Friday, July 30, 2010

PEMANTUAN KE SK ST ANNE - 30 JULAI 2010




Pemantauan Akaun Sekolah ke SK St Anne.

ALL THE BEST TO SHEILA AND SUHAIMAN - 23 JULAI 2010

Noor Sheila Akma berasal dari Alor Gajah,Melaka

Suhaiman berasal dari Sandakan, Sabah

Ucapan terima kasih dan penghargaan dari KS SKPP Mohd Salekhan Othman kepada Noor Sheila dan Suhaiman.

Norsheila Akma dan Suhaiman bantu membantu dalam membentangkan analisa perbelanjaan melibatkan OS23000, OS24000, OS27000 dan OS29000 dan perbezaan dari Tahun 2009 dan 2010.

Noor Sheila Akma dan Suhaiman adalah mahasiswa/mahasiswi UMS KAL yang membuat Latihan Industri di Unit Kewangan & Akaun W.P.Labuan. Latihan mereka bermula Mei hingga 23 Julai 2010. Bidang yang mereka ambil di Universiti ialah Perbankan Luar Pesisir.Oleh kerana ada kaitan dengan kewangan maka mereka menjadikan Unit Kewangan & Akaun di Jabatan Pelajaran Labuan sebagai tempat Latihan mereka.
Seperti yang dinyatakan oleh Suhaiman bahawa tujuan Latihan Industri mereka ini lebih kepada belajar menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan apabila keluar nanti, di samping mengenal sedikit2 cara2 pengurusan kewangan dan akaun.
Sedia maklum pengurusan kewangan dan akaun melibatkan penurunan kuasa. Oleh kerana Unit Kewangan dan Akaun, Jabatan Pelajaran Labuan mengurus kewangan dan akaun melalui sistem 'on line' iaitu e SPKB, e Perolehan dan e Terimaan, maka PAKK, PAK, KPT dan PT Kew bertanggungjawab ke atas kad elektronic masing2 bagi memproses apa jua urusniaga bagi sistem yang tersebut. Sehubungan itu pelatih atau apa2 jua jawatan yang belum diberikuasa tidak boleh menggunakan kad selain individu itu sendiri. Saranan agar mereka juga diberi kad untuk membantu kerja2 mengunci masuk apa juga jenis urus niaga tidak boleh dipertimbangkan.


Friday, July 23, 2010

Bertugas di Seminar Penyelidikan Pendidikan semasa lawatan TPM Tan Sri Dato Muhyiddin Yassin pada 22 Julai 2010 (2.30 petang).

hasil kreativiti murid2 SMK Lajau


di gerai pameran Pra Sekolah





Apabila TPM dan berangkat balik kami pun mengambil tempat dan makan lebihan hidangan VVIP - ambil berkat he he he


Murid2 sekolah mempersembahkan tarian kepada tetamu

Sebelum TPM petugas bahagian makanan memastikan hidangan yang disediakan teratur




Catering Sri Keluarga menyediakan hidangan Ambuyat makanan tradisi orang Sabah untuk dihidangkan kepada TPM

Leka mendengar ucapan TPM di dewan UMS KAL

Cenderahati Kenangan dari Jabatan Pelajaran Labuan

TPM menandatangani Buku Pelawat


Staf Keawangan ditugaskan mengawasi hidangan untuk tetamu jemputan VIP dan VVIP. Untuk Hidangan TPM merangkap Menteri Pelajaran, makanan yang akan dihidangkan hendaklah diperiksa oleh polis dan makanan2 itu dijamah dulu (kata orang brunei) mungkin ditakuti makanan yang akan dihidangkan itu basi atau yang sewaktu dengannya. Makanan yang telah disediakan itu hendaklah dijaga dan tidak boleh ditinggalkan. Sebagai petugas yang telah diamanahkan kami pun tidaklah berganjak dari kawasan itu dan terlepaslah peluang kami untuk mendengar pengumuman penting TPM terhadap jabatan kami iaitu Jabatan Pelajaran Kekal sebagai Jabatan Pelajaran Labuan. Anyway, kami turut merasa gembira dengan pengumuman itu dan TAHNIAH kepada Tuan Pengarah Pelajaran En.Mohammad Zaki b Mohd Yusof dan Krew2 yang setia kerana berjaya mempertahankan Status Jabatan Pelajaran Labuan.

Wednesday, July 21, 2010

Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa - (22 hingga 24 Julai 2010)








sempat berposing lagi tu....

En. Zeno Ketua Unit Kewangan & Akaun yang 'sporting' sibuk membantu kami.

Seminar ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Meneteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia YAB Tan Sri Datuk Mohidin Hj Mohd Yaasin yang diadakan di UMS Cawangan Labuan. Kami staf Unit Kewangan ditugaskan di bahagian makanan VIP termasuklah menyediakan cenderamata kenangan. Cenderamata yang kami sediakan ini ialah dalam bentuk makanan ringan iaitu kuih bahulu, maruku dan krepek pisang. Pagi 21 Julai kami pun sibuk memasukkan makan ringan tersebut ke dalam beg2 plastik dan petangnya staf lelaki SKPP pulak bertanggungjawab mengangkat cenderamata yang sudah kami packing itu ke UMS.

Tuesday, July 20, 2010

Kenangan Semasa Persidangan AKS Tahun 2010


tong sampah bentuk periuk kera

ambuk yang jinak2 merpati