Wednesday, January 12, 2011

Taklimat penggunaan egHARMIS untuk semua staf Jabatan Pelajaran W.P.Labuan - 12/11/2011










Pn. Nelly Anjum sedang menyampaikan taklimat

Taklimat mengenai penggunaan egHRMIS telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran W.P.Labuan yang melibatkan semua kakitangan Jabatan Pelajaran W.P.Labuan. Walau bagaimana pun beberapa pegawai tidak dapat menghadirikan diri kerana mereka juga sedang menghadiri mesyuarat di tempat lain.

Penggunaan HRMIS ini lebih kepada perkara yang melibatkan pengurusan cuti dan bagi pegawai-pegawai yang akan bersara. Tujuannya ialah semata-mata memudahkan kakitangan membuat permohonan cuti dan memohon persaraan.

Tuesday, January 11, 2011

HAPPY BIRTHDAY SHARIMAH AND SALEKHAN - 11.1.11


Nisha sedang menunggu kawan2 untuk menjamu selera dengan KFC
untuk sambutan hari jadi Cik Sharimah dan En. Salekhan

sabar menunggu - cik Sharimah sedang tekun memotong kek hari jadi
yang dihadiahkan untuk mereka berdua.

staf Unit Kewangan & Akaun yang sporting begitu ceria ketika sama2 menyambut
hari jadi Cik Sharimah dan En. Salekhan


PASANGAN YANG SEPADAN BERKONGSI
TARIKH LAHIR YANG MENARIK 11.1.11
(SALEKHAN (29) & SHARIMAH (27)


PERHIMPUNAN BULANAN TAHUN 2011 - 11.1.11 (SELASA)

kumpulan koir Jabatan pelajaran W.P.Labuan

naik pangkat dari DGA32 ke DGA34 - Cg Asmawi Hj Ahmad

Naik pangkat dari DG41 ke DG44 - Cg Juliana Nain

Naik pangkat dari DG41 ke DG44 - Cg Norain Mohamad

Terima waran peruntukan dan Perjawatan - Cg Ammar Soh SMK Labuan

Terima siling peruntukan dan waran perjawatan - Cg Sinduri Jali SK Sg Bedaun

Terima siling peruntukan dan waran perjawatan - Cg Jumat Latip SK Pantai

Terima siling Peruntukan dan waran perjawatan - Cg Ma Kim Yong SJK Chung Hwa

Terima waran peruntukan dan perjawatan - Cg Sahar Misron SMK Lajau

macam pengantin lah pulak he he he

Happy Birthday salekhan N sharimah - 11.1.11


Penyampaian sumbangan dari wakil Bank Rakyat kepada JPWPLabuan RM3,000.00

Happy birthday Ashabul

congratulation nora - staf of the month (Disember 2010)

kyusuk mendengar amanat

Pengetua, Guru Besar, Staf JPWPlabuan

perutusan Tahun Baru 2011 oleh Pemangku Pengarah En Ismail Abdullah

Taklimat Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2011 oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Othman

Pengerusi Majlis Perhimpunan Bulanan (Januari 2011) En Faizal Karim


Hiasan pentas ini diamanahkan oleh KS SKPP kepada Unit Kewangan, tetapi hiasan yang cantik tapi simple ini dibuat oleh 3 wanita yang cantik iaitu Sharimah, Lyadia dan Hamidah. Oleh kerana staf yang lain dah balik maka dengan kreativiti tersendiri sharimah, lyadia dan hamidah dapat menghias pentas ini dengan cantik dan baik sekali walaupun mereka balik ke rumah jam 9.00 malam. Syabas kepada mereka bertiga.

Perhimpunan bulanan Tahun 2011 diadakan pada tarikh yang sangat menarik iaitu 11.1.11 merangkumi bulan November dan Disember 2010. Tarikh ini juga adalah tarikh lahir yang dikongsi bersama En. Mohd Salekhan (KS SKPP) dan Cik Sharimah (PAK).

Taklimat Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2011 disampaikan oleh KS SKPP dan diikuti Perutusan Tahun Baru 2011 oleh Pemangku Pengarah En Ismail Abdullah. Seterusnya ialah penyampaian Agihan waran peruntukan dan waran perjawatan kepada Pengetua dan Guru Besar, dan penyampaian surat lantikan kenaikan pangkat kepada Pegawai Pendidikan Siswazah DG41 ke DG44 dan PPLD DGA32 ke DGA34. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada penerima 'Staf of the month' dan penyampaian kad ucapan Hari Lahir kepada staf jabatan , Pengetua dan guru Besar yang lahir pada bulan November 2010, Disember 2010 dan Januari 2011.

Saturday, January 8, 2011

Majlis Perhimpunan Guru 1 Labuan - 08 Januari 2011 di Dewan Serbaguna WPLabuan

azura, suhana, lydia dan sarmah bertugas sebagai AJK cenderamata
pada majlis perhimpunan guru 1 Labuan

guru2 yang duduk di sebelah atas

guru2 yang duduk disebelah bawah

krew Sektor Pengurusan Maklumat (SPM) sedang bertugas

penyampaian Laporan Strategik Planning kepada Datuk Hj Yunus
Penasihat Majlis Perbadanan Labuan.

Ketua Sektor, Pengetua, Guru Besar bergambar kenangan bersama Datuk Hj Yunus Hj Kurus

bertugas sebagai AJK Makanan - iaitu mengagih-agih tapau kepada semua guru yang menghadiri perhimpunan Guru 1 Labuan yang diadakan di Dewan Serbaguna WPLabuan pada 08 Januari 2011 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi dan majlis berakhir lebih kurang jam 11.00 pagi.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 - 01 Januari 2011 (1111)



Cantik angka tahun ini iaitu 1111. Siapa2 yang menyambut hari lahir, berkawen atau apa2 yang menjadikan tarikh ini sebagai tarikh kenangan dalam kehidupan alangkah cantiknya tarikh ini. Tapi tarikh 11/1/11 (11 Jan 2011) juga adalah tarikh yang cantik. Tarikh kelahiran KS kami En Mohd Salekhan dan Penolong Akauntan Kami Cik Sharimah.Siapa sangka mereka boleh berkongsi tarikh kelahiran walaupun tahun yang berbeza.

Pelbagai kenangan manis telah sama2 kita lalui sepanjang tahun 2010. Kenangan manis dari Unit Kewangan ialah:

1. Cik Nisha dan Cik Afiza - bertunang.
2. Pn. Ashabul Maimanah berkawin pada 1/7/2010.
3. Pn. Lyadia Karamilla berkawin pada 1/10/2010.
4. Pn. Nora selamat bersalin anak kedua.
5. Kak Ti selamat mendapat cucu pertama dan menantu kedua.
6. Seorang lagi PT Kew Cik Fazila melapor diri bertugas.

Semoga pada Tahun 2011 ini bagi yang bertunang akan berkawin, bagi yang dah berkawen akan menimang cahaya mata pulak dan bagi yang dah ada calon tu akan mengikat tali pertunangan.....Insyaallah....bagi yang masih mencari2 tu pulak mungkin akan ada secret admirer.....who knows? semoga....dan semoga ianya akan menjadi kenyataan....sama2lah kita berdoa.

Saturday, January 1, 2011

Balik bawa hadiah Cabutan Tiket Bertuah dan hadiah wajib (tukar2 hadiah antara staf)

isi hamper sebenar

hamper no 2 dan 18 adalah tiket bertuah untuk si liau dan no. 5 adalah untuk saya. Hadiah warna pink itu adalah hadiah tukaran dari Pn. Khaziyati dan warna biru itu adalah hadiah tukaran dari Pn. suhana kepada si liau. Seronok juga dapat hadiah ni...walaupun hanya hamper saja. Kawan2 lain lebih bertuah sebab ada mereka tu bawa balik hadiah dalam bentuk wang tunai, tiket penerbangan LBN/KK/LBN, LBN/MIRI/LBN dan LBN/KL/LBN, makan free di Grand Dorsett dan macam2 lagi hadiah yang besar2. Apa2 pun hadiah yang kami dapat tu mungkin bernilai lebih seratus ringgit dalam bentuk makanan dan minuman ringan. Alhamdulillah syukur....kalau kami tak menyertai majlis tersebut ' conform' lah tak dapat hadiah2 tu....at least dapat juga goyang2 mulut disamping sama2 meraikan Majlis Makan Malam Akhir Tahun Kelab Kebajikan JPWPLabuan Tahun 2010. Kalau bukan kita yang meraikannya siapa lagi?