Thursday, January 20, 2011

PENGARAH BARU MELAPOR DIRI BERTUGAS (PUAN MISTRINE BINTI RADIN - 20.1.2011 JAM 11.30 PAGI)


SELAMAT DATANG KE JP WPLABUAN UNTUK PUAN MISTRINE .....semoga JPWPLabuan akan lebih cemerlang di bawah pimpinan puan. Tahniah puan.

MESYUARAT PERTAMA JPKA TAHUN 2011 - 20.1.2011







Mesyuarat pertama JPKA untuk Tahun 2011 diadakan di Bilik Mesyuarat JP WPLabuan dengan dipengerusikan oleh En. Ismail Abdullah Pemangku Pengarah JPWPLabuan.

Agenda mesyuarat adalah mengenai:

1. Waran peruntukan yang disalurkan oleh Bahagian Kewangan KPM.
2. Agihan peruntukan kecil ke Sekolah Menengah dan Siling peruntukan ke Sekolah Rendah.
3. Bantuan Murid bagi Tahun 2011 (RMT, EMK,Pra Sekolah).
4. Penyelenggaraan bangunan sekolah yang telah siap pada tahun 2010.
5. Pengurusan Kewangan & Akaun di JPWPLabuan.
6. Pemantauan Akaun Sekolah.
7. Kursus Pengurusan Kewangan kepada pentadbir sekolah.

Tuesday, January 18, 2011

Unit Kewangan & Akaun sebagai rintis untuk memulakan 5S

Unit Kewangan & Akaun telah diamanahkan untuk menjadi rintis bagi memulakan 5S di JP WPLabuan. Unit kewangan & Akaun merupakan unit yang paling ramai staf di SKPP, di samping Ketua Unit En. Zeno dan Penolong Akauntan Cik Sharimah adalah kakitangan yang berpengalaman mengenai 5S ini. En. Zeno pernah bertugas di JAN Selangor dan Cik Sharimah pula pernah bertugas di JPA Putrajaya di mana jabatan2 tersebut telah mengamalkan 5S lebih awal. Dengan kekuatan ini maka Unit Kewangan & Akaun diberi kepercayaan untuk mewujudkan program 5S di JPWPLabuan. Selain itu Pn. Rohana (Unit Perkhidmatan) juga adalah berpengalaman dengan program ini di mana ianya adalah ketua bagi program 5S semasa beliau bertugas di Perbendaharaan Malaysia Sabah. Jika pegawai2 ini dikumpul dan diberi kepercayaan untuk melaksanakan 5S, Insyaallah Jabatan Pelajaran Labuan akan lebih cemerlang dalam pengurusan pejabat.

5S itu ialah:

Seiri - Sisih - Sort

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

Seiton - Susun - Set in order

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

Seiso - Sapu - Sweep

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

Seiketsu - Seragam - Standardize

memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

Shitsuke - Sentiasa amal - sustain culture

Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.

Balik Rumah Pakai Selipar Jepun - 18.1.2011


Petang tadi jam 4.50 petang saya ke bilik air dan terus ke surau untuk menunaikan solat asar. Biasanya saya solat asar sekitar jam 4.00 - 4.30 petang, tetapi hari ini terlewat sikit sebab ada kerja yang perlu disiapkan. Setelah selesai solat saya pun balik ke Unit Kewangan untuk menutup komputer dan beransur balik...tapi alangkah sedihnya pintu unit kewangan sudah dikunci. Mungkin rakan2 di unit kewangan ingat saya dah balik sebab masa balik sudah berlalu. Mujurlah saya kerja satu ofis dengan si liau, saya pun pinjam telefon di SJK dan call si liau (dan mujurlah si liau tak out station). Saya tak berani turun menggunakan lif ofis tetapi menggunakan lif laluan pekerja UK di sebelah belakang. Mujurlah masa keluar dari lif orang dah tak berapa ramai dan tak perasan pun saya pakai selipar jepun. Saya terus menuju pintu dan turun ke basement di mana kereta si liau sudah menunggu. Tapi handphone dan beg tangan semua tinggal di ofis. Komputer pun tak sempat nak tutup.

Moral of the story...kena pesan dengan kawan2 supaya pintu tidak dikunci atau lebih mudah bawa saja kunci ofis tu kemana2 kita pergi.

Friday, January 14, 2011

LAST PUNCH FOR NORA? - 14 JANUARI 2011

Hari ini adalah hari terakhir nora di Unit Kewangan tapi bukanlah terakhir di JP WPLabuan kerana Unit Penilaian & Peperiksaan itu juga salah satu unit di jabatan, hanya saja lokasi pejabatnya terletak nun jauh di Bukit Kalam. Nora secara volunteer (atau lebih mudah men'offer'kan diri untuk bertugas di UPP menguruskan hal2 kewangan & akaun di unit itu). Syabas nora! kerana berani menyahut cabaran mengurus hal2 kewangan dan akaun di unit itu. Apa2 pun kami mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dan semoga terus cemerlang di sana dan jangan lupa kata2 hikmat Pengarah Audit Negara " betulkan yang biasa dan biasakan yang betul".

Hari ini juga adalah hari terakhir untuk afizah di jabatan kerana hari isnin ini afizah akan melaporkan diri bertugas di SMK Labuan. Satu perjawatan W17 telah diwujudkan di SMK Labuan maka orang yang bertuah untuk memegang jawatan itu ialah afizah. Tahniah Afizah....dan semoga anda terus cemerlang di sana. Semoga dengan kehadiran seorang PT Kewangan di sekolah itu maka pengurusan kewangan dan akaun akan lebih baik dan mungkin tidak mustahil boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran BAIK.

Thursday, January 13, 2011

MESYUARAT PERTAMA TAHUN 2011 BERSAMA SEKOLAH YANG DIPENGERUSIKAN OLEH KS SKPP EN MOHD SALEKHAN BIN OTHMAN - 13/01/2011

Lydia Karamilla PT Kew JPWPLabuan

Datu Riduan Datu Johan PT SJK Chung Hwa

Pn. Romeidah Ibrahim PT SMK Mutiara






Mesyuarat Prestasi Perbelanjaan bersama sekolah bil 1/2011 telah diadakan petang tadi di Bilik Mesyuarat Jabatan pelajaran W.P.Labuan yang dipengerusikan oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Bin Othman. Ucapan utama pengerusi ialah berkaitan peruntukan yang disalurkan oleh Bahagian Kewangan KPM. Oleh kerana peruntukan yang disalurkan hanya meningkat sedikit dari tahun lalu, jabatan dan sekolah diingatkan untuk membelanjakan peruntukan yang diturunkan itu dengan berhemah. Pengerusi juga mengingatkan agar sekolah sentiasa patuh dengan peraturan kewangan dan tidak berbelanja tanpa peruntukan. Penyediaan bajet tahun 2012 dan 2013 akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2011. Sekolah-sekolah diminta bersedia dari segi pengiraan gaji guru-guru dan kakitangan serta keperluan lain.

Selepas mesyuarat , persatuan AKS mengambil kesempatan untuk menyampaikan cenderamata kenangan kepada Pn. Romeidah Ibrahim PT SMK Mutiara yang akan bertukar ke Sabah, Datu Riduan b Datu Johan PT SJK CHung Hwa dan Lyadia Karamilla PTKew JPNLabuan yang telah melangsungkan perkahwinan mereka pada Tahun 2010.

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU UNTUK NORA DAN AFIZAH - 13/1/2011

azman dan fazilah

kenangan bersama nora dan afizah .....semoga gembira bertugas di tempat yang baru

aksi apa tu miedy?....

zeno dan nora

lyadia dan afizah

nisha dan miedy

Pagi tadi Unit Kewangan ada acara makan2...untuk meraikan Nora dan Afizah yang akan bertugas di tempat baru. Nora berpindah ke UPP Bukit Kalam dan Afizah ke SMK Labuan. Walaupun Nora yang diraikan tapi Nora juga yang kena bawa makanan untuk kami iaitu pulut, nasi empet dan kari daging. Mujurlah si Fazilah ni sporting....maknya sudi pula menyediakan sate ayam dan daging untuk kita orang. Kuah kacangnya sedap. Minuman yang disediakan pula ialah laici dan longan hadiah hari raya dari Sayu..masih ok belum expire lagi. Beli lagi minuman sprite dan 100 plus dengan duit yang disumbangkan oleh cg ag adi. Apa2 pun terima kasih kepada semua yang sudi menyumbangkan makan2 tadi. Terima kasih juga kepada kawan2 dari bilik sebelah iaitu azman, azlan, azura, zait, phylis, lydia, suhana, sarmah, erwin, miedy, rambli, laidin yang sama2 menjamu selera dengan kami. Walaunpun makanan yang disediakan itu nampak sedikit tapi cukup untuk semua orang makan dan masing2 pun kenyang. Itulah yang dinamakan REZEKI.