta Induk, Carta Organisasi Kewangan, Senarai tugas, daftar sewaan kantin dll. Baucar, pesanan tempatan juga masih banyak yang belum dilengkapkan. Pasukan pemantau dari kumpulan 3 bersedia membantu dan memberi tunjuk ajar kepada PT dan PAP yang terlibat dengan kerja-kerja pengurusan kewangan dan akaun sekolah mereka. Pengurusan Akaun Sekolah sama ada kerajaan atau SUWA dapat ditangani dengan baik jika T memberi tumpuan dengan tekun, melengkapkan semua dokumen dan seterusnya menyediakan apa2 jua dokumen yang diperlukan oleh pihak Audit. Malah sekolah ini mampu mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik jika semua dokumen dan arahan dipatuhi seperti yang disenaraikan oleh pihak Audit. Terima kasih kepada PT Irwan Nain dan PAP Pn. Siti di atas kerjasama yang diberikan dan sempat pula menyediakan minuman dan kuih untuk kami. Semoga pengurusan kewangan sekolah anda akan terus baik dan mampu mencapai tahap yang cemerlang Isyaallah.

Monday, April 19, 2010

TAKLIMAT PERSEDIAAN AUDIT SEKOLAH - 19 APRIL 2010 di Bilik Mesyuarat Pusat Ko Ganggarak.

KPT dan PT akur dengan teguran audit terhadap sekolah masing2 dan mereka semua mengatakan bahawa semua teguran telah diperbetulkan.

Kelihatan KPT dan PT berbincang sesama sendiri - mungkin strategi mereka kali ini ialah untuk mendapat Sijil Tanpa Teguran Sangat Baik. Syabas!!!!teruskan usaha anda. Tanpa anda semua....percayalah....pengurusan kewangan dan akaun sekolah pasti tunggang langgang.

KS sedang khusyuk mendengar penjelasan dari seorang PT yang tidak berpuas hati dengan teguran audit sekolah terhadap akaun sekolahnya.

Hari ini taklimat bagi persediaan pengauditan akaun sekolah oleh wakil audit sekolah KPM daripada Beaufort, Sabah yang akan bermula pada 03 Mei 2010. Ketua Sektor SKPP En. Mohd Salekhan Othman menyampaikan taklimat kepada Pengetua, Guru Besar, KPT dan PT yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan dan akaun sekolah masing2. KS menyampaikan hasrat hati Tuan Pengarah agar pengurusan akaun sekolah akan bertambah baik dari sebelumnya dengan meletakkan KPI iaitu sekolah2 yang telah mendapat sijil tanpa teguran baik kepada sangat baik dan sijil tanpa teguran memuaskan kepada baik dan sangat baik. Apabila ditinjau balik dapatan2 yang ditemui oleh para juru audit terhadap akaun sekolah di Labuan ini, sepatutnya lebih banyak lagi sekolah yang layak mendapat sijil tanpa teguran baik. Mungkin sedikit kelalaian dan kurang membuat semakan terhadap akaun sekolah masing2 maka kesilapan yang sepatutnya boleh diperbetulkan terlepas pandang. Untuk itu strategi KS kali ini ialah mensyorkan pasukan pemantau yang sedia ada, turun membantu menyemak dokumen2 penting yang diperlukan dalam pengauditan tersebut agar semua sekolah2 bersiap sedia dan tidak terleka sehingga hari pengauditan nanti. Pemantauan secara 'drastic' bermula pada 21 April 2010 dengan agihan 5 buah sekolah bagi setiap kumpulan. Semoga hasrat Tuan Pengarah akan tercapai dan meningkatkan lagi kecemerlangan pengurusan kewangan dan akaun di sekolah2. Labuan boleh.......