Wednesday, May 5, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SMK MUTIARA - 05 MEI 2010 JAM 10.30 PAGI -12.00 TGH





Dari SM St Anne kami teruskan pemantauan kami ke SMK Mutiara. Sekolah ini pernah mendapat anugerah pengurusan kewangan dengan mendapat Naib Johan seluruh Sabah dan Labuan. Akaun SekolahTahun 2008 sekolah ini juga mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik. Pada keseluruhannya boleh dikatakan wajar untuk mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik dan sedikit usaha dan penamahbaik pengurusan dengan melengkapkan semua butiran secara terperinci pada dokumen2 kewangan Isyaallah sekolah ini dengan mudah akan mendapat Sijil Tanpa Teguran Sangat Baik.

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SM ST ANNE 05 MEI 2010 8.00 - 10.00 PAGI.




SM St Anne merupakan sekolah yang mendapat anugerah cemerlang pengurusan kewangan Tahun 2009 bagi auditan Akaun Sekolah tahun 2008. Pada Tahun itu juga sekolah ini mendapat SIJIL TANPA TEGURAN BAIK. Tahniah SM St Anne. Terpanggil dengan rasa tanggungjawab Pengarah dan KS SKPP memberi arahan agar Unit Kewangan turun membantu semua sekolah termasuk sekolah tanpa teguran BAIK bagi membuat persediaan pengauditan Akaun SekolahTahun 2009 pada 10-14 Mei 2010. Unit Kewangan & Akaun yang diwakili oleh Cik Sharimah, Hjh Maziati dan Cik Ashabul turun untuk membantu menyemak persediaan yang telah dibuat oleh sekolah ini. PT Sekolah telah bersedia dan semua dokumen yang diperlukan oleh Audit Sekolah telah tersedia. Memang seronok menyemak jika semua dokumen2 tersedia tanpa perlu kita banyak bertanya. Walau bagaimana pun pada keseluruhan penyemakan, memang terdapat dokumen2 kewangan seperti baucar pembayaran dan pesanan tempatan tidak dikemaskini sepenuhnya dengan alasan Audit terdahulu tidak pernah membuat teguran. Pada kami sebagai auditor akur dengan alasan yang diberi dan komen kami ialah berbaloilah jika sekolah ini cukup dengan mendapat sijil tanpa teguran baik untuk Akaun Tahun 2008. Sekiranya ada usaha2 yang lebih sebagai penambahbaik pengurusan yang sedia ada, kami rasa tidak mustahil Akaun Tahun 2009 sekolah ini boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran Sangat Baik. Any way....terpulanglah kepada sekolah...tepuk dada tanya iman.

Monday, May 3, 2010

Mesyuarat Prestasi Perbelanjaan Bil 4/ 2010 Bersama Sekolah.

bergambar kenangan di ruang legar SK Pekan Satu.

Midah dan sharimah depan taman hiasan

Cik Sharimah memperngerusikan mesyuarat

Hari ini mesyuarat prestasi perbelanjaan bersama sekolah diadakan di SK Pekan Satu dengan dipengerusikan oleh Cik Sharimah. Pencatat minit pada mesyuarat kali ini ialah Cik Hamidah.Kemuncak mesyuarat ini ialah pembentangan hasil pemantauan Akaun Sekolah Tahun 2009 oleh pasukan pemantau yang dilantik oleh JP WPLabuan. Semua KPT dan PT dinasihatkan agar bersiap sedia dengan pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2009 dan hasrat jabatan ialah supaya sekolah2 dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan pengurusan Akaun Sekolah bagi sekolah masing2. Lebih kurang seminggu dari tarikh pengauditan, sepatutnya sekolah2 mempunyai banyak masa untuk membuat semakan terakhit terhadap Akaun Sekolah masing2.

Friday, April 30, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 - SK RANCHA-RANCHA - 30 APRIL 2010.





Hari terakhir memantau Akaun Sekolah Tahun 2009. Hari ini giliran SK Rancha-Rancha pula.Pn. Angelina masih migrin. Hai....Sekolah ini adalah di antara sekolah yang tidak mengemaskini pengurusan Akaun Sekolah tahun 2009. Sekiranya sekolah tidak mengambil tindakan drastic untuk mengemaskini baucar2 bayaran, dokumen2 sokongan, buku tunai dan lain2 perkara yang tersenarai dalam pengauditan pada 10-14 Mei 2010 ini, kumpulan 3 merasakan sekolah ini tidak mustahil akan menyumbang Sijil Berteguran kepada JP WPLabuan.Bayaran tanpa LPO pun ada dan ini boleh menyebabkan teguran audit. Mostly baucar bayaran tidak kemaskini seperti tiada tarikh terima, tiada cop urusan rasmi perbelanjaan kerajaan, tiada tarikh invois dan lain2 lagi. MPK dan Fail Meja pun tidak disediakan. Kumpulan 3 mengharapkan PT dan staf yang lain saling membantu dalam memperkemaskan semua dokumen yang akan di audit nanti. Walau bagaimana pun terima kasih atas kerjasama yang diberikan semasa kami membuat penyemakan.

Thursday, April 29, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SK PANTAI - 29 APRIL 2010



Pemantauan Akaun Sekolah untuk hari ini ialah di SK Pantai, Guru Besarnya ialah Cikgu Jumat Hj Latip bekas staf kami di JPWPLabuan. Hari ini kami bertiga saja yang meneruskan perjuangan sebab Pn. Angeline sudah diserang migrin. Jadinya penyemakan agak perlahan sebab dah kurang satu orang. Tapi tak apalah, SK Pantai mantap. Dari segi persediaan nampaknya sekolah ini mendahului sekolah2 lain yang telah kumpulan 3 pantau. KPT dan PT telah membuat persediaan dengan rapi. Kalau pun misalnya sekolah ini menerima sijil berteguran, itu kerana kesilapan yang telah dilakukan oleh KPT sebelum ini kerana terjadinya ABT selepas akaun ditutup. Namun kumpulan 3 berharap pihak Audit mungkin terlepas pandang dan sekolah ini tetap 'mantain' atau kalau boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik. Pengurusan Akaun Sekolah sekolah ini antara yang terbaik Sekolah Rendah.

Monday, April 26, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SK PEKAN SATU - 26 APRIL 2010.




Hari Isnin jam 9.00 pagi pemantauan diteruskan lagi ke SK Pekan Satu.Seperti biasa kumpulan 3 akan bergabung tenaga menyemak pengurusan akaun sekolah. Semua dokumen yang diperlukan Audit memang ada tetapi masih belum kemaskini. Di masa kami membuat penyemakan maka masa itulah juga PT mengambil kesempatann untuk mencop dan mengemaskini baucar bayaran dan salinan2 dokumen. Sedikit kesilapan berlaku dimana PK HEM yang mengendalikan PWR tidak membuat rekupmen terakhir. Walau bagaimana pun bukti urusniaga ada dilakukan dandokumen semua lengkap. Untuk menseimbangkannya semula maka Penyata Akaun Tahunan kenalah disemak dan dibetulkan semula. Kami harap sekolah ini juga mendapat sekurang2nya sama dengan tahun lalu dan kalau boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik.

Friday, April 23, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SK LUBOK TEMIANG - 23 APRIL 2010

Berdiri: Dalina, Razilah, Kak Ti, Hjh Mariah dan Angeline
Duduk: Maimunah dan Kasuma

kumpulan 3 menikmati minuman dan kuih muih yang dihidangkan



Petang tadi lebih kurang jam 2.00 petang kumpulan 3 membuat pemantauan ke SK Lubok Temiang. Beberapa dokumen yang diperlukan Audit untuk Tahun 2009 belum lagi disediakan. Beberpa dokumen belum dikemaskini. Dokumen PWR yang hilang masih belum dapat dikesan. Ini kerana pada Tahun 2009 KPT dan PT yang terlibat dengan pengurusan Akaun Sekolah telah bertukar ke sekolah lain. Lebih malang lagi, banyak dokumen tidak dikemaskini. Walau bagaimana pun KPT dan PT yang sangat bertanggungjawab dan berusaha mengemaskini dokumen yang belum selesai. Kumpulan 3 membantu untuk menyelesaikan masalah dokumen PWR yang hilang agar pihak audit boleh menerima jawapan yang akan dikemukakan nanti. Terima kasih KPT, PT dan PAP SK Lubok Temiang atas kerjasama yang diberikan kepada kumpulan 3 dan sempat pula menghidangkan kami minuman panas dan kuih muih yang sedap. Semoga semua dokumen dapat disediakan sebelum pengauditan pada 10-14 April 2010 nanti. Harapan dari kumpulan 3, SK Lubok Temiang akan mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik atau sekurang2nya kekal seperti sebelumnya.