Tuesday, June 21, 2011

SKPP bersama Pengarah

Seawal jam 8.00 pagi kami sudah memenuhi ruang bilik mesyuarat. Puan Pengarah ingin membuat satu sesi perjumpaan dengan staf SKPP pada jam 8.15 pagi - 21 Jun 2011, begitulah bunyi SMS yang kami terima dari info blast.

Tepat jam 81.5 pagi Puan Pengarah pun masuk bersama Timbalan2nya En. Ismail dan En. Omar Baki. Tanpa melengah2kan masa Puan Pengarah terus kepada subjek yang akan disampaikannya iaitu memaklumkan kepada semua staf SKPP bahawa oleh kerana jawatan KS SKPP masih belum diisi dari 1/5/1011 sehingga sekarang maka En. Sahbudin KU Pembangunan dilantik untuk menjalankan tugas KS SKPP sehingga jawatan hakiki diisi. Pengumuman Pengarah disambut dengan tepukan gemuruh dari semua staf SKPP dan yang paling kuat adalah tepukan dari Unit Pembangunan. Masing2 En. Ismail dan En. Omar Baki mengucapkan tahniah atas lantikan En. Sahbudin dan berharap semua staf SKPP akan memberi kerjasama. En. Sahbudin mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Puan Pengarah dan krew2 untuk beliau menjalankan tugas KS SKPP.

Tahniah cikgu Sahbudin....all the best to you......

Pemantauan yang belum selesai........

bersama Guru Besar SK Kerupang


Selepas membuat pemantauan ke SK Pantai, kumpulan 3 meneruskan lagi pemantauan ke SK Pekan 1 (23 Mei 2011), ke SK Layangan (26 Mei 2011), ke SK Kerupang (10 Jun 2011) dan ke SMK Lajau pada 16 Jun 2011 yang lalu.

Apabila kita berpeluang membuat pemantauan Akaun Sekolah ke sekolah2 yang tersebut, banyak pengalaman dan maklumat yang kita temui dan ini memberi kesedaran dan pengajaran kepada kita bahawa adalah menjadi kewajipan bagi kita semua sebagai penjawat awam memiliki sikap yang jujur, amanah, ikhlas, prihatin, peka, bertanggungjawab dan juga memiliki sifat2 rajin, tekun dan cekap dalam menjalankan tugas2 yang telah diamanahkan kepada kita. Saya tidaklah ingin mengulas tentang sikap dan sifat tetapi cukuplah apa yang saya lihat dan nampak menjadi pengajaran kepada saya dan rakan2 pemantau untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dapatan yang baik kami jadikan teladan dan yang kurang dan lemah itu kami jadikan sempadan.

Saya dan rakan2 pemantau yang lain berharap rakan2 KPT dan PT di sekolah lebih bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kerana kerja2 yang ikhlas membawa keberkatan kepada rezeki yang kita terima setiap bulan.

Wednesday, June 1, 2011

IT's MY DAY - 1ST JUNE 2011






Terima kasih banyak pada sharimah, lyadia, nisha dan ina. Rupanya kamu sudah merancang dari pagi lagi....patutlah asyik tanya ...nak keluar makan ke....nak makan dengan liau ke....lapar ke.....kelakar betul....sebenarnya saya sendiri minta2lah budak2 ni lupa hari jadi saya hari ini....sebabnya saya tak mau menyusahkan mereka.......En. zeno, midah dan fazilah pulak cuti2 kaamatan....ashabul masih cuti bersalin.....maka tinggallah kami berenam saja....mujurlah cikgu sahbudin langkah kanan....masuk ke bilik kami dan dapatlah dia makan sepotong pizza....

Anyway.....thank you to you all girls.....N mirul....kerana meraikan besday kakak .......
untuk sharimah: bah....jan di kasi lama......pasangan yg sepadan...hensem lg tu.....
untuk lyadia: bah....baguslah muda2 ada baby......
untuk Ina: kakak doakan ina jumpa jodoh yang baik.....sebaik ina......
untuk nisha: bah.....jan kelangkabut buat persiapan....ada masa lagi tu.....
untuk mirul: bah....baik2 pi induksi tu....jan lupa balik labuan......

Sunday, May 29, 2011

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN.....30-31 MEI 2011.


Selamat menyambut pesta kaamatan untuk semua kaum kadazan dusun yang meraikannya. Oleh kerana saya juga berketurunan kadazan maka saya juga merasa kemeriahan kaamatan itu sendiri dan tidak lupa mengucapkan 'kotobian tadau tagazo do kaamatan montok id tobpinai ngaavi id nombo nopo......rumamai tokou rumamai....but please be aware ....don't drink and drive'.....

Wednesday, May 25, 2011

Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Puan Pengarah yang ke 48 - 25 Mei 2011






Ingatan tulus ikhlas dari pegawai dan kakitangan Jabatan Pelajaran W.P.Labuan dengan menghadiahkan kek Hari Jadi untuk Pn Mistirine Radin sempena Ulang Tahun Kelahiran pada 25/5/2011 genapnya usia beliau 48 tahun. 'Happy Birthday' Puan, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan.....ceria2 selalu........

Majlis Penutupan Audit MS ISO 9001:2008 - 25 Mei 2011

Kenangan bersama Auditor MS ISO 9001:2008

Penyerahan Laporan AUdit MS ISO oleh Ketua Juru Audit Dalam
En. Razif Ibrahim kepada Pn Pengarah

Cenderahati kenangan untuk Auditor En.Hamid Dollah dari JPN Kelantan

Cenderahati kenangan untuk Auditor En Razif Ibrahim dari JPN Perak

Cenderahati kenangan untuk Auditor Pn Masleza Abd Wahab dari BPSH, KPM

Ucapan penghargaan kepada Auditor dan Auditee oleh Pengarah

Pembentangan Laporan AUdit oleh Ketua Juru Audit Dalam MS ISO 90001:2008
2 OFI

Tuesday, May 24, 2011

PENGAUDITAN MS ISO 90001:2008 JPN LABUAN - 24-25 MEI 2011.




Peace!!!! hanya ada 2 OFI - 1. Nilai Prestasi Pembekal tidak dibuat 2. Penyelenggaraan Kenderaan tidak menyediakan KEW.PA .



Pengauditan MS ISO 90001:2008 oleh Audit Dalam Kementerian yang diketuai oleh Pn. Mazliza Pengurus Kualiti BPSH KPM. Ketua Juru Audit ialah En. Razif Pengurus Kualiti JPN Perak. Seorang lagi Juru Audit ialah En. Hamid dari JPN Kelantan. Pengauditan MS ISO pada kali adalah dalam suasana santai dan harmoni. Cara pengauditan adalah jauh berbeza dengan tahun lalu. Auditors mengaudit dokumen sangat profesional dan berhemah. Tujuan pengauditan yang mereka sebut2 ialah membantu dan memperbaiki sistem dan inilah apa yang kami dapat. Mereka sangat membantu dan menjelaskan satu persatu akan maksud proses auditan dan keperluan sebenar proses tersebut. Inilah Auditor yang kita perlu dalam membantu kerja2 kita dalam merealisasikan MS ISO di jabatan.