Thursday, December 16, 2010

Menyambut kedatangan Pengarah yang baru balik dari menunaikan Haji - 02 Disember 2010



Tuan Haji Mohd Zaki b. Mohd Yusof dan isteri Pn. Hjh Noraini selamat kembali ke Labuan selepas menunaikan Fardhu Haji (Rukun Islam yang kelima). Pesan mantan Pengarah...kalau nak pi Haji biarlah ketika umur masih muda sebabnya di Tanah Suci menuntut kekuatan fizikal dan mental. Lagi pun kalau di usia muda metabolisme masih kuat dan daya ketahanan badan juga kuat berbanding kalau usia sudah meningkat tua penyakit pun macam2 apa tah lagi kalau penyakit 3 serangkai sudah menyerang. Anyway....apa yang dipesan oleh mantan Pengarah itu memang betul sebab saya sendiri melihat bagaimana keadaan orang2 tua yang sudah uzur terpaksa menjaga diri sendiri ketika berada di Mina (tempat melontar jamrah), sebabnya bila sudah berada di situ jemaah masing2 dengan tugas masing2 dan tujuan ke situ ialah untuk menyempurnakan ibadat haji untuk diri sendiri dulu. Tapi kalau ALLAH beri kita rezeki dan kalau amalan kita baik semasa di Tanah Air Insyaallah semua ibadat yang akan kita laksanakan di sana semuanya mudah tanpa menghadapi masalah. Oleh itu persiapan kita ke sana bukan saja wang perbelanjaan tapi persediaan dari segi ilmu dan amalan kita di Tanah Air juga sangat2 dituntut. Kalau akhlak kita baik di sini maka Insyaallah akan baik juga yang kita lalui di sana. Semoga saya dapat lagi ke sana kerana jauh di lubuk hati, saya tetap merindui Madinah dan Mekah.

Wednesday, November 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY NISHA,LYDIA, INA DAN FIZA


NOT IN PICTUE (FIZA)

kek yang dibeli oleh cik sharimah untuk adik2nya yg menyambut hari jadi


seronok kan tengok nisha dan ina memerhati cik sharimah memasang candle pada kek yang dibeli khas untuk mereka yg menyambut hari jadi bulan ogos, sep dan oktober. Kek coklat bercheese ....sedap dan moist lagi tu....semoga budaya meraikan hari jadi kawan2 ni akan berterusan....mungkin lagi sedap kalau setiap orang bawa masakan masing2 untuk 'majlis' ini...Happy Birthday Nisha, Lyadia, Ina dan Fiza semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semuanya (untuk Nisha dan Fiza cepat mengakhiri zaman pertunangan, untuk Lyadia cepat memperolehi cahaya mata, untuk Ina semoga anda mendapat jodoh yang baik).

Sunday, October 17, 2010

Majlis Penyerahan Tugas Pengarah JPWPLabuan pada 06 Oktober 2010.

Bersama KS

bersama SKPP

bergambar kenangan bersama Ketua Kampung

Tandatangan Nota Penyerahan Tugas Pengarah

Baca dulu sebelum TT

Persaraan Pengarah JPWPLabuan pada 05 Oktober 2010












5 Oktober 2010 bukanlah Tarikh Lahir sebenar Tuan Pengarah tetapi oleh kerana beliau akan pergi menunaikan Ibadat Haji dan akan bertolak ke KL pada 07 Oktober dan seterusnya ke Jeddah pada 11 Oktober 2010 maka Majlis Persaraan Pengarah diawalkan. Tarikh lahir Tuan Pengarah ialah pada 20/10/2010. Terasa kemeriahan pada majlis persaraan Pengarah kerana sifat beliau yang mesra, tidak sombong dan tidak memilih sama ada kita orang atas atau orang bawahan. Itulah keistemewaan Tuan Pengarah dan semua warga pelajaran terasa kehilangan beliau.

Saturday, October 16, 2010

AJK KERJA MENGHIAS PENTAS SEMPENA PERSARAAN TUAN PENGARAH JPWPLABUAN - 06 OKTOBER 2010



sharimah bermain piano dan nora pulak menyumbangkan lagu - boleh tahan unit kewangan ni

siap menghias pentas bermain piano pulak....









Unit Kewangan ditugaskan untuk menghias pentas sempena persaraan Pengarah pada 05 Oktober 2010. Pada mulanya staf unit kewangan terkejut juga sebab inilah 'first time' kami diberi tugas menghias pentas. Biasanya kami ditugaskan di bahagian jamuan. Mungkin unit kewangan lebih ramai staf perempuan itulah agaknya KS bagi kepercayaan untuk kami menghias pentas pada hari bersejarah itu. Pada 4 Oktober kami sudah mula meninjau2 pentas yang akan dihias. Sharimah, Lydia, Nora, Ina, Nisha, Midah dan saya bergotong royong menjalankan tugas yang diamanahkan.

Saturday, October 9, 2010

Majlis Hari Raya Perdana JPWPLabuan pada 09 Oktober 2010 (Sabtu)

Persediaan masak memasak sebelum Majlis Hari Raya Perdana JPWPLabuan - 08 Oktober 2010.


cg omar sedang memasak rendang pindang



membantu hj salamat mengaul2 kari kambing sambil2 nak belajar cara2nya

Hj Salamat sedang memasak kari kambing untuk makan malam


mengelupis